Bilik 3A

209 11 0
                                    

Adam dan keluarganya sedang bercuti di Pulau Perhentian setelah memohon cuti hujung tahun. Mereka memilih hotel xxx sebagai destinasi penginapan mereka selama 3 hari 2 malam. Oleh kerana hujung tahun maka semua bilik sudah ditempah kecuali bilik 3A. Pemilik hotel tersebut menyatakan bahawa bilik itu tidak boleh disewa atas faktor keselamatan. Namun Adam yg tidak mempercayai perkara karut dan ghaib sekerasnya mahukan bilik tersebut oleh kerana tiada hotel lain dan faktor masa yg sudah hampir malam. Setelah didesak pemilik hotel tersebut memberikan kunci kepada Adam namun Adam perlu menangung sendiri akibat jika sesuatu yg buruk terjadi.

Apabila Adam membuka pintu bilik tersebut tidak semena-mena satu tiupan angin menerpa keluar dari dalam. Adam menganggap itu hanya angin dan tidak menghiraukannya. Bilik itu sama seperti bilik yg lain tiada perbezaan dan perasaan yg kurang senang berada di dalamnya. Setelah makan malam dan bersiar-siar di luar mereka pulang ke hotel.

Jam menunjukkan pukul 2pagi. Isterinya dan anak tunggalnya Boboi sudah lena diulit mimpi. Adam masih tidak boleh tidur dan dia bersiap utk keluar mengambil angin di luar berseorangan. Jam 2.25pagi isterinya Sarah bangun utk ke tandas. Setelah keluar dari tandas dia Sarah lihat Boboi sedang menangis dan dia mendakwa terdapat raksasa di bawah katil mereka. Sarah yg ingin menenangkan anaknya tunduk ke bawah utk melihat bawah katil dan mendapati Boboi sedang menangis dan memberitahu ibunya ada seseorang yg sedang baring di atas katilnya.... ..

Jam 3.30pagi Adam menerima panggilan telefon dari isterinya meminta dia pulang ke bilik dengan nada panik dan tiba2 panggilan dimatikan. Adam segera kembali ke bilik. Setibanya Adam, dia mendapati isteri dan anaknya sedang lena tidur di atas katil. Adam lega dan menganggap itu gurauan baring ditengah antara Boboi dan Sarah dan cuba menggeletek mereka berdua.

Tiba2 masuk sms dari no isterinya berbunyi "Abg tolong kami di bawah katil, ada benda dlm bilik ni. Abg balik lah cpt minta bantuan". Adam mula berpeluh apabila mendapati bau busuk mula menusuk hidungnya dan disebelahnya kini bukan isteri dan anaknya....

HELLOWhere stories live. Discover now