Part 41

4.2K 388 158
                                    

Sedang aku berjalan menuju ke pagar hostel, tiba-tiba aku terserempak Jin yang sedang mengambil bajunya di dalam van. Aku mula mengelabah.

"Kau nak pergi mana ni?" Tanya Jin.

"A-aku aku nak pergi aaaaa pergi.."

"Pergi mana?" Selit Jin.

"Aku nak pergi ambil barang." Sambung ku.

"Ambil barang? Kan malam ni. Esok esok je lah ambil."

"Mana boleh esok. Penting ni." Bohong ku.

"Kalau penting biarlah aku teman kau."

"Teman?!" Pantas aku menjawab.

"Yela teman kau. Tak kan lah malam-malam macam ni aku nak biarkan kau sorang-sorang pergi sekolah."

"Aku okay jer lah. Aku tak perlukan teman. Aku boleh pergi sorang-sorang. Tak pe lah menyusahkan kau je. Aku boleh pergi sendiri. Emm bye."

Aku terus meninggalkan Jin. Kaki ku pantas bergerak.

"Nadz?!" Panggil Jin.

"Maafkan aku." Bisik hatiku.

Aku tidak mengendahkan panggilan Jin. Aku pun tidak boleh lama dengannya. Sudah pasti dia akan mendesak aku tidak pun memaksa aku pergi dengannya.

Aku buat begitu ada sebab. Sebabnya aku telah berjanji dengan Jungkook supaya hal ini tidak diketahui oleh Jin. Sebab itulah aku berbohong padanya. Kalau Jin tahu, sah-sah dia akan bergaduh lagi dengan Jungkook. Lebih baik aku dengar kata Jungkook dengan membohongnya. Aku pun tidak tahu kenapa aku mempercayai Jungkook? Mungkin ini lebih baik.

"Pelik. Mesti ada yang tak kena." Bisik Jin.

"Tak pe lah. Aku tunggu dia." Sambungnya lagi.

Di Bilik Latihan.

Sebelum aku memulas tombol pintu itu, aku terdengar lagu RUN daripada luar.

"Takkan lah dia masih berlatih lagi?" Tanya ku sendiri.

Aku memulas tombol pintu bilik itu. Aku mengintai. Mataku melihat sekeliling bilik itu. Aku terlihat Jungkook yang masih berlatih menari di tengah-tengah bilik itu menghadap cermin.

Tanpa aku berfikir panjang, aku terus masuk ke dalam bilik itu dan menutup pintu itu kembali.

Aku berjalan perlahan-lahan ke arah kerusi yang kosong itu sambil mataku ralit memandang Jungkook yang sedang menari.

Aku tahu dia perasan aku berada di situ kerana pantulan pada cermin itu sudah membuktikan segalanya kewujudan aku di situ.

Justeru itu, aku meletakkan barang-barang di atas kerusi.

Aku memandangnya kembali. Walaupun aku hanya melihat badan belakangnya sahaja sudah membuatkan aku terpukau dengan tariannya itu.

Ketika aku sedang ralit melihatnya menari, tiba-tiba dia membuka hoodienya sampaikan bahunya ternampak. Dia tidak memakai baju t-shirt di dalam sebaliknya singlet putih sahaja dia pakai di dalam. Aku tahu itu sebahagian daripada tariannya.

Aku cepat-cepat melarikan pandangan ku. Jungkook perasan bahawa aku melarikan pandangan daripadanya jadi dia terus memberhentikan tariannya lalu dia berjalan ke arah ku sambil memakai semula hoodienya.

Aku mula mengelabah. Aku perlahan-lahan mengundur ke belakang. Tanpa aku sedari, aku sudah berada di jalan mati. Aku sandarkan diriku pada dinding. Jungkook perlahan-lahan mendekati aku.

Aku memandang wajah Jungkook. Muka dan rambutnya basah dipenuhi peluh. Jungkook merapati aku. Matanya tajam melihat aku tapi aku tetap melarikan pandangannya. Aku mula berasa takut dengan tindakannya itu.

Dengan pantasnya aku menolak Jungkook ke belakang untuk aku melarikan diri daripada dia tapi tidak sempat kerana tindakannya itu laju menyambar tanganku. Dia menghentak badan ku kuat pada dinding. Kemudian, kedua-dua tangannya dihentakkan pada dinding dan mengunci aku supaya tidak terlepas.

"A- apa yang kau buat ni?" Tanya ku. Perasaan takut mula timbul.

"Kau takut ke?" Tanya Jungkook pula kepada aku.

"Ah? Me-mestilah aku takut." Jawab ku.

Jungkook merapatkan mukanya pada muka ku. Aku pantas memandang ke tepi.

"Pandang aku." Arah Jungkook.

"Aku tak nak."

"Kalau kau tak nak aku buat ape-ape dekat kau, lebih baik kau pandang aku cepat." Ugutnya.

Disebabkan ugutannya itu, aku menjadi takut jadi aku memandangnya. Aku boleh merasakan nafasnya dekat dengan aku.

"Pandang jugak ye. Senang je nak ugut kau ni. Hahaha." Jungkook ketawakan aku.

Aku menjeling.

"Kau nak apa sebenarnya? Cakaplah." Tanya ku yang sudah mula rimas dengan kedudukan aku sekarang ni.

"Tak de apa sebenarnya. Aku cuma nak kau cari peluh aku yang mengalir sahaja."

"Hah? Hahaha kau ni kenapa, tak sihat. Tiba-tiba kau suruh aku cari peluh kau ni dah kenapa. Tak de kerja lain ke?" Aku mengejeknya.

"Ya. Aku memang tak de kerja lain. Jadi cari je lah." Jungkook memaksa aku.

Aku mengeluh. Aku pun mencari peluh yang mengalir dari dahinya atau dari rambutnya. Pelik. Kenapa dia suruh aku cari peluh yang mengalir?

Tidak lama aku mencari, tiba-tiba aku ternampak peluh yang mengalir laju dari rambutnya yang basah itu dan turun pada mulutnya itu. Justeru dia jilat bibirnya. Mataku beralih ke arahnya. Dia tersenyum.

Aku sudah betul-betul tidak selesa dengan Jungkook. Aku pantas menolak dadanya.

"Kau cakap kau tak nak buat apa-apa dekat aku?" Kata ku kepada Jungkook.

"Ye memang aku kata. Tapi aku tak sentuh kau lagi."

"Habis tadi apa?"

"Hahah aku hanya jilat bibir aku je yang kau fikir bukan-bukan kenapa."

"Hah ma- mana ada." Jawab ku malu.

"Dah lah. Bila nak ajarnya kalau dah macam ni." Aku tukar topik lain kerana malu dengan kejadian tadi.

Aku terus mengambil barang-barang ku di atas kerusi dan meletakkannya di bawah. Aku duduk bersila.

"Malu lah tu." Ejek Jungkook.

Aku tidak mengendahkannya.

Jungkook berjalan ke arah ku dan turut duduk bersila dengan aku di bawah. Dia dengan selambanya membuka hoodienya itu. Hanya singlet putih sahaja dia memakai di dalam.

"Kau tak boleh pakai ke hoodie kau tu balik?" Tanya ku.

"Kenapa? Biarlah aku berpeluh ni." Jawab Jungkook.

"Peluh apanya. Dalam bilik ni sejuk sebab air-cond. Kau tak rasa sejuk ke?"

"Tak. Panas dan berpeluh."

"Lantak kau lah. Malas aku layan kau." Aku sudah mula berasa bosan dengan sikapnya itu.

"Kau tak nak tanya kenapa aku berpeluh dan panas?" Tanya Jungkook.

"Kau berpeluh sebab kau kan menari tadi. Itu yang kau bukak hoodie kau tu." Jawab ku yakin.

"Tak." Balas Jungkook.

"Dah tu?" Tanya ku pelik.

"Sebab aku berpeluh tengok kau." Kata Jungkook sambil matanya memandang aku atas bawah.

Bersambung...

Kalau citer ni makin lama makin bosan komen okay. Author cuba usahakan supaya tak bosan dan kalau macam tak best atau tak puas hati dipersila luahkan perasaan itu dekat komen. Author akan balas.

First Love with Malaysian PeopleWhere stories live. Discover now