Part 1 :-

264 16 0
                                    

Yoona P.O.V,

Sedang aku mengemas almari bajuku,tiba-tiba aku terjumpa sekeping gambar. Aku mengambil gambar tersebut lalu melihatnya. Itu ialah gambar seorang lelaki yang pernah aku minati semasa di sekolah rendah dahulu. Aku teringat kembali satu kejadian dahulu.

* Flashback *

Aku sangat meminati seorang lelaki yg juga classmate ku itu. Aku selalu curi-curi melihat dirinya. Aku juga selalu mengambil gambarnya tanpa disedari olehnya. Suatu hari,aku terjumpa dengannya di belakang blok sekolah. Ketika itu, hanya aku dan dia sahaja yg berada di situ.

Dia datang menghampiri diriku lalu berkata," Aku tahu kau sukakan aku. Tapi ingat ye,aku takkan sesekali menyukai kau. Stop dreaming okay! " Setelah itu,dia berlalu pergi. Sejak peristiwa itu,aku tidak pernah jatuh cinta dengan mana-mana lelaki pun. Aku hanya menganggap seseorang lelaki itu hanya sesuai utk menjadi seorang rakan sahaja. Sejak peristiwa itu juga,aku bertukar menjadi seorang yg berperwatakan seperti tomboy. Cara aku agak kasar seperti lelaki. Walau bagaimanapun,aku masih sedar bahawa aku ni seorang perempuan. Hanya kerana lelaki tersebut,aku berubah seperti ini. Aku memang sangat membenci dirinya sekarang ini.

* End Flashback *

" Yoona!!! ". Panggilan mamaku menyentakkan aku daripada lamunan tersebut. " Ya,mama! ". " Turun cepat. Makan malam dah siap ",kata mama. " Okay ma ",jawabku.

Aku menyimpan semula gambar tadi ke dalam sebuah kotak kesayanganku. Selepas itu,aku terus turun ke ruang makan utk makan malam.

~ To Be Continued ~

______________________________________

Maaf kalau ada sebarang kesilapan yang telah saya lakukan dalam part di atas. Kalau sudah baca + suka,jangan lupa,vote tau. Terima kasih.

Why Must Him ?!Where stories live. Discover now