Aku juga remaja seperti kamu

4.7K 239 6
                                    

Sedikit perkongsian buatmu,
Remaja.

Aku pun remaja seperti kamu.
Tipulah kalau aku cakap aku tiada keinginan seperti kamu.
Cuma aku pilih untuk jauhkan sebab aku tidak mahu buat perkara yang sia-sia.

Zaman remaja adalah zaman yang paling seronok. Bak kata orang "zaman budak baru nak up". Zaman remaja inilah kita mula mengenal dunia kononnya. Tapi sebenarnya zaman inilah saat kita mencorak hidup kita.

Well. Aku juga masih remaja. Juga pernah melalui zaman remaja di sekolah. Sungguh, melalui zaman remaja di sekolah bukanlah mudah. Kena pandai bawa diri. Sebab di situlah macam2 pengaruh kita akan nampak.

Kata orang, zaman remaja inilah zaman darah panas. Semua yang kita buat hanya fikirkan keseronokan. Bukan semua boleh fikir buruk baiknya. Pandai bawa diri, in shaa Allah terjagalah. Tak pandai, hanyutlah. Terkadang, terlalu fikirkan seronok, kita sanggup rosakkan diri. Rosakkan masa depan. Tanpa fikirkan akibat terlebih dahulu.

Zaman remaja, zaman kita nak mencuba. Mencuba apa yang kita nampak sebelum ini. Sebab apa ? Sebab kita nak tahu apa di sebalik sesuatu itu ? Best atau tidak. Zaman remaja juga menguji tahap kematangan kita. Cara kita berfikir. Cara kita mnyelesaikan masalah. Cara kita mengatur hidup.
Selalunya, remaja ini mudah tercabar. Kerana ingin nampak hebat, ramai yang senang tergelincir. Taknak nampak orang lain lebih hebat, dia sanggup buat apa saje. Sampai sanggup merosakkan diri.

Remaja. Mulanya membuat perkara yang tidak sepatutnya. Merokok, mengambil dadah, bercinta, berzina, maksiat sana sini. Perhatikan saja saat ini. Golongan remaja saja yang berpeluk-pelukan. Yang melepak. Yang berlumba. Allahu akbar.

Hai remaja. Jujur. Jika engkau fikir perkara itu menyeronokkan, maka kau silap. Itulah perkara yang memudaratkan. Kau bukan akan peroleh kebahagiaan, malah kau akan di timpa musibah. Mungkin kau akan tersenyum saat ini tapi percayalah. Suatu hari nanti kau akan nampak kebenaran.

Jangan sampai engkau menyesal suatu hari nanti. Percayalah apa aku katakan ini. Kerana aku dulu juga seperti kamu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 10, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Remaja TarbiahWhere stories live. Discover now