Bab 2

300 2 0
                                    

*Dalam Kelas*

Kelas bingit bertukar manjadi sebuah penjara apabila Ustaz Sameon menjengah di pintu masuk kelas 3Tegas.

Yang sedang bermain bola kertas berlari anak mencari kerusi masing-masing. Yang sedang bermain cikgu-cikgu dengan kapur tulis di blackboard kelas turut berkejaran mendapatkan kerusi. Malah, segelintir pelajar lain yang khusyuk beromen dan seluk-menyeluk turut perbetulkan baju dan segera mengeluarkan cermin kecil dari purse acah-acah sedang menacap make up. Begitu juga dengan dua tiga orang pelajar perempuan yang khusyuk mengumpat dan bergosip tentang artis sepantas kilat keluarkan Al-Quran dan bertarannum dengan suara agak merdu sambil sebelah tangan berada di paras telinga. Power betul aura Ustaz Sameon!

Tanpa berlengah dan memberi peluang ke muridnya yang tidak tentu arah seakan dihasut setan, dia memijak lantai kelas 3Tegas dan seraya itu juga Ketua Kelas, Mufa.

Terus mengangkat bontot dan memberi Salam tanda hormat ke Ustaz Sameon  dengan kuat sekali seakan berteriak pun ada juga. Dan pelajar-pelajar lain terus mem'follow' Salam yang diberi seperti Mufa, si jejaka hensem.

Sementara itu, di tingkat satu. Azmi, Seman, Martopo dan Ayik sedang berjalan sambil mata terarah ke semak samun di sekitar belakang sekolah. Takut-takut ada orang yang beromen atau melakukan sumbang mahram di siang hari, boleh juga mereka dicekup dan dijadikan habuan.

Anak tangga tingkat dua dipanjat. Sambil itu mereka gian menghirup air sirap yang dibeli hasil duit dari budak form2 dan 3 yang berlumba-lumba memberi duit tanpa menanyakan 1001 soalan kepada mereka. Tuhan saja yang tahu betapa leganya kerongkong bila dicurahkan dengan air sirap ketika matahari sedang berlunjur di atas kepala. Rasa seperti di surrrgaaaa!

"Aku rasa Ustaz Sameon dah ada kat kelas lah weh, senyap sunyi saja block ni.." Ujar Seman setelah 30minit mereka asyik berjalan tanpa berborak apa-apa tentang isu semasa atau isu politik yang biasa diketengahkan. Sekaligus suara Seman memecahkan kesunyian.

Azmi berpaling ke arah Seman sambil menghirup air sirap dengan sekali slurrrrp, dia berkata "Apalah nak dikisah sangat dengan Ustaz Sameon tu, small matter jela weh. Kau percayalah cakap aku, Aku dah berapa kali kencing Ustaz Sameon tu. Tua setara tula tu juga dia." Balas Azmi sekaligus menghilangkan gusar di hati Seman atas kelewatan masuk ke kelas.

Anak tangga tingkat tiga dipanjat dan didaki. Ayik dan Martopo seperti biasa melakukan rutin hariannya bila terlihatkan awek form2 sedang jalan berderek, terkedek-kedek melalui bawah koridor yang tidak diketahui kemana jalan harus dituju.

"Cuppppppp, cupppppp, cupppp" bunyi cicip tikus dihamburkan dari bibir tebal ayik dan bibir munggil Martopo. Budak-budak perempuan itu tercari-cari dari mana datang bunyi tikus berdecit.

Risau juga dia sambil berjalan tersepak anak tikus yang sememangnya buruk dan berbulu. Serentak mereka mengeleng kepala ke kiri dan kanan. Tiada. Dibawah lantai, pun tiada. Budak itu terus mendongak ke atas dan selaju itu juga Ayik dan Martopo meludah kahaknya yang dikumpul bersama pekat merah air sirap yang disedutnya tadi. Selesai kahak melekat di tudung labuh budak perempuan itu, empat plastik baki air sirap yang dicampur dengan air kencing pula di jatuhkan ke atas kepala mereka tanpa belum sempat mereka bersuara atau memaki hamun.

Maka, percayalah mereka akan pepatah sudah lah jatuh malah ditimpa tangga bergolek-golek. Habis lencun tudung, baju, kain dan segala yang ada dianggota budak perempuan itu. Turut haruman hancing tulen menusuk-nusuk memasuki rongga hidung. Mereka rebah dengan kepala mendahului badan dan mereka pitam di tempat kejadian.

Dari atas koridor, suara Azmi, Martopo, Ayik dan Seman bergema-gema dan mereka terus ketawa berdekah-dekah.

"Bodoh punya budak, dahlah bengap boleh pulak dia dongak tadi. Kahkahkah! aku harap dia rasa kahak bercampur dengan air sirap yang aku hirup tadi, barulah dia sedar dari pitam terus ingat aku!" Kata Ayik dengan tawa masih berbaki.

"Kahkahkah! Takleh blah betul aku, harap dia pitam dalam iman lah. Senang kalau meninggal karang takyah nak jadi hantu dah cekik kita" Ujar Martopo pula sambil menyudahkan tawa mereka yang berdekah-dekah.

"Patutlah 'adik' aku taknak 'bersuara' kat tingkat satu tadi. Punyalah buruk muka budak perempuan tadi, aku tengok terus salur kencing aku bergegar. Nasib baik aku kencing campur dengan air sirap tadi, takdalah rasa geli sangat air kencing sendiri. Fuh! Real betul rasa.." Sambung Azmi sambil teringat kembali petai yang dimakannya di kantin tengah hari tadi.

"Kahkahkah! Babi betul la siot nakharam" Sampuk Seman dalam tawanya yang masih panjang.

Sekali lagi Azmi, Martopo, Seman dan Ayik menjenguk kepala ke bawah dari koridor tingkat tiga. Segerombolan pelajar perempuan bertempik riuh rendah memanggil nama ustazah dengan berharap ustazah itu datang segera dengan menggunakan kuasa ghaib bagi menyembuhkan kawannya yang pitam. Tidak kurang juga yang menangis sedu sedan di sebelah mangsa seolah baru sudah menyaksikan drama di kaca tv.

Mereka berempat mengangkat tangan dan men'high five' kan tangan memasing tanda termasuk hari ini sudah 34 orang pelajar yang pitam gara-gara dari angkara mereka. Mereka tersenyum lantas melajukan kaki melangkah ke kelas.

Mereka berempat memasuki kelas tanpa salam dan tapak kasut diderap terjungkit secara seolah pencuri proffesional memasuki rumah Pak Menteri untuk merompak. Begitulah gaya mereka berempat dengan bertujuan Ustaz Sameon tidak menyedari akan kehadiran mereka. Tangan Martopo dan Seman digayakan seperti Kangaroo, diikuti dengan jari telunjuk Ayik rapat dibibir menandakan semuanya senyap sekaligus mempamerkan Ketua leader mereka, Azmi dimana tangannya berada di leher dan mengunjuk seolah "Siapa yang berbunyi suara akan dikelar leher mereka seperti Kangaroo."

Dan ketika itu Ustaz Sameon berkalih ke depan mengadap para muridnya. Ustaz Sameon baru sahaja selesai menulis sesuatu di permukaan blackboard dengan kapur malah semua colour dicampur bagi menampakkan tulisannya yang kemas dan teratur itu timbul.

Mata Ustaz Sameon mencerlung ke arah Azmi, Seman, Martopo dan juga Ayik.

"Hoi empat ekor keparat, songkok kau mana? Kau ingat ni sekolah datuk moyang kau ka? Hah?!!! Ini sekolah agama, kalau hang tak mau pakai songkok hang boleh pi sekolah biasa hujung kampung sana!!! Pakai songkok sekarang!!!" Jerit Ustaz Sameon dengan loghat utara yang berterabur memandangkan beliau sempat berhijrah kesana sebulan sahaja sebelum diminta cerai oleh isterinya dan serta merta menjadikannya duda tanpa anak.

Kerana terlalu taksub, Ustaz Sameon terus menggunakan loghat utagha walaupun berterabuq. Tempikan Ustaz Sameon yang kuat dan keras itu mampu mengegarkan block D yang diduduki mereka sekarang dan sehinggakan terkencing murid di kelas sebelah.

Ustaz Sameon menjeling ke arah Azmi yang sedang menikmati kibasan angin kertas dari budak yang bersebelahan tempat duduknya. Sambil menarik nafas dia memandang ke biji bola mata Azmi seakan mahu menelan.

"Memandangkan kau selalu ponteng kelas aku dan harini baru aku nampak batang leher kau! Aku nak tanya kau satu soalan.."

"Apadia Ustaz melalut ni? Kang saya tak datang sebab pergi Kem Juvana. Apa hal pula kata saya ponteng?!!!!" Pintas Azmi berlagak gangster dan ayatnya sedikit sebanyak ditiru dari Filem arahan dari Syamsul Yusof. Lengan baju pendeknya dilipat dua bagi menunjukkan lagi keberkesan watak yang dibawa ke kelas Ustaz Sameon. Kolar baju ditegakkan. Kaki digedikkan dan mata mencerlung ke Ustaz Sameon.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 20, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kamsah kentotWhere stories live. Discover now