"XL? Kau biar betul.Takkanlah kau tak nampak badan dia yg sebesar gajah tu?"
bentak Hanim.Nama je cantik tapi perangai...."Kita gelar dia Miss XL.Takkanlah orang nak sebut XXXL,panjang sangat! Karang macam menghina ciptaan tuhan pulak.Lagipun,semua staf perempuan kat sini bersaiz XS.Yang paling gemuk pun L je kan.Kira okeylah tu.Even dalam building ni,kau nampak ke perempuan lain selain dia...ada?"
Jelas Farah membuatkan yang lain-lain ketawa mengekek di dalam pantri itu.
Aime yg sejak tadi berada di luar pantri hanya mampu mendengar dengan hati yg sebal.
Tak sangka rupa-rupanya aku ada gelaran! Miss XL? Huh! Kurang ajar betul lah perempuan tu.Kalau aku dapat dia memang kena penangan tangan aku yg berlemak ni.Depan aku kemain mesra...senyum...tapi kat belakang....huh! Sabarlah wahai Aime.Tidakkah kau tahu,lebih banyak diorang mengumpat kau...lebih banyaklah pahala yg kau dapat.Sabar jelah."Tapikan aku tengok ramai staf lelaki suka sangat berbual dengan dia.Mesra pulak tu.Apa diorang tak nampak ke saiz si XL tu?"
"Alah,diorang just berbual je.Tak semestinya diorang nak kat dia kan."
"Kalau bukan disebabkan dia rajin buat kerja tak ada maknanya aku nak layan dia.Gemuk!Eee....buat sakit mata aku je.Kenapa eh,dia tak kuruskan badan XL dia tu.Tak penat agaknya bawak lemak yg banyak macam tu.Aku yang tengok aje pun rasa letih!" sahut Hanim sambil ketawa kecil.Aduh..sakitnya hati aku! Hati Aime merintih sendiri.Perlu ke dia sergah mereka sekarang?Patut ke?Tapi untuk apa? Sudah pasti mereka akan menjawab balik,tapi...diorang ada sebut nama aku ke? Jangan-jangan orang lain tak...kenapa nak terasa,kan? Tapi,siapa perempuan gemuk dalam pejabat ni.Ada orang lain selain dirinya? Ada ke?
Lantas dia berlalu pergi.Tak jadi nak buat minuman.Dia sudah tiada mood nak menghadap kerja-kerja yg melambak di atas meja.Semuanya hanya dipandang dengan pandangan kosong.
Salah ke kalau aku gemuk?.Aku ada menyusahkan orang ke?Dia tidak pernah rasa penat dengan dirinya.Malah,terlebih rajin.Walau sesibuk mana pun,dia sedaya upaya membantu.Baginya bekerjasama itu perlu ada dalam diri.
Satu keluhan dilepaskan.Dia menunduk kepala,melihat diri sendiri.Merenung perut yg berlipat dua.Semua orang nak kurus termasuk dia.Dah dia memang gemuk sejak kecil lagi.
Akhirnya dia mencapai beg tangan,bingkas dengan mala sekali untuk pulang.Hari ini,entah kenapa dia terasa malas pulak nak berlama-lama di pejabat.Kebiasaanya,dia selalu menyiapkan kerja terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah jam tujuh atau lapan malam.
"Eh,Aime.Awalnya balik hari ni.Biasanya selagi kau tak siapkan kerja,selagi tu kau tak balik.Ni baru pukul empat," sapa Shera ketika dia bergegas menahan pintu lif untuk turut sama masuk.
"Hmmm...ada hal." jawabnya pendek kerana tiada mood nak berbual mesra sebaik sahaja terpandangkan kumpulan yg mengumpatnya di pantri tadi.
"Kau nak pergi dating ke?" soal Farah dengan mesra.
Perbuatan itu membuatkan Aime rasa meluat.Berlakon baik konon....huh! Aime sekadar angkat kening dan senyum.
"Amboi,diam-diam ubi berisi ye.Sikit pun tak cakap," giat Shera pula.
"Aikk...orang macam kau pun ada orang nak..." Hanim terhenti bersuara sebaik sahaja disiku oleh Farah.
"Err...tak...maksud aku...aku..." dia teragak-agak untuk menyambung kembali ayatnya.
Aime faham benar kenapa Hanim begitu.Bimbang agaknya yg Aime terasa.Mungkin juga sebab dia selalu membantu kerja-kerja perempuan itu.
Sebaik sahaja pintu lif terbuka,Aime terus keluar.Terasa malas mahu berbual dengan orang yg hipokrit."Iyelah tu...nak dating dengan boy.Entah-entah bangla kut," ujar Shera membuatkan mereka yg lain ketawa.
......................................
Aime menghempaskan tubuh di sofa sebaik sahaja tiba di rumah.Haih...kenapalah diorang buat aku macam ni eh.Aku ada buat salah kat diorang ke? desis Aime.
Telivisyen jenis Panasonic dibuka.Astro Warna dituju.Tengok Maharaja Lawak Mega,nak hilangkan rasa pedih di hati gara-gara rakan sekerja mengumpatnya tadi.
Puan Suria yang berada di dapur pelik mendengar suara seperti orang ketawa.Takkanlah rumah aku ni berhantu?
Bersambung....
P/s:maaf kalau tak menarik.
YOU ARE READING
I Love You Miss XL!
RomanceTengku Danish Farel-"Badan macam tong dram ada hati nak jadi PA aku! Aku nak yg langsing...seksi...cantik...menarik...bukan macam kau! Dahla gemuk...pakaian kampung...badan kembang...Dan kau lebih layak jadi hamba abdi aku....." Aime Farisha-"Encik...