Part 1

3.4K 85 3
                                    

Today was a fairytale

You were the prince

I used to be a damsel in distress

You took me by the hand and you picked me up at six

Today was a fairytale

"Woi...berangan!"

Entah dari planet mana hamba Allah ni datang, tiba-tiba je tepuk bahu aku dengan kasar. Habis lenyap si prince charming .

Aku tarik headphone. Baru syok layan lagu Taylor Swift tiba-tiba kena kacau. Aku pandang muka orang sebelah gaya samseng.

"Kau dah kenapa?"

Dia jungkit kening sambil peluk tubuh. "Stop dreaming la weyh!"

"Salah ke?" tanya aku dengan muka suci.

"Tak salah tapi sila berpijak di bumi yang nyata."

Aku julingkan mata ke atas. "Aku punya otak, aku punya suka. Sekian."

Aku tarik senyum segaris sebelum pandang skrin komputer riba balik. Hurm...you're super hot and damn sexy. Drooling! Drooling!

"Hoi...meleleh air liur tengok six pack anak teruna orang apa kes? Serius tak senonoh!"

Erk...meleleh ke?

Aku sapu tepi bibir. Kering.

"Mana ada!" Aku jeling maut. Dia tayang muka tak bersalah. Aku pandang skrin balik.

Haila... he's damn cheesy! Aku sengih kambing sambil tongkat kepala.

"Tak habis-habis! Kau baca apa tu?" Dia tunduk sikit. Ikut sama pandang skrin lappy aku.

"E-novel," jawab aku sepatah. Mata masih tak lepas pandang makhluk Tuhan yang paling seksi ni.

"Ceit!!! Aku ingat apa benda la kau baca...sekali e-novel je. Buang karen sungguh!" Dia cekak pinggang sambil pandang muka aku.

"Mana ada buang karen! This is very entertaining."

"Oh? Iya ke?"

Cis! Sarkastik sungguh.

"Yeah...with the power of imagination I can dream about my ideal man. Tak ada siapa yang akan dapat halang aku dan aku pun tak ada menyalahi mana-mana akta."

Beeb julingkan mata ke atas.

"Itu aku tahulah. Tapi pandangan mata tu kena jaga juga. Jangan tengok badan lelaki sampai air liur meleleh."

Aku sengih. "Tahulah tapi hero ni memang drop dead gorgeous la weh. Sesuai dengan plot cerita. Aku ni asyik terbayang-bayang je hero tu punya watak. He's dashing, sexy, smart, gorgeous, rich..."

"Dah-dah. Cukup! Makin berlubang telinga aku ni dengar."

Beeb geleng kepala sambil tutup telinga. Aku jeling dia sekilas sambil pandang balik skrin komputer riba.

"Hi, David Gandy, you've captured my heart." Senyum.

"Parah!" Dia tepuk dahi. Aku sengih makin lebar.

*********************************

"Sha, tolong aku hantarkan kuih ni dekat Mak Cik Nah."

Erk? Tak jadi nak masuk bilik. Kaki terus berhenti dekat pintu dapur. Aku salah dengar ke tadi?

"Apa dia beeb?"

"Alaaa....tolonglah. Aku dah penat bersengkang mata bertungkus lumus nak siapkan kuih ni. Tak larat nak drive dah."

The Chosen One ✔Where stories live. Discover now