KElahiran

15 1 1
                                    

            Bermula cerita di sebuah planet yang aman damai. Kehidupan di planet tersebut teramat berbeza dari planet Bumi. Planet yang jauh berjuta kilometer diberi nama Planet Ardomadra. Kerajaan di Planet Adromadra terbahagi kepada tiga bahagian,kerajaan pertama diberi nama Asheirha. Kerajaan Asheirha kerajaan utama kerana kerajaan tersebut berada diantara dua lagi kerajaan yang lain. Raja kerajaan Asheirha ialah King Apiec ditemani oleh ratunya Queen Ariese yang mempunyai kuasa penyembuh. Segala jenis penyakit boleh dirawat oleh Queen Ariese.
           Kerajaan kedua diberi nama Autloud. King Afreis seorang raja yang dilantik oleh rakyat jelata di kerajaan tersebut. Ratu di kerajaan tersebut ialah Queen Erieas.Queen Erieas mempunyai kuasa untuk membaca fikiran seseorang.
           Kerajaan yang terakhir ialah Kerajaan Aenrijs. Raja kerajaan ini ialah King Athoer dan ratunya Queen Reaseen yang mempunyai kuasa meramal masa hadapan pada suatu masa.
              Rakyat jelata Planet Adromadra dapat hidup selama berpuluh puluh abad. Mereka hanya boleh dibunuh dengan tali merah yang berada di pusat bawah tanah planet tersebut. Apabila tali merah putus maka tamat lah riwayat mereka .
         Tidak lama kemudian , selama 100 abad lahirlah seorang putera dari kerajaan Asheirha , Autloud, Aenrijs. Ketiga tiga putera tersebut mendapat keistimewaan mereka pada hari jadi mereka. Nama putera dari kerajaan Asheirha ialah Athiew Rewsion Apiec,
Admier Withloen Afries nama putera dari kerajaan Autloud, Aquer Oiruen Athoer putera dari kerajaan Aenrijs.
Keistimewaan Prince Athiew ialah penyembuhan dan kuasa alam iaitu gempa. Selain itu mata Prince Athiew berwarna biru laut .
          Keistimewaan Prince Admier ialah membaca fikiran seseorang dan kuasa alamnya ialah air . Mata Prince Admier ialah dark grey.
          Keistimewaan Prince Aquer ialah meramal masa hadapan dan kuasa alamnya ialah angin . Mata Prince Aquer ialah hazel cerah.
              Ketiga tiga putera tersebut mempunyai dua kuasa yang sama iaitu halilitar dan api. Setelah 27 tahun putera putera dari tiga kerajaan yang berkuasa ini membesar menjadi seorang gagah , tampan, mahir bermain pedang dan mahir dalam seni mepertahan kan diri .

LIGHTsaberWhere stories live. Discover now