Dia Yang Istimewa,
Sudi menerima ketidaksempurnaan,
Sudi melengkapkan kekurangan.Dia Yang Istimewa,
Kerana akhlaknya,
Kerana kebesaran jiwanya,
Pada lembut tutur bicaranya.Dia Yang Istimewa,
Bukan kerana rupanya,
Bukan kerana hartanya,
Tapi pada keberaniaan dirinya,
Pada ketulusan hatinya.Dia Yang Istimewa,
Terima kasih kerana ingin menyempurnakan,
Pada separuh agama yang berbaki,
Terima kasih kerana ingin melengkapkan,
Pada separuh jiwa yang setia dalam penantian.Dia. Yang. Istimewa.
Kerana kebesaran jiwanya.
Pada ketulusan hatinya.
Pada ketinggian akhlaknya.
Pada kehormatan yang dijaga.Dia Yang Istimewa.
Dalam jiwaku.
Selamanya begitu.
YOU ARE READING
Move On
No FicciónInsya-Allah buku ketiga. Buku motivasi #MoveOn: Jahiliah->Hijrah->Jannah Buku ni akan ada 4 Part. Part I: Jahiliah Part II: Hijrah Part III: Jannah Part IV: Ibrah kehidupan