Irfan Danis mengelilingi kereta hyundai tuckson berwarna putih sambil bercekak pinggang. iphone yang masih kukuh di dalam genggamannya dipandang geram. nama aja handphone mahal tapi,bila line tak ada...tarafnya sama jugak dengan handphone murah! dengusan kuat kedengaran. tekanan perasaan sungguh!
Iz Raiyan...pembantu peribadi irfan danish atau PA (personal assistant) dan juga merangkap kawan baik irfan Danish sejak kecil lagi , berpeluh peluh memandang enjin kereta itu. sejujurnya dia hanya mampu memandang. Nak sentuh? tak berani. nanti lagi teruk kereta ini dikerjakannya. umpama tikus membaiki labu.
Matahari mula melabuhkan tirainya. sudah hampir masuk waktu maghrib. aduh 'masak' macam nie. tak kan nak duduk dalam kereta malam nie?
"wei! tak okey lagi ke enjin tu? aku dah serabut nie. dah lah sesat, kereta rosak pulak tu! line pun tak ada. kenapa lah diorang buat shooting dekat tempat macam nie? dah macam padang jarak padang tekukur! sekarang nikan susah....nak balik pun tak boleh ni! aku dah lah ada shooting kat tempat lain pulak nie! arghhhhh! rosaklah nama aku kalau datang lambat". bebel irfan danish senafas sambil mengelilingi kereta iphone masih dipegangnya.
"fuh dahsyat mamat nie. boleh dia cakap ayat panjang macam tu senafas aje". gumam izz raiyan seorang diri.
"kau jangan nak menipu lah! padang jarak padang tekukur apa? tu hah ada cahaya...maknanya ada lah rumah dekat sini. dan kau sabar boleh tak? kau ingat aku nie mekanik ke hah? kalau aku mekanik, tak hingin aku nak jadi PA kau tau. lebih baik aku bukak bengkel aku sendiri!". bidas izz raiyan.
Mamat nie kalau dah start membebel...memang champion!
Irfan Danish mengunci langkahnya seraya menyimpan iphond di dalam poketnya. wajah izz raiyan direnung tajam.
"malam nie nak tidur mana? tak kan nak tidur dalam kereta!". leter irfan danish lagi. butang lengan kemeja berwarna biru lembut itu dibuka, segera disinsing hingga ke paras siku.
"nasiblah...nampaknya kita kena tidur dalam kereta malam nie. ha, apa kata kita pergi rumah orang dekat sini atau masjid ke?". cadang izz raiyan. bonet hadapan ditutup. dia membalas pandangan irfan danish.
"kau gila! nanti orang nampak aku macam mana? kalau kau nak pergi rumah orang, aku tak nak! lagipun kau ada nampak masjid ke kat sini? aku nampak sawah padi aje". mata irfan danish meliar memandang sekeliling. rambutnya diraup ke belakang.
"memanglah tak nampak , dah malam. tapi kalau ada rumah...mesti ada masjid. kejap lagi masuk lah waktu maghrib. habis tu kau tu tak nak solat ke?". Izz raiyan bersandar pada kereta sambil memeluk tubuhnya. payah betul berunding dengan mamat berlagak ni. hish!
"aku nak solat tapi, kalau orang nampak aku macam mana? lagipun masjid pun aku.....". Irfan Danish terhenti berkata kata apabila mendengar sayup sayup azan berkumandang di udara.
mereka berdua diam sebagai tanda menghormati azan yang kedengaran merdu pada halwa telinga mereka.
"tu bunyi azan...aku rasa masjid dekat dekat sini aje. kita pergi carilah....". Bisik izz raiyan setelah selesai membaca doa selepas mendengar azan.
"kau pergilah cari. dah jumpa bagitahu aku. aku tunggu dalam kereta". arah irfan danish. pintu kereta dibuka lalu dia memboloskan diri kedalam nya.
izz raiyan mengeleng perlahan. pemalas!
"hati hati.....ni tempat orang. jangan cakap bukan bukan...". pesan izz raiyan sebelum dia melangkah pergi meninggalkan irfan Danish. dia tersenyum sinis apabila melihat riak wajah irfan danish berubah.
YOU ARE READING
Betul, Suami aku pelakon
RomantikKejadian yang berlaku pada waktu senja, dengan situasi yang kurang menyenangkan menemukan Irfan Danish....seorang pelakon dengan Aliya marissa, seorang pelajar universiti yang sedang menghabiskan cuti semesternya di kampung. Irfan : "kau kan semalam...