Cermin

384 15 2
                                    

Alya tinggal berseorangan di rumah setelah kedua ibubapanya keluar menghadiri jamuan makan malam di hotel anjuran syarikat bapanya. Dia lebih suka duduk dirumah sambil membaca cerita2 hantu di wattpad.

Malam itu cuaca sangat sejuk oleh kerana hujan lebat yg berlarutan dari petang hingga ke malam. Alya duduk di sofa ruang tamu dan melakukan hobinya sambil mendengar lagu. Namun tv dihadapannya dipasang supaya keadaan tidak sunyi di rumah yg besar tersebut.

Sedang dia membaca novel di telefonnya, dia terasa seperti sedang diperhatikan oleh sesuatu. Tiba2 Alya ternampak seorang lelaki berpakaian badut sedang berdiri di belakang cermin pintu sliding door di luar rumahnya. Keadaan yg hujan lebat dan gelap diluar menghadkan pandangannya namun jelas apa yg dilihatnya sedang berdiri di situ.

Kemudian Alya terus menelefon pihak polis. Beberapa minit kemudian pihak polis tiba seramai 4 orang anggota. Setelah memeriksa di kawasan luar rumahnya tiada kesan tapak kaki atau kehadiran seseorang diluar. Setelah selesai 2 org anggota polis beredar dan 2 lagi sedang mengambil keterangan dari Alya. Ketika hendak pergi, seorang anggota polis terlihat kesan tapak kasut berlumpur betul2 di belakang kerusi tempat Alya duduk tadi. Ini bermakna lelaki badut tersebut bukan berdiri di luar tetapi di dalam rumah, pantulan kedudukan lelaki tersebut seolah diluar padahal di belakang kerusi Alya.

Sejurus kemudian terdengar satu hentakan yg kuat di dapur dan terdengar jeritan salah seorang anggota polis yg melakukan pemeriksaan disusuli dgn suara gelak ketawa lelaki badut tersebut "Hehe hehe hehe yuhuu haha haha hehe......" .....

HELLOWhere stories live. Discover now