Part 1

240 13 0
                                    

Qisya mengesat peluhnya yang tidak henti-henti menitik keluar di dahinya. Dengan cuaca yang panas begini, dia berjalan kaki ke sana ke mari hanya untuk mencari kerja.

Ni semua disebabkan paksaan sahabatnya, Anis yang selalu mendesaknya mencari kerja. Qisya bukannya malas mencari, cuma dia belum puas berehat. Lagipun dia ni pelepasan universiti. Baginya, bukan susah pun nak cari kerja.

"Dari pagi sampai petang, tak dapat lagilah kerja. Bosanlah macam ni. Balik rumah jelah." Qisya sudah mengalah. Peluhnya dilap dengan hujung lengan baju kurung yang bercorak flora itu.

Kakinya mengorak langkah. Baru beberapa tapak, telefon pintarnya berdering. Nada 'Overdose' bergema. Siapa lagi kalau bukan sahabatnya yang tersayang. Segera Qisya mengeluarkan telefonnya dari dalam beg tangan yang sudah meleret ke lengannya itu.

"Qis! Dah dapat kerja belum?" Tidak sempat menyempat, Anis bertanya. Qisya menjauhkan telefon dari cuping telinganya. Boleh bernanah telinga dengar suara lantang Anis ni.

"Tak reti nak bagi salam ke makcik oi?" Sindir Qisya. Anis tersengih di hujung talian.

"Sorry. Assalamualaikum." Anis memulakan bicara sekali lagi atas kekhilafannya.

"Waalaikumsalam. Hah. Nak apa telefon ni?" Tanya Qisya.

"Nak telefon kawan sendiri pun tak boleh ke? By the way, macam mana interview? Dapat?" Tanya Anis.

Mendengar keluhan Qisya sahaja, Anis sudah dapat mengagak jawapan kepada soalannya tadi.

"Sabar jelah eh. Belum rezeki lagi. Berapa interview dah pergi?" Tanya Anis prihatin. Sahabatnya si Qisya Qistina ini memang sudah lama berkawan dengannya. Sejak dari zaman persekolahan lagi. Sebab itulah mereka sekarang pun tinggal serumah.

"Lebih kurang lima atau enam. Letihlah. Susah betul nak dapat kerja kat tempat yang beraircond. Semuanya tanya pengalaman. Muka aku ni nampak macam muka orang yang berpengalaman sangat ke?" Qisya mengeluh lagi.

"Tak baik mengeluh Qis. Takpelah. Nanti-nanti adalah rezeki kai. Jangan risau. Hah. Kau dah free kan? Sekarang masa lunch aku, makan jom. Aku belanja!"

"Weyh! Betul ke ni?" Terus hilang rasa penat Qisya tadi setelah mendengar perkataan makan. Siapa yang tak suka makan? Lebih-lebih lagi kalau dibelanja. Wah. Heaven.

"Yaya. Tapi kau terpaksalah pergi sini. Kita makan kat cafe bawah tempat kerja aku ni aje eh? Pakai teksi okay kan? Aku tak dapat nak ambil." Rasa serba salah pulak Anis. Dia tahu, Qisya ni manalah pandai bawa kereta. Sebab itulah Qisya tidak mempunyai kereta.

"Takpe. Demi makan, lautan berapi pun aku sanggup redah. Kau tunggu je. Dalam sepuluh minit, aku sampai." Kata Qisya bersemangat. Anis senyum di talian.

Setelah menjawab salam Anis, Qisya menyimpan telefonnya ke dalam beg. Tali beg bimbitnya yang meleret itu dinaikkan ke atas bahu. Tudungnya dirapikan. Perutnya dipegang. Sah, berbunyi. 'Tunggu ye tangki, lepas ni aku isi kau. Makanan, kau tunggu aku.' Qisya mengorak langkah. Mencari teksi.

Perempuan Milik DiaWhere stories live. Discover now