budak surau.

5 0 0
                                    

aku lalu depan bangku batu bawah flat aku. ada dua orang mamat ni aku kenal. course lain. dia sapa aku. aku sapa dia balik. actually aku tunggu member aku lagi sorang. ajak makan tadi. aku pun tumpang sekaki lepak dengan dorang ni dulu. budak surau ni tunggu isya'. aku musykil kenapa dia tak pergi dengar ceramah sementara tunggu isya'. sebelum maghrib lagi dia dah ke surau.

"yee kau pelik kan kenapa aku tak dengar ceramah kat surau je sementara tunggu isya'"

"tak pelik. aku cuma curious."

"pernah dengar tak ada seorang hamba Allah ni suka menderma. standard setakat singgit dua je. tapi dia tak pernah menderma sikit dalam surau atau masjid. tapi dia ikhlas. dia tak mahu orang rasa dia riak. jadi dia ambil note RM1 dijadikan pembalut untuk note RM50."

"so kau nak relate kan dengan situation kau laa ni. dengan mengatakan kau taknak riak takbur bila orang nampak kau dalam surau?"

"yes pandai pun."

"tapi nak bagitahu ni. dengar ceramah depan penceramah lebih afdal."

"yelah."

aku nampak dari hujung jalan member yang ajak makan tadi dah muncul. wa rak lu.

untell story.Where stories live. Discover now