"Wow....rugged."
Qasrina menanggalkan cermin mata hitam yang dipakainya.
"Thanks boss..."Dia memberikan senyuman kepada Encik Aziz, majikannya yang sedari tadi berdiri di pintu pejabat mengawasi sesi pertukaran shift.
Qasrina memandang jam di tangannya , pukul 2.45 petang. 15 minit lagi shift petang akan bermula. Bukan senang nak dapat pujian dari bossnya yang hensem ala-ala Shahrukh Khan tu.
"Jong...hari ni kau jaga Till 1. Akak penatlah nah relaks sikit hari ni...."
Qasrina mengangguk. Dia memakai vest dan mengambil tempat di Till 1. Shima telah pun sedia untuk membuat pertukaran shift.Zuleha mengambil tempat di Till 2."Berape sale hari ni...." En Aziz yang sedari tadi memerhatikan mereka bertanya. Tina dan Shima masuk ke dalam pejabat untuk mengira jualan shift mereka.
"Diam aje Jong kenape?" Qasrina yang sedang memandang keluar mengeluh kecil. Soalan Zuleha dibiar tak berjawab. Matanya masih terarah ke kawasan pam minyak yang kosong. Saat itu tiada satu kereta pun yang singgah untuk mengisi minyak.
"Arrange marriage...."pendek jawapan Qasrina. Sementara Zuleha sudahpun ketawa terbahak-bahak. Di zaman yang serba moden ini masih ada lagi perkahwinan yang diatur keluarga. Kelakar mendengar jawapan Qasrina.
"Gelaklah....memang lawak pun...."Qasrina bersuara perlahan. Pagi tadi diabertengkar dengan ibunya kerana perkara itu. Meskipun tidak mempunyai kekasih, namun Qasrina mahu dia sendiri mencari teman hidupnya. Merasai pengalaman jatuh hati seperti orang lain.
"Bagus jugak Jong....bercinta lepas kahwin lagi best dah halal semuanya...."
"Nama saya Qasrina okey bukan Jong... Or Jongos" Qasrina menjeling Zuleha tajam. Dia pun tak tahu kenapa Zuleha asyik memnaggilnya Jongos.
"By the way akak tau tak Jongos tu bermaksud pembantu rumahtangga lelaki atau pelayan atau bujang dalam bahasa Indonesia dan yang paling menariknya Jongos berasal dari perkataan Belanda Jongens..."
Dah mula pulak Qas yang bijaksana dan pandai jadi Kamus bergerak. Bila masa pulak dia cari makna perkataan tu. Zuleha tak ambik perduli pun. Dia saja suka-suka je panggil. Tak pernah tau pun apa maknanya.
"Ape-apelah... Aku tetap suka panggil kau Jong..Hahahaha..." Zuleha gelak suka hati. Qasrina tarik muka. Ingatkan dah tahu makna dia boleh dapat nama dia balik. Penat-penat je tanya pakcik Google.
" Menangis ayah saya kat kubur. Penat dia bagi nama cantik-cantik untuk saya...akak suka-suka je tukar..""Gila lah kau ni orang dah mati mana boleh nangis.Jong... Kau tengok tu." Zuleha menunjuk ke arah pam minyak.
"Mercedes M3 Melbourne Red... Tak banyak keluaran ni..." Qasrina teruja.
Sebuah BMW merah meluncur masuk ke Pam 1. Qasrina berasa teruja. Dia memang meminati kereta BMW terutamanya berwarna merah. Kereta paling hensem dalam dunia ni.
"Betul ke..." Tanya Zuleha. Mereka berdua sedang mengintai dari kaunter night shift.
"Entah aku pun tak tau... Aku hentam je..."
"Jongos betullah kau ni..." Zuleha mencubit telinga Qasrina. Suka usik orang. Qasrina mengaduh sakit.
Seorang pemuda keluar dari kereta.Memakai baju pejabat lengkap dengan kot. Qasrina terpegun sejenak. Wajah pemuda itu iras-iras pelakon kegemarannya Tik dari Thailand. Terasa ingin sahaja dia berkenalan dengan pemuda itu. Namun akal warasnya melarang, dia bakal isteri orang.
YOU ARE READING
Abang BMW Merah
RomanceCerita ini zaman remaja ketika bekerja sebagai cashier stesen minyak. Buat kat Zuleha this is for you jongos. Rindu saat2 kita dengar lagu hindustan sambil mop lantai. Rindu jugak abang-abang tanker minyak yang gila-gila dan baik hati. Buat abang BM...