Chapter 1 - The Routine

131 9 0
                                    

Cuaca sungguh cerah. Keadaan di luar sekolah Heasel High dangat sunyi. Hanya kedengaran bunyi tiupan angin dan golekan daun daun kering.

Di dalam kelas, 6 Kelas 2, Hayoung merenung ke luar tingkap. Melihat pemandangan di luar tingkap dan juga dari tingkat atas. Sebatang pokok tinggi yang agak rendang berdiri tegak di tengah2 kawasan lapang luar sekolah mereka. Burung2 gagak singgah ke sana, ke sarang mereka. Ada juga pelajar gred 3 membuat latihan bola. Memang sungguh indah.

Hayoung POV

Indahnya pemandangan dari sini. Ada burung buat sarang dekat atas pokok. Angin pun bertiup. Burung gagak berterbangan. Bunga2 berkembang. Daun2 kering gugur ditiup angin. Rumput bergerak ditiup angin. Pelajar junior buat latihan. Huh...

"Miss Oh.."

"Miss Oh"

"Hayoung !"

"Hayoung !!"

"Yeah?" Aku berpaling ke belakang ke arah suara yang memanggil namaku.

"Erhmm.."

Kelihatan encik Lee Teuk sudah berdiri bercekak pinggang di tempat duduk aku.

Habislah aku kali ni...

"Cikgu? Oh maaf cikgu" aku menunduk. Berderau darah aku dibuatnya.

"Maaf? Ni dah kali ke - 27 awak berangan di luar tingkap. Pergi berdiri di luar sekarang!" arah cikgu Lee Teuk tegas.

"Baik" aku akur dengan arahan cikgu.

Aku pun bangun dari tempat dudukku dan membuka pintu kelas. Aku pun menutupnya semula dan berdiri seperti yang diminta cikgu. Dan aku dapat merasakan yang hampir semua mata di dalam kelas itu memandangku.

Apalah nasib aku. Kenapa lah aku suka sangat berangan? Aku leka dengan pemandangan indah dekat luar tu. Sangat indah. Cikgu tak faham..

End POV

Kring!

Loceng rehat pun berbunyi. Semua pelajar bergegas keluar dari kelas untuk ke kafe. Hayoung masih berdiri termenung di luar kelas.

Encik Lee Teuk keluar dari kelas. Dia melihat Hayoung. Hayoung tak perasan tentang kehadirannya. Dia asyik memandang ke luar tingkap di kaki lima. Encik Lee Teuk pun memandang ke luar tingkap itu untuk melihat apa yang dilihat oleh Hayoung.

Tiada apa apa. Yang ada cumalah langit biru yang luas dan bangunan2 di hadapan sekolah mereka. Encik Lee Teuk menggelengkan kepalanya melihat Hayoung.

"Miss Oh" encik Lee Teuk memanggil.

Hayoung masih tidak mengalihkan perhatiannya.

"Hayoung !" Encik Lee Teuk menguatkan suara.

"Eerr. Ya?" Hayoung tersedar dan menyahut panggilan cikgu Lee Teuk.

"Kamu ni kenapa asyik berangan je? Saya mengajar di depan, kamu berangan di belakang" encik Lee Teuk membebel.

"Maafkan saya cikgu" Hayoung meminta maaf.

"Saya tak nak kamu minta maaf. Saya nak kamu ubah sikap kamu supaya lebih fokus dalam kelas" encik Lee Teuk berkata.

"Nae. Saya akan cuba" Hayoung menjawab sambil menunduk.

"Bagus" kata encik Lee Teuk sambil tersenyum lalu pergi dari situ.

"Kenapalah tak ada orang perasan keindahan alam ni..?" Hayoung berkata pada dirinya sambil merenung ke tingkap itu semula.

Selepas puas merenung, akhirnya Hayoung tersedar dari lamunannya. Dia pun mula mengatur langkah menuju ke kafe untuk mengisi perutnya.

Life of Bullies [ONGOING]Where stories live. Discover now