Nur Hanees membaca satu per satu comment yang diperoleh oleh Nana. Semalam, anak kepada Tan Sri Musa itu telah mengupload gambar selfienya di laman instagram.
Pinkiegal- Wah cantiknya you!
Nanahotzz-ouh..thank you..
Abgmacho-wow pretty!
View all 145 comments"Aaa!!! Untungnya menjadi Nana! Ramai peminat,cantik, popular!" Getus Nur Hanees sendirian. "Aku juga cantik, tapi gambar yang aku upload semalam hanya dapat 10 likes?!!" Katanya lagi.
"Nur Hanees! Mengapa kamu tidak tidur lagi?! Nanti kamu lambat bangun, lambat pula mahu ke sekolah esok!" Kata Puan Laila. Dia memang marah sekiranya Hanees tidur lambat, akibatnya dia yang akan terjerit-jerit untuk mengejutkan Nur Hanees pada keesokkan hari.
"Ibu, terkejut Hanees dibuatnya! Cuba la ibu bagi salam dulu," balas Nur Hanees sambil menggosok dadanya.' Lemah semangat' getusnya. "Apa-apa la! Pergi tidur sekarang!" Balas Puan Laila pula sambil menutup lampu bilik Nur Hanees.
"Hah?! Mahu jadi popular?!" Kata Rania. Aih, pelik benar permintaan Hanees kali ini. "Biar betul kau ni Hanees?" Kata Rizal pula. "Ish, betulla! Aku serius! Cuba korang berdua bayangkan, kalau kita jadi popular macam kumpulan The Diva tu, mesti seronokkan?" Balas Nur Hanees pula.
"Hello, Hanees cuba buka sikit mata kau tu, kumpulan The Diva tu, anak orang kaya, anak Dato, anak Tan Sri! Memang la famoust!" Balas Rizal. "Betul tu! Sudah-sudah la berangan tu Hanees oii,"sokong Rania. Nur Hanees menarik muka masam. "Ee, dah la jom masuk kelas, membebel pula Cikgu Farah tu nanti," kata Rizal lagi.
Mereka bertiga beriringan masuk ke dalam kelas. "Eh, tepi sikit la freshie!" Kata Nana sambil menolak Rania dan Hanees ke tepi. "Ish, tak payah la nak tolak-tolak!" Balas Hanees. "Kenapa? Tak puas hati? Lain kali, kalau nampak kitaorang bertiga jalan, korang cepat-cepat ke tepi okay?" Balas Linda, salah seorang daripad ahli kumpulan The Diva. "Eee... Kau ni kan..."
"Cikgu!! Cikgu!!"Tidak sempat Hanees menghabiskan kata-katanya, dia ditarik oleh Rania menuju ke tempat duduknya. "Okay Assalamualaikum semua, hari ini saya ada satu pengumuman. Pada minggu hadapan, sekolah kita akan mengadakan minggu fesyenista! Sepanjang minggu itu, para pelajar dibenarkan berpakaian bebas ke sekolah. Dan setiap kelas akan menghantar 1 wakil untuk bertanding di majlis penutup," kata Puan Farah.
Bulat mata Hanees mendengar pengunguman itu. 'Ini lah masa untuk aku berubah! Kalau aku menggayakan fashion yang popular, pasti aku boleh menang pertandingan tu!' Getusnya di dalam hati.
"Cikgu,kalau kitorang menang pertandingan tu, apa yang kitorang akan dapat?" Tanya Nana. "Juara bagi pertandingan fashionista tahun ini akan memperoleh wang tunai sebanyak RM1000 dan Iphone 6!!" Balas Puan Farah. "Wahhh!!!" Bergema jeritan dari pelajar-pelajar tingkatan 1Anggerik itu.
"Perhatian!! Perhatian, kepada semua pelajar 1Anggerik, jangan mimpi okay yang korang akan menang pertandingan tu. Semua tempat pertama, kedua dan ketiga kitaorang yang akan bolot. Hahaha,"kata Nana dengan sombong sekali. "Yes! Betul tu Nana!" Balas Sazzy pula.
Hanees hanya menjeling sahaja kepada mereka. Dia mengemas beg sekolahnya dan keluar dari kelas.
Sesampainya di rumah, dia mencapai telefon pintarnya dan menghantar messeg kepada Rania dan Rizal.
Guys, petang ni jumpa dekat Mac donalds okay? Jangan lambat!-Hanees-
Ok-Rania-
Okay babe! -rizal-
YOU ARE READING
Aku Mahu Popular!!
Teen FictionAh, pasti seronok sekiranya aku mampu jadi seorang yang popular. Orang yang hot gitu.- Nur Hanees Itulah impian Nur Hanees. Popular! Ya, dia mahu menjadi popular di sekolahnya. Setaraf dengan anak Dato' dan anak Tan Sri. Tampak bergaya, selalu dipuj...