Suara pramugara yang bertugas yang memberi pengunguman menandakan kapal terbang akan mendarat di KLIA2 sebentar lagi mengejutkan tidurku yang lena. Perjalanan selama 10 jam dari Dublin sememangnya amat memenatkan walaupun kerjaku di dalam kapal terbang ini hanya tidur, makan, mendengar lagu dan membaca. Rasa sebak kerana meninggalkan negara yang telah aku duduki selama 4tahun itu masih belum hilang lagi. Segala kenangan bersama rakan2, suka duka, penat lelah untuk mengejar cita2 masing2 akan selamanya terpahat di ingatanku. Kenangan2 tersebut telah membuatku sebagai seorang yang lebih berdikari dan dewasa.
Lamunanku terhenti apabila pramugara yang sama memaklumkan bahawa kami telah selamat mendarat di KLIA2. Aku melihat jam tanganku menunjukkan pukul 3petang lalu aku mengambil beg aku yang terletak di atas tempat dudukku. Mujur ketinggian aku mencukupi untuk mengambil beg tersebut. Aku berjalan laju ke tangga kapal terbang sambil menundukkan kepalaku lalu mengucapkan terima kasih terhadap pramugara dan pramugari yang bertugas. Setelah turun daripada kapal terbang dan menjejakkan kaki di tanah airku, aku berkata
"NOW, ITS BEGIN!"
Setelah selesai mengambil bagasi dan beg2 yang lain di bahagian kargo, aku keluar dari KLIA2 tersebut dan mencari kelibat abangku yang berjanji akan menjemputku hari ini. Tiba2 aku berasa seseorang sedang cuba meragut beg tangan ku, alangkah terkejutnya aku semasa aku berpaling dan orang itu ada lah abangku sendiri.
"Astaghfirullahalazim abang, adik ingat sapa lah yang nak meragut tadi, rupanya peragut yan cukup bertauliah" kataku.
"Alah, saje je nak buat suspens sikit hehehe. Okay jom gerak" kata abangku lagi.Abang aku seorang engineer. Dan telah bergelar tunang orang 6 bulan yang lalu dan akan mendirikan rumah tangga hujung tahun ni. Okay dah aku tercerita tentang abang aku ni, bagus aku cerita tentang family aku sekali. Ayah aku seorang doktor, manakala ibu aku pula seorang suri rumah yang amatlah penyayang, ayah dan ibu dikurniakan dua orang anak, abang aku dan aku. Ayah amat mementingkan pendidikan anak dia, tulah ada. sorang engineer dan seorang bakal doktor.
Setelah sampai di perkarangan rumahku, aku terus berlari masuk ke rumah lalu mendapatkan ibuku yamg masih masak di dapur dan memeluknya dengan erat.
"Amboi Alia, besarnya dah anak ibu ni walaupun baru 5 bulan ibu tak jumpa. Agak2 nya, dah dapat jadi isteri orang ni" perli ibu.
"Eh eh ibu, haaa yang tu lambat lagi kot. Setakat ni, menantu perempuan je yang ibu boleh dapat. Yang menantu lelaki, tetttttt, no comment" kataku dengan selamba.
"Yelahtu, entah2 dah ada kumbang di hati tu" celah abang.
"Noooo bang, exactly no, Alia sibuklah, takda masa nak cari kumbang bagai ni" kataku sambil menuang jus epal ke dalam gelas lalu meneguknya.
"Haaa dah dah lah tu, Alia pergi mandi, nanti turun minum petang" kata ibu.
"Alright ibuku sayanggggg" kataku lalu naik ke bilik ku.Setelah sampai di bilikku, lalu aku merebahkan diriku di atas katil. Alangkah sakitnya belakang aku, rasa nak patah je tulang belakang ni. Baru sahaja aku ingin melelapkan mataku, tiba2 iphone6s aku berbunyi dan tertera nama Farah Umaira di skrin. Okay meh aku kenalkan dulu Farah Iman ni. Farah Iman ni kiranya bff aku lah. Kenal dia dah 9tahun, dari sekolah menegah lagi. Walaupun kami berjauhan, tapi jarak tidak dapat memisahkan hubungan kami (ececece skema je ayat ni) dia di Jordan ambik dentistry dan aku di Dublin ambik medic. Berbalik ke perbualan kami.
"Wei Alia, hang eh, tak bagi2 tauu lagi hang nak balik Malaysia ni!!!" terjahnya terus.
"Amboi kau Farah eh, takda salam lagi. Alah aku baru je sampai ni, baru nak melenakan diri. Mana kau tau ni?" kataku selamba.
"Mane lagi, insta lah. Kau ni dari dulu memang tak berubah. Mata kau tu memang tak pernah tak mengantuk ke wahai cik Alya Qaisara? tanya Farah.
"Aah memang pun, sudah gaharu cendana pula kau ni kannn" jawab ku dengan selamba lagi.
"Yelah yelah, kau dah balik ni, jum keluar, banyak yg nak dicerita kat kau ni" ajak Farah.
"Kau ni memang tak sah, takde cerita. Okay, bila ni?"
"Emmmm esok petang. Nanti aku whatsapp tempat ok?"
"Baiklah awakkkkkkkkkk"
"Okay aku nak sambung kerja ni, bye, see you tommorrow"
"Alright, bye."Aku mematikan telefon bimbit ku lalu tersenyum. Teringatkan ketika di sekolah menengah dahulu yang penuh dengan kenangan manis dan pahit. Aku turun dari katilku lalu mencari kotak yang penuh dengan kenangan remajaku. Kotak itu aku buka dan terdapat pelbagai benda2 yang penuh dengan kenangan.
Aku melihat gambar aku bersama rakan2 ku, tiket2 wayang, dan banyak lagi. Tiba2 aku terjumpa gambar palaroid aku bersama seorang lelaki yang yang terlalu banyak kenangan pahit manis aku bersamanya and yes its him, Khairil Iman. Lalu air mata aku pun mengalir tanpa aku sedari.
Khairil Iman, bekas kekasih aku, hubungan kami bertahan selama 5 tahun. Aku kenal dia masa aku Form 4 dan dia pula Form 5. Masa tu, dia tu kira one of the hottest guy in the school lah. Hubungan kami goes well until something happen between us.
YOU ARE READING
Doktor atau Pilot?!
Teen FictionDr Alia Qaisara, seorang gadis yang baru menamatkan pelajarannya di University Of Medicine, Dublin telah pulang ke tanah airnya untuk bekerja sebagai seorang doktor. Berumur 24 tahun. Dr Amzar Farhan, seorang doktor yang telah berkhidmat selama 2 t...