lepak bawah flat. #1

14 1 0
                                    

aku hirup udara malam itu. nak dikata segar tak juga. sekurang-kurangnya aku boleh ringankan kepala aku yang sering berat. aku perempuan. aku fikir aku terlalu dramatic terlalu memikirkan perkara yang rumit. aku cuma fikirkan apa yang perlu dilakukan. duduk termenung tak bermakna berfikir sesuatu. bagi aku termenung adalah satu penyesalan. aku kenang perkara lepas berharap tiada satu kesilapan aku lakukan atau mana-mana spoiler menyinggah cerita hidup aku. aku salah. tiada manusia sebaik nabi. hanya nabi yang sahaja maksum.

aku duduk atas kayu kayu yang dibuang penduduk flat sini. flat ni tak juga terlalu dramatic rupanya. masih cantik dipandang. kaki aku terjuntai ke bawah. sebelah lutut diangkat. aku santaikan sebelah tanganku atas lutut sambil memegang setin air kopi sejuk dari mesin gedegang. lama juga aku lepak situ dari lapan malam. aku kerling jam. hmm pukul10.

lama aku tenung langit. merungut memang tak lari dari lumrah hidup kan? sampai bila aku tahu erti bersyukur. aku tahu. cuma aku tak reti bukan tak tahu erti.

semak aku tengok pekerja asing lalu lalang. baru balik kerja barangkali. pandang macam baru pertama kali tengok manusia. sampai satu mamat ni lalu. orang tua ni rasanya. aku perhati dia jalan menonong kedepan dengan beg kertas uniqlo.

"uiitt"

"eh. pahal kau duduk sini. broken?"

"ingat aku takde benda lain nak fikir selain jantan ke."

"aku kau tak fikir ke?"

"buang masa ah. kau dari mana?"

"dating laa. come on weh."

"wah ada awek rupanya. ingat tak laku."

"baik sikit. muka aku ni paling laku. pan asian"

"celah mana tah."

"aku lepak ah kejap."

"sap kok lu."

sembang sembang. aku dengar bunyi ringtone dia yang tak merdu langsung tu. awek call agaknya.

"eh kunci aku kat dia lah"

"dah tua. semua lupa."

"aku naik dulu ah."

belum sempat aku halau dia luku kepala aku. orang tua ni. haduii laa.

untell story.Where stories live. Discover now