Smart phone ku berdering, lalu aku baca nama yang tertera dalam skrin fonku. Aku tersenyum lebar kerna orang yang call aku adalah sahabatku. Lama dah tak call aku, mesti ni ada sesuatu yang berlaku? Serkah hatiku, dengan cepatnya aku jawab panggilan tersebut sebelum terputus...
"Hai pika!, kau apa khabar?", tanya Rara kepada ku..
"Sihat, baru seminggu tak jumpa, takkan dah rindu?" sambil aku tertawa kecil.
"Hehe, gila tak rindu bestfriend? Kenapa tak datang time kak aku kahwin?"
"Maaf laaaa, tak dapat nak pergi time kakak kau kahwin, aku balik kampung, kat kampung tiada line, hehe, kelmarin baru aku balik sini, kau amacam? Sihat juga?", kataku kepada Rara sambil menerangkan kenapa aq tak dapat pergi.
"Hahahaha, tak apa laa, aku faham", sahut Rara dengan singkat.
Tawanya membuatkan aku rasa gembira. Dia adalah sorang sahabatku, namanya Nur Humairah dan aku panggil dia 'Rara'.... Sorang lagi sahabatku nama nya Nur Tiarah ameera gelaran yang diberi 'Tiara'... Perbualan rancak kami terhenti pabila mak aku suruh angkat kain dari ampaian kerna hari makin kelam. Aku menyatakan perihal tersebut dan Rara pun faham maksudku untuk menghentikan perbualan dalam fon tersebut. Dengan cepatnya Rara bertanya kepadaku....
"Kau masih sayang Adam?" pertanyaannya sedikit menegangkan suasana.."Ermmm......, masih, kenapa kau tanya soalan macam tu?, lagi pun kau dan Tiara seja tahu yang aku sayangkan dia, dan takkan mudah aq lupakan perasaan itu terhadapnya.. Kenapa?, ada yang tak kena??" aku menyatakan dengan penuh kekeliruan.
"Tak, macam ni, ermmm......, macam mana aku nak cakap dengan kau erk?, ermm... Kau tau tak Adam sudah ada kekasih?" tergagap-gagap Rara berkata
"Arhh?? Tak, aku tak tahu pun pasal tu", aku tergamam seketika.
Pada masa yang sama Rara pun bagitahu siapa kekasih Adam, bila mereka mula ber 'couple' ...
Aku terkeduh, lidahku yang petah bercakap semakin keluh, aku tak dapat nak bersuara, hatiku semakin hancur dengan semua 'permainan' ini. Aku terduduk kaku, bergelinang air mataku dan aku tak menghiraukan lagi apa yang Rara katakan padaku, lantas aku menamatkan panggilan telefon tersebut..Terdetik dalam hatiku, apakah aku harus bersuka ria ataupun berduka lara akan perkhabaran ini, luluh hatiku pabila mengetahui Tiara seorang sahabatku seakan akan menikam belakangku, dia adalah kekasih Adam, sedangkan dia mengetahui aku mencintai Adam, mengapa dia buat begini pada aku? Apa salah yang telah aku buat padanya?....
Waktu persekolahan telah bermula setelah cuti selama seminggu..
Dalam kelas..
Semua rakan sekelasku tertanya tanya, kenapa kelas sunyi hari ini, biasanya kelas takkan lekang dari riuh rendah dengan jenaka dan gelak tawa. Saling bahan membahan kawan-kawan yang takkan pernah putus. Aku hanya tersenyum dengan persoalan yang dilontarkan. Aku dulu nya seorang yang tak reti nak duk diam, nakal dan kuat ketawa kini telah lenyap. Rakan sekelas semua rindu akan karenahku yang sering memecahkan sunyi. Baris kedua dan bahagian tengah adalah posisiku yang takkan pernah berubah, kali ini aku nekad nak ubah posisi kedudukanku .
"Rara, kau duk kat tengah laa, aku rasa macam tak selesa duk kat situ, ya? Ya? Please~" , rayuku dengan nada yang manja.. Aku sengaja buat macam tu sebab aku nak menjauh daripada Tiara.
"Eishh, kau dah kenapa pika?"
"Hehe, kau ni, buat-buat tak tahu pula, aku tampar kejap lagi, terdiam kau ni" , dengan suara yang agak geram aku lontarkan ayat tersebut kepada Rara.
Selang beberapa minit kemudian....
"Ehh, ehh, pasangan sejoli dah sampai laaa" , kata salah seorang rakan sekelasku.
Aku dengan pantasnya menoleh ke arah pintu masuk ke kelas, rupanya rakan sekelasku lebih dahulu mengetahui hal ini daripada aku yang digelarnya seorang sahabat. Mataku berkaca, aku cuba tenangkan diri. Malangnya, air mataku tumpah tanpa aku pinta. Aku keluar dari dalam kelas itu sepantas kilat untuk mengelakkan rakan sekelas nampak kesedihanku. Dan aku rasa Tiara tahu kenapa aku keluar, dia perasan akan linangan air mata yang aku titiskan. Aku pergi ke tempat kami bertiga selalu lepak bersama. Yang pasti mereka tahu di mana aku melepaskan perasaanku, sama ada marah, sedih mahupun gembira, kerana tempat itu sedikit sebanyak dapat menenangkan bagi kami bertiga.. Iaitu padang sekolah....
Padang sekolah...
Aku terdengar tapak kaki yang melangkah menuju ke arahku, tak pasti sama ada itu adalah salah seorang sahabatku ataupun bukan. Aku langsung tak menoleh belakang, lantas dia bersuara...
"Aku minta maaf, aku minta maaf sangat sangat dengan kau, aku tahu aku salah, aku sedar mungkin ini adalah kesilapan terbesar yang aku lakukan sebagai seorang sahabatmu, kalau kau nak, aku boleh putuskan hubunganku dengan Adam jika itu yang membuatkan kau lapang dada dan kalau itu adalah keputusan yang terbaik untuk persahabatan kita, aku tak nak ukhwah yang telah lama terjalin kita putuskan begitu saja, aku tak nak kita seakan akan tidak kenal satu sama lain seperti orang asing, sedangkan kita rapat dan sangat rapat, maafkan aku....." , Tiara yang kedengaran sedang mengesatkan air matanya sambil berkata sebegitu kepadaku.
Aku tak mampu lagi kawal emosiku, air mataku mengalir sehabis boleh mendengar kata kata seorang sahabat. Aku sebak. Aku genggam seerat eratnya tangan ku, mengapa aku boleh lupa akan hubungan persahabatan yang telah lama terjalin ini? Mengapa aku perlu menjauh hanya kerana seorang lelaki yang belum tentu lagi adalah jodohku? Sedangkan persahabatan bisa saja hingga ke akhir hayat, betapa 'bodoh' nya diriku kerna fikir diri sendiri tanpa mengetahui isi hati insan yang lain. Dengan suasana sepi ditiupi angin sepoi-sepoi bahasa, aku berpaling kearahnya dan mendakap dia seerat-eratnya disaksikan oleh Rara yang telah lama memerhatikan tindak-tanduk kami..
"Jangan laa buat macam tu, kau buat aku tambah rasa bersalah, aku cuma nak kebahagiaan, walaupun bukan dengan orang yang aku cintai, asalkan kau bahagia, aku juga rasa, maaf, mungkin aku belum dapat terima pada mulanya dengan semua ini, dan aku tak nak kita semakin menjauh" , sambil mengesat air mata yang menjunam ke pipi.
"Aku memang nak bagitahu kau tentang ni dari awal lagi, tapi aku tiada keberanian nak bagi tahu kau perkara sebenar, maaf ya?" , mohon maaf yang tak lekang dari bibir Tiara.
"Tak apa, tidak ada manusia yg dapat lari dari melakukan kesilapan, kan?" , kataku kepada Tiara.
Tiara yang sedar akan kehadiran Rara tersenyum lalu memanggilnya....
"Weiyy, Rara! , mari laa join us, kenapa berdiri kat situ je?"
Rara yang datang menghampiri sambil tersenyum manja diiringi dengan titisan air mata..
"Aku sebak la weiyy, begini laa sahabat selama nya, saling faham memahami dan maaf memaafi, I love both of you, muah, muahhh!" , ayat Rara membuatkan kami semua bertambah sebak, lalu kami bertiga saling berpelukan antara satu sama lain..
Sahabat selamanya saling memahami, memaafi dan takkan terpisah hanya kerna perkara remeh temeh lebih-lebih lagi kerana seorang lelaki. Aku tahu hatiku mungkin akan terluka melihat mereka berdua bermesraan didepan mataku tapi, demi persahabatan yang terjalin sejak sekian lama ini kebahagiaanmu adalah pintaku yang amat besar. Aku terima takdir ini. Ini adalah jalan hidupku dan aku harus teruskan. Kerna tidak ada seorang insan pun yang hidup didunia ini mempunyai kehidupan yang dipenuhi dengan kemanisan tanpa terselit sedikit kepahitan. *smile always*
Sekian..

YOU ARE READING
Kebahagiaanmu Adalah Pintaku
Contokita sering mempersalahkan takdir, sedangkan perancangan Tuhan melalui takdir itu adalah yang terbaik. Jangan salahkan apa yang tersurat tanpa meneliti apa yang tersirat. Persahabatan itu adalah anugerah, maka hargailah ia setulus hati.