satu.

16 0 0
                                    

Dulu,aku selalu berlari mengejar kau dari arah belakang. Tidak kuhirau cakap cakap orang,masih saja aku berlari untuk mendapatkan kau. Aku memanggil,kau menoleh,tapi seolah tiada tanda untuk berhenti dan mendapatkanku. Masih saja kau berjalan. Hairan. Semakin aku mengejar,kau semakin jauh.terlalu jauh.jauh hingga aku kehausan dan kepenatan. Seakan telah terlalu banyak tenaga yang ku kerah. Setiap hari kau bermain main dalam benakku,tak pernah buat aku jemu. Menyedari kau tidak pernah sekali terfikirkan aku,buat aku terasa bodoh. Bodohnya aku membiarkan kau mempermainkan aku. Bodohnya aku mengejar orang yang menyimpan perasaannya untuk yang lain. Sekarang,aku berjalan. Tidak lagi berlari. Mana mungkin terus berhenti,pasti mati. Jadi aku berjalan,masih dibelakangmu.mengharapkan kau akan menoleh,setidaknya berhenti seketika untuk aku,buat aku. Ah sial! Malah kau berdampingan pula dengan dia. Malah kau puji pula paras rupanya,bijaksana nya dia. Masih saja kau membelakangkanku,kerana kau tahu,akau selalu ada mengejarmu. Sabarlah,nanti kau akan berjumpa yang baru,dan masih tak akan kau hiraukan aku. Sabarlah. aku juga sudah keletihan,lama kelamaan aku bakal berhenti jua dari terus memperbodohkan diri mengejarmu.

Derai.Where stories live. Discover now