Chapter 8 - Jangan Pergi

58 8 3
                                    

"Inilah punca diorang sakit?" Soowon menarik tangan Yoona dan bawa ke depan bilik stor

"Ish! Asal kau bawa aku datang sini ha?!" Jerit Yoona pada Soowon "Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku?! Aku dah clash pun dengan Baekhyun!! Aku dah jauh dari dia!! Apa lagi yang kau nak Yoona?!!"

Soowon mulai hilang sabar dengan perangai Yoona. Yoona hanya tersengih "kau dah lupa agaknya" kata Yoona. Soowon memandang Yoona pelik

Flashback...

Semasa di sekolah rendah, Yoona merupakan budak paling nerd di dalam sekolah. Semua orang membulinya. Tetapi masih ada lagi orang yang hendak berkawan dengannya

Sehinggalah Soowon, pelajar baru berpindah di sekolah Yoona. Semua membanggakan Soowon. Kawan2 Yoona pun mulai jauh dari Yoona.

Dan Yoona mengambil keputusan untuk berpindah sekolah dan akan membalas dendam terhadap Soowon

Di sekolah menengah, mereka ditemukan semula. Soowon memakai cermin mata kerana matanya mulai kabur dan kabur

Yoona kembali dengan wajah yang cantik. Dia yang memulakan untuk membuli Soowon diikuti dengan pelajar2 lain. Dia ingin Soowon merasa apa yang dia rasakan

End Flashback...

"Benda tu dah lamalah Yoona!! Lupakan je!!" Jerit Soowon pada Yoona "Kau cakap senanglah! Hati aku sakit sangat masa diorang buli aku semata mata sebab nak banggakan kau!!" Yoona membalas

"Macamtu lah aku rasa masa korang semua buli aku!!" "So, rasakan!! Rasakan!!" Hati Yoona tetap keras

Soowon mulai hilang sabar dan menarik rambut Yoona. Yoona juga membalas. Semua pelajar melihat aksi mereka

Dengan tidak sengaja Yoona tertarik locket Soowon dan locket tu tertanggal dari lehernya. Soowon terkejut

"Bagi rantai tu!!" Soowon ingin mengambil locket itu tetapi Yoona menolaknya sehingga jatuh

"Ehmm.. Cantik jugakan rantai ni.." Kata Yoona sambil menggosok gosok rantai itu "Yoona tolong.. Bagi aku balik.." Rayu Soowon

"Kau nak ni?" Dengan sengaja Yoona menjatuhkan locket itu sehingga pecah. Mata Soowon terbeliak. "Yoona!!!" Dengan pantas Soowon memegang serpihan kaca. Air matanya mengalir

"Rasakan.." Yoona berlalu pergi meninggalkan Soowon. Soowon menangis teresak esak. Dia hanya memikirkan keenam enam orang yang kecil itu

"Peliklah dia ni.." "Rantai tu pecah pun nak nangis2" "Dah lah cakap dengan orang kecil" "asal mana dia ni?"

Soowon tidak mengendah kan apa yang dikatakan oleh pelajar2 tu. Tiba2 dia teringat Jr. Segera dia berlari bersama serpihan kaca tu

Dia berlari ke arah rumah Jr sambil menangis. Rumah itu berkunci "Jr!! Jr!!" Banyak kali dia mengetuk pintu. Tiada siapa yang menjawab

Lalu dia menyepak pintu itu sekuat hatinya dan pintu itu terbuka. Dia masuk dan melihat sekeliling.

"Jr!! Jr!! Mana kau?!! Jangan tinggalkan aku!! Jr!!!" Soowon menangis dan duduk di sofa itu.

"Korang.. Jangan tinggalkan aku.. Aku.. Minta maaf.. Tolong.. Jangan pergi.." Soowon menangis dan menangis sambil mengenggam kedua dua tangannya mengharap mereka berada di depan matanya

Soowon pulang ke rumah dengan wajah muram. Dia duduk di katilnya. Memandang ke sebelah semoga ketujuh orang itu muncul di sebelahnya seperti selalu

Tapi.. Hajatnya tak tercapai. Dia tidak berjumpa dengan mereka buat selamanya..

Keesokkan nya dia duduk di depan cermin mengikat rambutnya. Bersiap untuk ke sekolah. Selepas mengikat rambut dia pandang ke cermin. Lama..

Air matanya jatuh mengenangkan keenam enam orang itu dan orang yang paling dia sayang, Jr.. Dia membuka laci dan ternampak cermin matanya

Dia ambil dan memakainya. Dia ingin menjadi seperti dulu. Di mana dia dibuli & dicaci. Baginya hidup dia tak bermakna tanpa mereka. Dia bergerak ke sekolah

Semua orang di sekolah memandangnya pelik. Dia duduk di kelas dan termenung

"Soowon? Soowon.." Panggil Seohyun "Oh! Ada apa?" Soowon memberi senyuman palsu pada Seohyun

"Kenapa kau pakai cermin mata? Kan aku dah bagi contact lens yang tak kaburkan mata tu" kata Seohyun

"Aku lebih selesa macam ni" kata Soowon dan tersenyum

Ahli BTS memandang Soowon. Jin berkata "dia peliklah.." "Tulah.. Dah cantik tapi nak jadi buruk balik" kata Jhope

"Yoona tu dah melampau" kata Namjoon "Hyung. Aku rasa kita stoplah buli Soowon. Kesian dia" kata Jungkook "Betul juga tu.." V berkata sambil memandang Soowon

Hari demi hari berlalu, memang ada lagi orang yang membuli Soowon kecuali BTS. Soowon pelik dan ingin bertanya pada BTS

BTS berada di tepi gelanggang bola sepak. Mereka baru selesai latihan. Ada yang minum air ada yang mengelap peluh. Soowon datang ke arah mereka

"Hey guys" sapa Soowon "hey" jawab mereka "aku nak tanya boleh?" Soowon bertanya sambil duduk di bangku "nak tanya kenapa aku hensem eh?" Gurauan Jhope membuat Soowon ketawa

"Taklah.." Jawab Soowon "habis tu?" Tanya Jungkook "kenapa.. Korang dah tak buli aku macam dulu eh?" Tanya Soowon

Mereka memandang sesama sendiri "kenapa kau tanya macam tu pula?" Tanya Namjoon pelik "Takde lah.. Rasa pelik pula bila korang dah tak buli aku" kata Soowon

Jin berkata "kau sepatutnya bersyukur tau kitorang tak buli kau. Kitorang kesian tengok kau" "sejahat jahat kitorang ni pun masih ada lagi jiwa 'angel' ni tau" kata Jhope bangga

"Elehh.." Sindir Soowon. V datang dan meletakkan sebelah kakinya di atas bangku "ke.. Kau memang nak kitorang buli kau?" Bisik V sambil mencuit bahu Soowon & mengangkat kening

"Sayang.. Boleh tak nak buli sayang?" Meremang bulu roma Soowon bila Jimin bisik kepadanya macamtu

"Ish! Dah lah!" Soowon pergi dari situ. BTS hanya tergelak melihat gelagatnya

>>skip<<

Sekolah sudah habis. Soowon hanya rasa kekosongan sepanjang cuti. Sudah masuk tahun baru, Soowon masih dengan imej lamanya 'nerd'

Soowon masuk ke dalam sekolah. Baginya sekolah ni tetap sama. Semua diarah kan berkumpul di dewan

Semasa sedang beratur, Soowon ternampak 7 orang yang mirip baginya. Tapi dia sudah lupa

Selepas pengunguman dia masuk ke dalam kelas dan memilih tempat belakang.

Dia terdengar perbualan pelajar2 yeoja di sebelahnya

"Weh, aku dengarkan ada budak baru yang popular" "betul.. Diorang hot gila siaa" "aku jumpa diorang tadi.. Hensem nak mampus" "oh my hearteu"

Tiba2 guru kelas mereka masuk bersama 7 namja. Songsaengim kata mereka pelajar baru di sekolah ni & mereka memperkenalkan diri

"Jackson" "Bambam" "Youngjae" "Jaebum" "Mark" "Yugyeom" "Jinyoung"

Mata Soowon terbeliak

Bersambung...

Terus kan baca.. Saranghaeyo <3

Just Right [COMPLETED]Where stories live. Discover now