Bab3.

4.6K 150 2
                                    

8 years ago.

Alya POV.

Aku menyuruh ayah memandu dengan lebih laju kerana jam sudah menunjukkan angka 650 pagi dan gate sekolah akan ditutup pada pukul 7 pagi.
"Ayah, tak dapat laju lagi ke? Mcm fast furious tu" ujar ku.
"Biar lambat asal selamat ye alya" jawab ayah selamba.
"Masalahya ayah, kalau Alya tak datang sekolah sebelum pukul 7, Alya memang tak selamat dah ayah" terang ku lagi.
"Haaa tu lah bangun lambat lagi, sapa yang suruh? Takde org yang suruh kan?" leter ayah.
"Alia study la malam2 ayah, mid term tak lama lagi" terang aku.
Sedang ayah berleter, kami sudah pun sampai di hadapan gate sekolah.
Aku melihat jam tangan dan jam menunjukkan pukul 7.05pagi.

"HABISSSSSSLAH AKU!!" bermonologku sendirian.

Mujur sahaja gate belum ditutup, dan aku berhati-hati masuk di dalam perkarangan sekolah. Tiba-tiba-

"Alya Qaisara Binti Hisham, kamu lambat untuk kali yang keeeeee, saya pun dah tak dapat nak kira dah" kata seorang pengawas lelaki yang dari tadi memerhati gerak geri Alia.

"Alah abang pengawas, chill k chill, benda boleh bincang okay? Lepaskan saya buat kali ni je okay?" kataku sambil mengenyitkan mataku.

Pengawas yang dari tadinya membuat muka tegang lalu tersenyum lebar.

"Sayang, kalau awak hari2 lambat mcm ni, mcm mana saya nak cover ni?"kata pengawas tersebut, Khairil Iman dengan lembut.
"Haaaa tau pun sayang, ni last k? Promise promise hehe" kataku sambil menunjukkan jari kelingkingku.
"Ok set promise. Dah masuk kelas. Nanti rehat kita jumpa k? Belajar rajin2 buah hati" kata Khairil.
"Baiklah buah hati pengarang jantung." kataku senyum lalu berjalan dengan laju menuju ke kelasku.

"Alia alia, you're such a cutie" kata Khairil tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

NOW.

Ketukan di pintu bilikku mengejutkan tidurku yang lena.

"Alia oooo Alia, bangun!! Dah maghrib dah ni, pergi mandi lepastu solat" kata ibu dari luar bilik.
"Okay ibu okay, lepasni Alya mandi" kataku.

Kebelakangan ini, sering sahaja aku bermimpi tentang kenangan aku bersama Khairil. Aku merasa akan ada sesuatu lagi yang akan berlaku di antara kami. Apakah maksud di sebalik petanda-petanda ini?

-------------------------------------------------

Aku turun ke bawah dengan menggunakan baju tidurku setelah selesai membersihkan diri.
"Haaaaaa alya, tukar baju tu, kawan ibu dan ayah nak datang dinner together dengan kita" kata ibu.
"Kawan ibu dan ayah? Yang mana ni?" tanya ku.
"Taklah, Aunty Liyana dan Uncle Saffuan. Dah2 pergi tukar baju. Mereka nak datang kejap lagi tu"

Aku naik semula ke bilikku dan menukar baju ku. Baju blouse pink berbunga kecil, skirt kembang bewarna krim dan shawl satin. Kemudian, aku mencalit sedikit bedak di pipiku dan mencalit lipstick bewarna nude dan sedikit maskara di bulu mataku. And now i'm done.

"Adik, lama lagi ke bersiap tu? Tetamu dah sampai lah dik" ketuk abang.
"I'm done. Jap lagi adik turun" kataku.

Aku turun ke ruang tamu dan menyalam Aunty Liyana dan menundukkan kepalaku kepada Uncle Saffuan dan seorang lelaki yang dari tadinya tersenyum kepadaku. Fuh lamak lesung pipit tu. Astaghfirullahalazzim. Okay alia, back to the story. Aku duduk di sebelah ibu berhadapan dengan mereka.

"Ni ke anak awak yang baru balik dari Dublin tu, kak?" tanya Aunty Liyana.
"A'ah, Alia, Alia Maisarah, baru petang tadi balik, tu lah penat sikit dia tu" kata ibu.
"Alia ambik apa dekat Dublin tu sayang?" tanya Aunty Liyana kepadaku dengan lembut.
"Saya ambik medic, aunty. Dekat University of Medicine kat sana" kata aku lagi dengan lembut.
"Ambik medic? Samalah dengan anak aunty ni, sekarang ni dia bertugas kat HKL" kata Aunty Liyana lagi.

"Kita biarkan je lah mereka berborak dulu, abang, bawak Saffuan berbual kat luar sementara saya dan Liyana sediakan makanan" kata ibu.
Pada waktu itu, aku pun menarik2 baju dan bermain mata dengan ibu.
"Alia berkenalan lah dengan anak Aunty Liyana tu. Mana tahu nanti ibu nak buat jadi menantu" kata ibu dengan selamba lalu beredar ke dapur.

"And yeah, hi Alia, im Amzar" kata lelaki tersebut sambil tersenyum.
"Hi Amzar, hows life?" tanyaku kembali.
"Life? Ada ups and downs. Hahahaha. Lagi2 jadi doktor ni kan, rutin harian setiap hari memang sama je. Pergi hospital, balik ,pergi hospital, balik lagi. Pastu kalau on-call memang kena stay sampai pagi lah. Awak nanti pun like this jugak tauuu." kata Amzar dengan panjang lebar.
"Wow, its quite tough hahahaha. Kan? saya pun tak tau dah sedia ke tak ni nak hadapai semua tu" kataku lagi.
Belum sempat Amzar membalas, Puan Liyana memanggil kami untuk makan bersama.

Setelah selesai makan malam, ibu menyuruh abang untuk mengambil gambar kami semua bersama. Setelah selesai mengambil gambar kami, ibu menyuruh aku duduk di sebelah Amzar dan mengambil gambar kami berdua.

"Secocoknya kamu berdua ni, happy je aunty tengok" kata Aunty Liyana setelah melihat gambar aku bersama anaknya. Aku pun tersipu-sipu malu mendengar kata2 Aunty Liyana.

Sedang leka kami berborak sambil minum kopi, jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Sebelum mereka pulang, Amzar mendekatiku dan berkata-

"Alia, mind to share your number? Boleh kita keluar ke apa ke nanti?" minta Amzar lalu menghulur telefonnya.
"Okay, sure, nah" kataku sambil menghulurkan telefonnya kembali.
"Okay, will see you soon! Bye" kata Amzar lagi.

Amzar POV.

"Yesss, I got her number!" kataku di dalam hati.

Sebenarnya pertama kali aku tengok Alia tu tadi, lepas borak dengan dia, rasa mcm selesa je. Dah lah cantik, tutup aurat, hormat orang tua, lemah lembut. Memang cukup lah pakej si Alia ni. Lalu aku pun tersenyum sendiri.

Tanpa Amzar sedari, ibu dan ayahnya sedang memerhati gelagatnya yang senyum seorang diri.

Doktor atau Pilot?!Where stories live. Discover now