Let GOD guide us always

213 0 0
                                    

Aku termenung sendirian berita yang ku nantikan akhirnya ku ketahui bahawa permohonan VISA untuk ku dan anak-anak perempuan telah di luluskan. Aku tidak tahu sekiranya berita ini mengembirakanku atau di sebaliknya, aku tahu anak-anakku akan gembira tetapi aku, merupakan tanda tanya. Setelah aku mengharungi temuduga pertama dan di kecewakan oleh si penemuduga, ku sangkakan memang sukar untuk mendapatkan VISA atau mendapat temuduga kedua kali. Tetapi berkat doa serta usaha suami ku, temuduga di aturkan semula dan ianya tidak di duga ia akan dilakukan dengan segala, dan soalan tidaklah sesusahnya sebelum ini dengan sekelip mata penemuduga itu berkata.

"Well Ma'am, Congratulations you VISA's been approved!"katanya. Aku terpaku seketika. Senyuman tiada langsung. Aku keluar dari bilik temuduga itu dengan perasaan hambar.

Ya suami ku! aku telah berkahwin lagi, suamiku bukan lelaki penduduk tempatan tetapi seorang dari luar negara. Dia lah yang membantuku selama ini selepas suami pertamaku meninggal dunia. Dia yang sentiasa menghulur bantuan dari segi kewangan serta segala nasihat yang di perlukan, memandangkan suami pertama ku tidak meninggalkan sebarang harta benda kepada ku. Walaupun terdapat sedikit rasa kesal dengan perbuatannya tetapi aku juga berasa bersyukur kerana dia, aku mempunyai dua orang anak perempuan yang telah dewasa yang patut aku banggakan. Suami ku telah bersetuju untuk menambah seseorang dalam kehidupan kami di atas beberapa sebab tertentu. Aku tidak ingin merasai kesengsaraan sewaktu melahirkan. Aku tahu ia menjadi lumrah dunia ini kesengaraan sewaktu melahirkan sentiasa terjadi kepada umat yang bernamakan wanita. Dia juga memikirkan usianya yang sudah lanjut. Ya! umur kami memang jauh sekali perbezaannya, 24 tahun perbezaannya. Tetapi aku tidak kisah semuanya asalkan dia sayang kepadaku dan anak-anaku ku. Dia berjanji akan memastikan sekolah anak-anak ku akan di lanjutkan sehingga ke peringkat yang tertinggi. Aku sentiasa berdoa agar semuanya akan termakbul. Aku berharap anak-anak ku gembira serta berjaya dalam persekolahan mereka, aku tak ingin kesusahan di masa lampau berulang kembali.

Sebelum ini kami menunpang dengan abangku dengan keluarganya. Kami terpaksa tinggal di tingkat atas rumah mereka, kerana kami tidak mencukupi wang untuk menyewa atau membina sebuah rumah sendiri. Memang kalau menumpang sentiasa terasa tidak tenang. Suami ku pada masa itu tidak mempunyai pekerjaan, dia hanya tinggal di rumah selepas kontrak perkerjaannya di tamatkan. Selepas beberapa tahun dia pernah cuba bekerja di beberapa Syarikat tetapi sentiasa berhenti kerana semuanya tidak sesuai di katanya. Aku terpaksa meneruskan hidup ini dengan mencari pekerjaan , boleh dikatakan mengantikan posisinya yang kuanggap masa itu sementara waktu sahaja. Aku mula bekerja semenjak anak pertama ku berusia 6 tahun kerana dia perlu meneruskan persekolahannya, lagi pula anakku masa itu bersekolah di Tabika Chinese School, perbelanjaannya agak mahal.

Aku memulakan pekerjaanku di sebuah di Syarikat yang mempunyai banyak anak syarikat. Syarikat itu di punyai oleh salah seorang suami sepupu suamiku. Aku bekerja dengan syarikat itu selama 3 tahun di atas beberapa sebab yang tertentu. Aku terpaksa berhenti kerana aku mengandungkan anak keduaku. Badanku sentiasa tidak sihat, lagipun kami mendapati epf kami selama bekerja di syarikat itu tidak pernah di bayar, dalam erti kata gaji kami di potong tetapi epf kami tidak di bayar. Lagilah pula suamiku sentiasa marah-marah sekali syarikat kami mempunyai acara-acara malam seperti dinner. Ada saja kata-kata kesat atau hinaan keluar daripada mulutnya. Aku masih ingat suatu masa kami pergi dinner , dia menjemputku entahkan macam mana hati ku tidak tahan kerana hinaannya aku melawan. Aku minta supaya aku di kasih turun di pekan. Dia teriak sambil memberhentikan kereta turun sambil melulu ke tempat ku. Aku turun secepat mungkin, aku takut di pukul tetapi belum sempat ku berlari dia menarik tanganku dengan kuatnya.

"Jannnnngan." kataku sambil menangis

"Perempuan Sundalllllll."Katanya

Secara tiba-tiba bajuku di koyak sehingga berjatuhan butang bajuku. Aku terhenti sambil menangis ini bukan sekali tetapi sudah beberapa kali. Aku ingat dahulu bajuku di gunting olehnya.

"Sekarang perempuan sundal bagus kau masuk kereta kalau tidak mahu malu," katanya dengan kasar. Aku menangis sambil masuk kereta. Selama ini aku hanya berdiam diri, malu ku untuk bersuara akan perihal tersebut, ku telan segala kesengsaraan hatiku, ku telan segala keperitan yang sentiasa melanda jiwa ku. Kekadang aku terasa seperti orang kurang siuman berkata-kata sendiri untuk menenangkan hati ini. Aku tidak menyangkakan nasib ku akan jadi begini. Aku dahulu tidak pernah di layan sedemikian rupa , aku merupakan anak kesayangan keluargaku kerana aku merupakan anak bongsu dan cuma seorang perempuan. Aku mempunyai 3 orang abang. Aku malu untuk mengadu dengan abang-abangku. Kepada bapa dan mama ku juga tidak ingin ku beritahu. Aku tidak ingin mereka susah hati akan diri ku. Pernah sekali ku cuba bunuh diri kerana terlalu sakit hati tetapi ku sangka dia akan memarahiku kerana berbuat demikian tetapi aku di humbannya ubat untuk makan semuanya.

"Saya sedikit pun tidak percaya kalau kau itu pergi bekerja, mesti sentiasa menyundal, lelaki tempat kerja kau itu ramai,sekarang pandai berlawa sudah aaa..."katanya suatu hari. Aku hanya berdiam diri. Berdiam bukannya salah tetapi berdiam supaya tidak mengundang masalah. Dia selalu mengugutku untuk bercerai tetapi tidak pernah pun dia lakukan. Aku selalu menangis. Anak pertama ku selalu bertanya tetapi aku hanya berdiam diri. Kekadang aku rasakan terlalu penat untuk melakukan semuanya. Setiap pagi pergi kerja petang pulang...masuk sahaja dalam kereta memang makian lah yang timbul dari mulut, tetapi sekiranya dia memerlukan sesuatu dia berubah menjadi baik seketika apatah lagi dari segi wang.  Keretanya sudah di rampas oleh Bank kerana tidak dapat membayar bulanannya.Kami terpaksa meminjam kereta kakaknya, yang mana adik lelakinya juga menggunakan kereta itu.  Abangku pernah mencadangkan kepadaku supaya mengambil sebuah kereta untuk ku sendiri.  Aku hanya perlu belajar untuk memandu bagi memudahkan aku ke kerja.  Tetapi aku terfikir di mana kah harus aku mendapatkan wang untuk membeli sebuah kereta?  Bukan aku tidak teringin untuk memiliki sebuah kereta. 

Seperti biasa suamiku menghantar ku tempat kerja.  Dia seperti mengkehendakan sesuatu kerana perangainya berbeza sekali dari sebelumnya.  Aku tahu kalau bukan kerana wang sememang perangainya tidak akan berubah.

"Bagus kau ambil sebuah kereta terus sia hantar-hantar pergi kerja."katanya secara tiba-tiba.  Perasaan benciku timbul secara tiba-tiba.  Dia menyuruhku mengambil kereta kemudian membawanya kemana-mana dia suka, dengan perangainya yang panas baran.

"Tapi itulah jangan ambil under abang kau, faham."katanya lagi.  Aku tahu dia tidak ingin abangku berhak ke atas tersebut.  Aku hanya membisu.  Aku keluar dari kereta tanya mengeluarkan kata-kata.

Sewaktu sibuk dengan tugasan harian, tiba-tiba telepon bimbitku berbunyi.

"Tengah hari keluar, sign agreement, bawa slip gaji 3 bulan ,nanti saya ambil kau."kata abangku.  Aku ingin bertanya tetapi belum sempat ku bertanya dia telah meletak telepon.  Tepat jam 12.30 tengah hari aku keluar dari officeku.

Ku lihat abangku telah menunggu dengan isterinya. 

"Kenapa."kataku sebaik sahaja aku menaiki keretanya.

"Kami jumpa sudah kereta yang sesuai dengan kau, lagipun sampai bila kamu guna kereta kakaknya, saya tahu kau selalu kena marah oleh laki kalau lambat pulang, saya sudah call kawan saya tutor, ajar kau memandu, sementara itu, itu kereta biar sly bawa dulu , hantar-hantar kau." Katanya panjang lebar.  Aku diam sahaja.  Aku terbayang-bayang bagaimana suamiku akan menuding jarinya ke muka kerana meminta bantuan daripada abangku, sedang bukan aku yang meminta tapi racangan daripada abangku sendiri.  Setelah tiba di detinasi, kami menuju ke arah dealer yang menjadi orang tengah abangku.  Aku di suruh menandatangani beberapa keping kertas, begitu juga dengan iparku yang menjadi guarantorku.  Aku hanya berdiam diri.  Aku di beritahu kereta baru akan keluar dalam masa seminggu atau dua minggu.  Abangku membayar wang pendahuluan.  Aku terharu dengan kebaikan abangku walaupun dia pun mengalami masalah kewangan tetapi kerana ingin membantuku dia sanggup membantuku mengeluarkan kenderaan kepadaku.

Setelah selesai urusan abangku menghantarku ke pejabat semula.  Aku tahu aku harus memberitahu suamiku bahawa tentang kereta dan aku akan mengikuti kelas memandu.  Hatiku berdegup kencang apabila masa pulang.  Aku tidak tahu bagaimana reaksinya nanti.  Adakah aku di marahi atau di maki lagi.  Aku masuk ke dalam tandas untuk berdoa tanpa ku sendari aku terlewat 5 minit.  Aku berlari seperti anak kecil menuju ke kereta, dari jauh aku dapat melihat matanya yang garang memandang ke arah ku.  Aku masuk ke dalam kereta seperti biasa.  Aku hanya berdiam diri tidak ingin bertanya takut menimbulkan masalah.

"Apa kau buat di office, bergeteh lagi kah."katanya dengan pedas.  Ingin sekali menampar mulutnya selalu biadap itu.

"Saya lambat sebab saya pergi tandas lagi." Kataku singkat 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 06, 2013 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Let GOD guide us alwaysWhere stories live. Discover now