Hari pertama sekolah , biasalah siapa tak gentar. Aku beranikan diri jugak. Masuk-masuk pun dah tersalah jalan. Nasib , fiuhh nasib jumpa paper yang dilekatkan di tepi dinding. Macam mana pulak aku boleh tak sedar ni ! Aku terus pergi ke Dewan. Dah rami student yang datang rupanya. Aku ingat aku datang awal sangat. Aku terus tanya salah satu pengawas yang bertugas , " Kat Mana kelas 4A punya barisan ?" Kebetulan betul , ada yang menjerit ni kelas 4A. Aku senyum dan terus duduk. Dalam hati , sedang beristigfar semoga dipermudahkan segala urusan. Masih lama lagi ke majlis nak start ni ? So , aku pun buat keputusan untuk membaca novel. Aku segera mengambil novel yang berada di dalam beg. Sedang aku baca novel , ada pulak gerangan manusia yang mengacau ketenteraman aku ni ! " Kat sekolah tak boleh bawa novel dan tak boleh pakai kanta lekap yang bewarna." Dia tersenyum. " eh ? Tak boleh bawak ? Pelik. Btw , ni mata ori saya." Aku membuat muka cemberut ! Ye lah ! Sapa tak terkejut wey , tak boleh bawak novel. " ye ! Tak boleh. Awak pelajar baru eh ?" Masih dengan senyuman. Tidak pulak dia endahkan dengan jawapan aku tadi. " Yes , Im a new student here." " oh , dari mana ? Bukan semua sekolah kat Malaysia ke tak boleh bawa novel ? Dulu awak sekolah kat mana ? " Aku berkira-kira untuk menjawab soalan tersebut. Payah. " Saya sekolah private dulu. Woodlands. Perhaps you know ?" Aku dah agak memang ada muka terkejut terpampang di muka gadis yang duduk di depan aku ni. " Serious eh ? Wah ! Untung la" Aku membalas dengan senyuman sahaja. Malas untuk menjawab. Untung huh !
Majlis dimulakan dengan menyanyikan lagu NegaraKu. Seterusnya disambung dengan ucapan dari Mr.Tang , pengetua sekolah. Kami diberitahu ada cikgu sandaran yang akan mengajar disini dalam subjek PJK. Mengejutkan! Ada cikgu baru , yang lebih mengejutkan , dia mengajar kelas 4A. Kelas aku lah tu ! Hehe. First day of school orang dah ada kena dimerit. Ganas jugak kan cikgu dekat sini ? Susah la aku nak buat masalah. Kami diminta untuk pergi ke kelas. Aku pun diri jalan dalam barisan. Gadis yang tadi bercakap dengan ku memperkenalkan diri. " Saya lupa nak bagitau nama saya . Siti Irish. Awak nama awak apa ?" Murah betul dengan senyuman minah ni ! Otot muka dia dah tegang ke ? " Oh nama aku ? Putri Arliza Adawiyah Jannah. Aku tak biasa bersaya awak,kau boleh unformal dengan aku." Sekali lagi Irish terkejut. Ganas betul minah ni. " Panjang betul nama kau. Kau nak aku panggil kau apa ?" Arliza diam sejenak. " Liza. Tu je. Aku panggil kau Irish." "Noted !"
Masuk je dalam kelas , aku diminta untuk memperkenalkan diri. Aku dah biasa berdiri di depan orang ramai. So aku tak malu. " Hi , My name is Putri Arliza Adawiyah Jannah binti Khalid. Im here hoping for cooperation from you all since Im still new here. So any queations ?" Semua pelajar terpegun ! Tapi ada seorang yang mengangkat tangan. " Kenapa mata kau warna hijau ? Kat sekolah tak boleh pakai lens" Ya , memang sedari tadi mata aku menjadi perhatian di dalam kelas. " Mata ni original. Aku tak pakai kanta lekap." Ramai yang tersenyum sinis. Tak percayalah tu. " Ye lah tu , nak berstyle bukan kat sekolah ye dik" seorang lelaki menyampuk. Semua student masih tidak mempercayainya.. Semua memandang serong. Aku senyum sahaja. Biar lah . Aku tak ganggu hidup kau do. Madam Lee menyuruh aku duduk di sebelah lelaki yang menanyakan tentang mata ku tadi. Sibuk dengan membaca buku laki ni eh. Rajin pulak.
Kelas masa tu kotor gila siak , Miss Lee segera menyuruh orang yang bertugas menyapu kelas. Mungkin pelajar sesi petang tidak membersihkan kelas. Habis sapu semua , kelas berjalan seperti biasa. Luar biasa kelas ni , takda sorang pun yang tidur. Semua bangun. Aku dah mengantuk gila dah ni. Tak cukup tidur semalam. Aku tak biasa dalam keadaan begini. Selama aku belajar kat Korea dulu , sebelum pindah ke Malaysia memang aku concentrate belajar. Namun setelah berpindah , aku berbubah 360 darjah. Aku tidak mahu pulang ke Malaysia. Aku selesa berada di Korea. Namun , walid memaksa. Mahu tak mahu , aku akur. Aku menguap untuk kali ke sepuluh dah rasa aku . " Kau tak tidur ke semalam ?" Lelaki yang berada di sebelahku menegur. Aku mengangguk. " Jangan tidur dalam kelas Mr.Chai. Kau kena hempuk nanti." Aku melihat lelaki tu. Dia senyum. Tiada tanda-tanda dia janggal bercakap bersamaku. Dia senyum dan terus sambung memberi perhatian.
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula. Aku mengeliat. Letihnya ! Terus menyembamkan muka ke atas meja. " Waktu rehat semua pelajar tidak boleh berada di dalam kelas." Aku mengangkat muka dengan berat segera meninggalkan kelas dan segera pergi ke bukit yang kelihatan tidak ramai orang disitu. Aku mengambil tempat duduk di pokok yang agak rendang. Tempat berteduh. Aku duduk sambil memerhati semua pelajar. Semua sedang makan. Aku tak rasa lapar. Rehat masih berbaki dalam 10 minit. " Nah ,kau ambil lah roti ni. " Aku mengangkat muka. Eh , laki ni lagi ! Haihhh. " Tak apa. Aku tak lapar." " Tak lapar ? Weird. Btw , boleh aku panggil kau Arliza ? " " Arliza ? Sapa tu ?" Aku membuat muka cemberut. " Nama kau la tu bengong !"Aku mengangguk. " Nama kau ?" mengajukkan soalan pula. " Panggil aku Adam." Aku mengangguk dan memberi sebaris senyuman. Aku perasan , dari tadi mamat ni duk perati mata aku je. Aku rasa tak selesa pula. Aku buat endah tak endah je la. Nampak macam baik. Loceng berbunyi. Aku segera ke kelas. Kelas berjalan dengan biasa. Baru sehari sekolah , kerja rumah macam sebulan punya ! Mengeluh lagi ! " Rindu Korea." Aku berbisik kecil. " Dulu kau sekolah kat mana ?" Adam berbisik. Aku senyum. Rajin betul dia ni tanya soalan. " Kat Woodlands." Adam mengangguk. Dia nampak normal. Tak seperti orang lain bila diberitahu dia bersekolah di Woodlands memang ada yang tidak percaya. Dia menumpukan perhatian semula ke cikgu.
Kelas hari ini berakhir dengan leganya ! Home work banyak betul ! Macam mana la aku nak buat ni ? Haduhh. Aku ke luar sekolah. Kereta Porsche yang diparkir di luar segera ku naiki. Aku mula menjadi tumpuan. Stressnya. Aku segera menaiki kereta tersebut. Walaupun tidak berlesan , tiada siapa yang kisah. Sejak pulang ke Malaysia , walid pulang semula ke Korea . Umi pula sibuk mengurus buisness walid yang tertangguh di Sarawak. Mungkin Pak Cik Dollah sudah dimarahi walid. Aku comfirm. Aku kisah apa ! Walid yang memaksa aku membuat begini. Aku memecut kereta ke lebuh raya. Sampai di Hills Garden , aku segera masuk ke dalam rumah. Ingin tidur. Kepenatan !

YOU ARE READING
Biarkan Dia Bahagia
Random"Aku lebih rela tengok kau bahagia dengan dia , daripada kau terseksa dengan aku." LIZA "Kau tak sepatutnya macam ni. Aku sayang kau. Sumpah ! Aku sayang kau." ADAM "Sampai hati kau kan Liza , kita putus kawan !" IRISH "Awak tahu saya sayang awak...