Bab 2

16 0 0
                                    

Mana kau ni Liyond. Janji pukul 10. Ni dah nak tengah hari dah aku rasa. Takkan dah tak kenal waktu kot sejak tinggal kat Korea ni. Tak guna betul. Siap la kau bila kau datang nanti.

Nombor Liyond didail lagi sekali. Kali ke-32.
Kalau kau tak angkat jugak memang kau cari nahas Liyond!

"Hello! Kau Kat mana ni! Janji pukul 10! Dah 2 jam aku tunggu kau! Phone pulak tak reti-reti nak angkat! Ketiak aku dah melekit ni tunggu kau! Kau jangan nak main-main dengan aku Liyond! " Terus diceramahnya Liyond.

"Jap aku dah nak sampai ni" Habislah. Habislah. Jangan dia mengamuk sudah.

"Hyung, cepatla sikit kawan saya dah bising tu."

"Yang kau tengah hari baru nak bangun kenapa. Member kau semua dah siap kau boleh lagi tidur. Memang padan muka la."

"Ish hyung ni jangan la nak panaskan saya lagi. Cubala jadi manager yang bertimbang rasa. Yang mengasihani kami semua. Ni tak. Kejam."

"Dah dah. Kau jangan nak nasihatkan aku pulak. Cukup baik la ni aku bagi korang hangout dengan kawan kau ni Liyond. Dah turun. "

"Haraso. Thank you hyung. Nanti kitaorang call hyung bila nak balik nanti. Bye bye"

"Kamsahamnida hyung."

"Anyeong hyeong"

-----------------------------------------------------------

Terus sahaja dia mempercepatkan langkahnya sebaik sahaja ternampak Fiona.

"Fi. Hai. Sorry sangat sangat aku datang lambat. Aku baru bangun tadi. Macam la kau tak kenal aku. Hihi"

Selamba je kau Liyond. Dah la datang lambat boleh pulak kau senyum kambing kat sini.

Lantas kaki Liyond ditendang.

"Senangnya kau cakap. Padan muka. Tu baru sikit je. Buat lagi hal dengan aku. Rasa! " Hilang sikit rasa geramnya.

'Gila ah minah ni. Kasar betul. Takut aku nak kawan ngan dia. Habis lebam-lebam nanti badan aku.' bisik hati Jonathan.

"Auw! Auw! Sakitlah bengong. Aku dah mintak maaf kan. Eei. Btw ni dorang semua ni nak join kita sekali. Maklumla kitaorang ni dah lama tak keluar sebab nak siapkan lagu vampire tu. Akhirnya siap jugak. Kau jangan marah pulak tau. Btw Best kanlagu aku tu. Kau dah dengar ke belum?" Harap-harap ramaila yang suka lagu tu. Amen.

"Oh! Hai. Sorry tak perasan pulak korang kat belakang. Hehehe. Btw nama saya Fiona. Panggil Fi je. Dan yup saya ni perempuan ya. Bukan lelaki. Harap maklum. Ngee. Pasal lagu tu pulak, okla best apa. Cuma aku tak sabar nak tunggu mv dia. Bila nak keluar? " asyik bergaduh je dengan Liyond sampai lupa member dia ada kat belakang.

Wah! Hensemnya diorang bila tengok secara live. Lagi-lagi Rown. Ya ampun! Cair kot.

"Entah lah Fi. Aku pun tak tau bila. Kau dah kenal ke belum dengan diorang ni? Kalau belum diorang boleh kenalkan diri diorang." soal Liyond. Gila ke apa sengih-sengih. Eei. Seriau.

"Eh takpe takpe. Dah kenal dah. Ni Rown kan? Ni Jonathan, Pyeongki, Jun dan Maknae Eunsu. Am i right? Huh? " Sorang-sorang dia sebut. Mesti la kenal dah member kawan aku. Wajib untuk aku amik tau. Hahaha.

"Ya ya betullah tu. baguslah dah la jom masuk. Sembang dengan kau sampai kiamat pun takkan habis. Pot pet pot pet." Terus dia hentikan sesi bersembang memandangkan jam menunjukkan hampir pukul 1.

-----------------------------------------------------------

Silalah layan video kat atas tu ya. Vampire- new planet icon.

Fighting npi!!

I really like you, pabo!Where stories live. Discover now