Chapter 1 - Buli

132 9 3
                                    

Pn.Shin: Soowon!! Bangun!! Nanti lambat pergi sekolah!!

"Aishh.. Sekolah.. Kena buli.." Aku tahu apa yang akan jadi harini. Macam biasa diejek, dibuli, nak taknak kena pergi sekolah juga

Aku bangun dan bersiap. Selepas memakai uniform sekolah, aku duduk di meja solek aku dan pandang cermin

Muka ni.. Hodohnya.. Eee!! Tak guna juga nak rungut, aku terus mengikat rambut, memakai cermin mata dan turun ke bawah

"Sarapan ya Soowon" kata Omma aku sambil meletakkan pancake dihadapan aku

"Omma, tak jumpa mana2 namja lagi ke?" Tanya aku sambil menggigit pancake

"Apa yang Soowon cakap ni?" Omma aku membuat muka pelik

"Dulu, masa appa ada, appa selalu marah orang yang buli Soowon, sekarang, makin ramai yang buli Soowon" ya, aku tiada appa. Appa aku mati kerana sesak nafas. Dia memang ada penyakit. Dah 5 bulan hidup aku tanpa dia

"Omma kan ada, jangan hiraukan diorang ya?" Pujuk omma aku. Aku makin bertambah marah. Setiap hari omma cakap macamtu, tapi aku tetap kena buli!!

"Setiap hari omma cakap macamtu! Sama je! Kena buli juga!! Dah lah! Nak pergi sekolah!" Marah aku sambil meletakkan pancake yang tak habis aku makan di atas meja dengan kasar

Aku berjalan kaki ke sekolah. Apa bila aku sampai di sekolah, aku terdengar teriakan dari pelajar perempuan menjerit

"Baekhyun!!!" "Oppa!!!" "Saranghaeyo!!!" Auww.. Byun Baekhyun.. Crush aku yang terlebih kyeopta tu!! Tapi aku berhenti berangan bila ada orang tolak aku

"Auchh!!!" Jerit aku kesakitan
"Tepilah!!" "Bedak nerd!!!" Eeee!! Yeoja tu!! Yuri, Sunny & ketua diorang, Yoona selalu buli aku!! Diorang pun ada hati dekat crush aku..

Aku terus masuk kelas dan duduk. Lepas tu, muncul lagi satu masalah..

"Yahh!!" "Stupid Yeoja!!" "Soowon!!" "Pandanglah sini!!!" Group BTS.. Diorang pun boleh tahanlah dalam bab2 membuli aku ni

Aku pusing dan... Diorang baling telur kat aku!! Bukan sebiji, 7 biji!!! Habis rambut dan pakaian aku!!

"Hahahaha!!!" "Padan mukaa!!" "Macam tu baru lah cantik!!" Menyampahnya aku dengar suara diorang.. Aku bangun untuk pergi ke tandas

Pomm!! Aduhh.. Lepas satu, satu, masalah.. Aku terlanggar orang tu dan baju dia penuh dengan telur kuning sebab terkena baju aku. Aku pandang muka dia rupanya.. Crush akuu!!!

"Ah! Mianhae!!! Baekhyun!! Saya tak sengaja!!" Aduh.. Ramai orang pandang.. aku gigit bibir aku sebab malu.. Muka dia marah sangat

"Lain kali, mata jangan letak kat lutut. Faham? Habis kotor baju aku" Lepas tu dia tolak dahi aku guna jari telunjuk dia. What? Lepas cakap macam tu dia terus blah. Eee!! Aku terus pergi tandas

Dalam perjalan balik rumah, aku masih terfikirkan hal tadi. Aku bengang sampai aku terpijak sesuatu yang berat. Aku ternampak locket yang cantik. Aku pun ambil dan pakai

Esoknya,

"Soowon.. Bangun.. Pergi sekolah.." Suara halus kejutkan aku dan aku tahu tu omma

"Kejap omma, lagi 5 minit" aku cakap sambil mata tertutup

"Saya bukan omma awak lah" haha lawak. Omma nak kenakan aku. Aku pun bangun bila aku buka mata, tiada siapa. Okay.. Kali ni tak lawak tapi seram.. Aku mimpi ke?

"Aku mimpi ke tadi?" Aku kerutkan dahi aku

"Awak tak mimpilah ni betul2" suara ni tak sama macam tadi. Tapi seriously, aku tengok tiada siapa dalam bilik aku

"Bawah ni la.." Kata suara tu

Dengan perlahan lahan aku padang ke bawah dan aku nampak 7 orang lelaki yang saiz dia sebesar tapak tangan aku berada di atas katil aku!!

"Ahhhhhh!!!!!!" Aku jerit kerana takut

Bersambung...

Sorry for any mistakes.. Saranghae..

Just Right [COMPLETED]Where stories live. Discover now