「i」

684 51 13
                                    

Seulgi termenung jauh, tidak berganjak daripada kerusi tempat duduknya walaupun loceng masa rehat sudah lama berdering. Dia tidak rasa mahu keluar mengisi perut di kantin, lebih selesa duduk di dalam kelas.

"Seulgi? Tak nak keluar rehat ke?" Bahu Seulgi ditepuk perlahan oleh seseorang.

Seulgi memandang gerangan orang itu, dia tersenyum memandang Ju Hyun. Gadis tersebut hanya menggeleng tanda tidak.

"Okay, aku pergi dulu, bye~" Ju Hyun melambaikan tangannya sebelum keluar dari kelas, meninggalkan Seulgi keseorangan. Tak la seorang diri sebenarnya.

Gadis itu meramas tangannya, dia berpaling memandang ke belakang kelas. Lelaki itu masih lagi sama seperti tiga minggu lepas, tidak keluar rehat seperti pelajar lain.

Sejak berpindah ke sekolah ini tiga minggu yang lalu, Seulgi menyedari ada seorang pelajar lelaki yang jarang bercakap dalam kelas itu. Malah tidak pernah berbual dengan rakan sekelasnya langsung. Masa pembelajaran pun dia tak pernah buka mulut untuk bertanya.

Baginya lelaki itu agak lain daripada pelajar lelaki yang lain. Selain daripada tidak banyak bercakap, Seulgi suka penampilan dan fizikal lelaki itu. Bentuk matanya yang nak kata sepet, tidak. Ianya redup dan agak tajam. Mulut dan hidungnya yang terletak serta kulit cerah tipikal Korea memberikan gambaran muka yang kacak. Gaya rambut yang dikenakan sehari-hari juga kena dengan mukanya. Bonus bagi tubuhnya yang tinggi galah.

Seulgi terus menerus memandang lelaki itu.

×××

Menyedari dirinya seperti diperhati, Wonwoo mengangkat kepalanya yang dari tadi tertunduk main telefon. Seorang gadis memandangnya dari barisan hadapan yang kedua. Gadis yang baru masuk itu.

Dia tersenyum dan melambaikan tangannya ke arah Wonwoo. Wonwoo hanya menjeling sebelum menghadap telefonnya semula.

Seulgi tergamam melihat cara lelaki itu membalas lambaiannya. Ceh sombongnya. Dah la tak reti bercakap macam orang bisu, sombong pula tu.

Seulgi memandang semula ke hadapan, dia mengeluarkan keluhan kecil. Rasanya hampir semua rakan sekelasnya sudah dia kenal, kecuali lelaki itu. Nama pun Seulgi tak tau.

Setiap kali dia tanya Ju Hyun, mesti gadis itu ubah topik. Takut sangat, padahal Seulgi tanya nama je.

"Um.. kita cakap pasal dia nanti la, okay?"

"Ha? Kau lapar? Jom aku belanja makan,"

"Kau ni asyik tanya pasal budak tu, crushing over dia ek?"

"Cikgu dah masuk. Shh... kita cakap nanti."

Setiap kali Seulgi tanya, macam-macam alasan Ju Hyun bagi. Sekali lagi keluhan dikeluarkan. Dia sanggup buat apa sahaja nak kenal Wonwoo.

Kenapa bunyi macam terdesak sangat ni Seulgi? Tsk...

kawan? Where stories live. Discover now