Alhamdulillah. Hanya tinggal 1 semester lagi dia berada di pusat pengajiannya. Dia berasa amat berpuas hati dengan hasil kerjanya semasa menelaah di Jepun. Namun disebaliknya, masih ada kekosongan di hatinya lagi...
"Mengelamun apa tu, Ra?',sapa Kaira kepada Sarah. Sapaan itu membuatkan lamunannya berhenti seketika. Rupa-rupanya, rakannya sedar bahawa semenjak akhir-akhir ini, dia sering mengelamun. Dia pun tidak tahu mengapa dirinya berasa amat sedih apabila teringat akan memorinya yang lalu di sini. Sedar tidak sedar, air matanya menitis. Titisan air matanya dibawa angin yang dingin.
"Aku tak tahulah, Ira... Aku rasa sedih bila ingat memori yang lama semasa belajar di sini. Rasa macam masa ni cepat je..." kata Sarah kepada Kaira. Kaira menepuk bahu Sarah perlahan-lahan lalu cuba meredekan Sarah."Awak suka blajar kat sini kan? Takpe, janganlah sedih...kitorang kan boleh contact awak lagi...lagipon,kitorang boleh lawat awak di Malaysia. Awak dah banyak bantu kitorang semua dalam berbahasa melayu. Sekarang ni, kitorang semua dah fasih cakap dalam bahasa pasar korang. Takdelah awak rasa terasing. Kami juge kagum sebab awak fasih cakap Jepun juga. Kesungguhan awak dalam mendalami ilmu dalam bahasa jepun membuatkan kitorang terpegun dengan awak. sebab tulah awak digelarkan sebagai budak MeyPun(Malay+Jepun). Kitorang anggap awak macam rakyat jepun jugak. :) "
Sarah berasa amat gembira apabila Kaira berkata demikian. Dia berasa amat bersyukur kerana kesungguhannya dapat dilihat oleh orang ramai . Perasaannya yang sedih kini kian pulih. Dia berasa amat gembira untuk mencapai impiannya.
YOU ARE READING
Menjelajah Impian Motivasi
Teen FictionBuku ini mempunyai unsur nasihat atau pengajaran yang berkemungkinan dapat memberikan motivasi buat anda semua. Ada yang bertemakan kekeluargaan,ada juga bertemakan rakan. Apakah cerita ini?