Bab 1

16 0 0
                                    

"Hello. Ada sesiapa kat dalam tak?" Ya Allah! Cepatlah keluar panas ni. Ada orang ke tak ni? Rungut posmen tersebut.

"Ya kejap kejap. Sorry saya tengah mandi tadi." Liyond keluar dengan hanya bertuala. Nasib baiklah posmen tu lelaki. Kalau tak tergugat iman nampak badannya yang sado tu. Muka pulak hensem.

"Encik sila tanda tangan di sini ya?"

Usai saja menandatangani dan menerima bungkusan tersebut Liyond kembali ke dalam rumahnya.

Benda apa ni? Dari NPE? Hah?! Seolma? Diorang terima aku ke?

Tahniah! Awak diterima. Awak akan berlatih bersama-sama ahli yang lain di bawah group New Planet Icon selama . Kamu akan terbang ke Korea pada tarikh yang ditetapkan pada tiket kapal terbang yang telah kami sediakan. Tahniah lagi sekali.

Dia seperti tidak percaya. Seolah-olah berada di dalam mimpi.

Wah! Akhirnya dapat jugak. Kena bagitau Fiona ni.

Nombor fiona didail.

"Yeoboseyo?" Sapa pulak yang kacau aku pagi-pagi buta ni.

"Liyond ni. Kau baru bangun ke anak dara. Dah tengah hari dah woi."

Apalah nak jadi dengan kawan aku ni. Harap muka je cantik,manis tapi perangai. Haish taktau nak kata la.

"Hah kau pahal. Takde kerja ke kacau aku?" Semak betul.

"Ni aku nak bagitau. Kan aku pernah hantar surat kat NPE nak join company diorang kan. Weh diorang dah terima aku.Aku dalam group New Planet Icon. Hahaha kau jangan jeles aku dapat jumpa Siyoon ngan geng dia nanti. "

"Mwo?! Jinjja? Betul ke ni?! God! Tahniah Liyond tahniah.Best nya kau dapat jumpa oppa aku. Untungnya. Btw bila kau start training. Debut kau bila ?"

"Entah. Aku pun tak tau bila "

"Mestila lama kan. Kau best la nanti dapt kawan dengan idols. Kau jangan lupa aku sudah. Yela dah jadi idol kan. Selalu-selalu la contact aku tau. Nanti rindu. Hahaha." Eh fi. Apa kau merepek ni. Rindu-rindu bagai. Kalau dia syak yang bukan-bukan macam mana?!

Bukannya dia takde kawan lain tapi Liyond merupakan sahabatnya yang paling rapat. Tak dapat dibayangkan hidupnya tanpa sahabatnya itu yang juga telah berjaya menawan hatinya. Tapi siapalah dia pada Liyond. Hanya seorang rakan yang kasar dan berpewatakan seperti lelaki.

"Alah kau sejak bila pandai rindu-rindu ni. Halamak. Nanti bila-bila datang la Korea. Kita dating sama-sama." Gurau Liyond sekadar mengambil hati Fiona. Aku pun akan rindukan kau. Sebagai sahabat.

" Eei takde masa aku nak dating dengan kau. Kalau ada mamat-mamat hensem kenalkan la dekat aku. Mana tau jodoh aku dengan orang korea. Dapat la jugak aku baby comel macam minguk." Mula terbayangkan oppa-oppanya.

"Kau ni gatal jugak kan. Sampai baby-baby bagai. Belum kahwin lagi tengok-tengok suami kau dah mati dah. Hahahaha"

Perangai kasar macam tu ada hati. Buat lawak betul.

"Tak guna kau. Kalau kau ada depan aku sekarang ni memang mati aku kerjakan."

Hantu punya Iiyond. Tengokla. Mesti ada punya yang tertarik dekat aku. Bhahahaha.

"Hah? Apa? Line tak clear la? Nanti la sambung? Aku nak inform kat family aku pulak. Bye bye. Anyeong" Terus dia mematikan panggilan. Mesti dia mengamuk. Hahahaha.

"Hello? Yeoboseyo? LIYOND!!" Bergegar rumahnya akibat pekikan Fiona.

I really like you, pabo!Where stories live. Discover now