Bab 1

10 0 0
                                    

"Arghhhhhh!!!! Sakit ma." Zia mengaduh kuat tatkala kapas yang basah bersama ubat berwarna kuning menyentuh luka ditangannya.

"Maafkan mama sayang. Mama tak dapat lindung Zia dari ayah tadi." Mama Zia mengelap air mata yang mengalir dari tubir mata.

"Mama jangan nangis. Zia okay ma, sakit sikit je." Zia mengelap air mata mama. Kasihan mama.

"Zia, Zia lari ya sayang? Zia pergi dari sini." Mama memujuk Zia agar lari dari keganasan dan kezaliman suaminya, ayah kandung Zia sendiri.

"Habis mama?"

"Mama kene tinggal sini, Syurga mama di bawah tapak kaki ayah. Mama tak nak jadi isteri derhaka." Kendur suara mama.

"Syurga apa ma sampai buat mama macam ni? Zia tak nak pergi mana-mana. Zia nak tinggal sini dengan mama." Zia Arlia berkeras. Dia nekad. Mana mungkin dia nak tinggalkan mamanya sengsara sendiri. Dia rela terluka sama.

"Zia, listen to me. Zia nak ke sakit macam ni selalu? Zia tak malu ke pergi sekolah dengan muka lebam? Zia tak malu orang ejek Zia kat sekolah? Zia, Zia baru 15tahun. Perjalanan hidup Zia panjang lagi." Keras suara mama. Bagi mama, biarlah mama sendiri yang hadap keganasan dan kezaliman suaminya sendiri. tak sanggup dia melihat Zia disepak terajang. Hatinya terhiris. Biarlah dia sendiri yang rasa.

"Tak ma. Mama jangan paksa Zia. Tolonglah ma, Zia nak selalu ada dengan mama. Kita hadap semua ni sama-sama ye? Zia perlukan mama dalam hidup Zia. Tolong ma..." Zia merayu dalam sendu yang teramat. Meninggalkan mama sedirian disini adalah perkara terakhir dia akan lakukan dalam hidupnya.

"Maafkan mama sayang. Mama tak nak Zia sakit." Mama menarik Zia dalam pelukkan. Ya Allah, lindungilah aku dan anak aku selalu. Doa mama dalam hati.

---------------------------------------------
"Zahra!!!!" Razak yang baru pulang meneriak memanggil mama.

"Ya bang" terkocoh-kocoh mama keluar dari dapur.

"Kau ni lembab! Kau buat apa dekat dapur sampai aku panggil lambat jawab?!!" Ayah menengking mama buat kesekian kali. Macam biasa tiada salah daripada mama, cuma ayah memang begitu. Suka mendera mama. Pukul mama. Semuanya tidak bersebab.

"Maaf bang, saya masak tadi. Abang dah makan? Nak saya hidang?" Mama mengesat tangan yang basah dengan tuala kecil.

"Tak ingin aku makan masakkan kau! Entah racun apa yang kau letak. Aku nak duit!" Tengking ayah.

Mama tersentak terkejut.

"Kau pekak ke?! Aku cakap aku nak duit!" Ayah menarik rambut ikal mama. Mama mengaduh kuat.

"Mana saya ada duit dah bang. Semalam abang dah ambil semua duit gaji saya." Mama cuba meleraikan rambut yang ditarik ayah. Tapi ayah menarik lagi kuat. Air mata mama mengalir laju. Sakit yang teramat. Allah!

"Kau jangan menipu aku. Aku tahu kau sorok kan? Kat mana kau sorok? Bagitahu aku!!!!!" Ayah bergegas masuk kedalam bilik. Habis semua almari digeledah.

"Tak ada bang. Dah habis. Dah semua abang ambil semalam. Tak ada yang tinggal lagi bang." Mama menangis sambil menarik baju ayah dari belakang.

"Lepas!!!!" Ayah menolak mama kuat. Mama terhantuk di bucu meja. Darah pekat mengalir keluar dari kepala.

"Mama!!" Zia yang baru pulang dari sekolah berlari mendapatkan mama yang terkulai.

"Kau tipu aku kan? Ni apa? Duit ada banyak tapi sorok! Kau tahu tak syurga kau kat bawah tapak kaki aku? Nak jadi isteri derhaka ke?" Ayah menunjukkan beberapa wang kertas berwarna biru dan merah kepada mama.

"Bang, tu duit untuk bayar yuran sekolah Zia bang. Tolonglah bang. Tu je yang tinggal selebihnya abang dah ambil. Tolong lah bang." Mama memeluk kaki ayah sambil merayu.

Pangg!!! satu sepakan kuat mengena perut mama. Tak cukup dengan tu, ayah menghetak kepala mama dengan bingkai gambar. Mama meraung kuat.

"Ya Allah, mama. Ayah, dah ayah. Ayah nak mama mati ke?" Zia menengking ayah kuat.

"Kau pun patut sama mati!!!" Pangg!! Ayah menghentak kepala Zia dengan pasu kecil. Darah laju mengalir keluar dari ubun-ubun.

"Jangan bergerak, kami polis!" Dua orang polis muncul dihadapan pintu dengan mengacukan pistol setelah dihubungi oleh jiran tetangga selepas mendengar bunyi pertengkaran yang kuat.

"Ya Allah, Zahra! Zia!" Opah melaung dari pintu rumah. Ayah sudah digari.

Saat itu Zia cuma ternampak bayang mama yang semakin lemah dan selepas itu penglihatannya semakin kelam dan kelam dan akhirnya...

.... a soul to remember Where stories live. Discover now