《Soora ' s Pov》
Lenaku terjaga saat cahaya dari matahari memancar ke arah mukaku . Mataku terkebil - kebil apabila cahaya daripada matahari menyilaukan mataku menyebabkan aku sukar untuk melihat dengan baik .
Tangan kanan aku angkat lalu menutup mukaku . Kaki aku atur perlahan ke arah almari untuk mengambil tuala . Destinasiku yang seterusnya ialah bilik mandi kerana hari ini merupakan hari pertama aku di sekolah sebagai seorang senior .
Selepas mandi , aku ambil uniformku yang sudah digosok di bilik persalinan lalu ku pakai . Jam yang terletak di atas meja solek aku ambil lalu ku pakaikan di tangan kiriku agar memudahkan aku untuk menulis ketika di sekolah nanti .
Perlahan kaki ku atur menuruni anak tangga menuju ke arah dapur untuk membuat sarapan . Biskut tiger di dalam tin aku ambil semuanya lalu diletakkan di dalam bekas bekalan yang akan aku bawa . Slingbag aku ambil lalu memasukkan bekalan .
Dengan laju aku mengambil kasut dan hoverboard ku di tepi rak kasut apabila terpandangkan jam didapur yang menunjukkan pukul 7 . 30 pagi . 10 minit lagi sebelum perhimpunan rasmi bermula .
"Ah ! Aku tak mahu terlambat untuk ke sekolah" . Slingbag aku silangkan di badanku lalu kasut converse hitam aku capai lalu dipakai . Seusai memakai kasut , aku mengambil hoverboard merah pemberian appa di sebelah almari kasut lalu ke sekolah .
☆ 서울 공연 예술 학교 ☆
" Soora - ah ! Ppaliwa . 5 minutes more before the assembly . "
Aku mengorakkan langkah dengan laju ke arah kelasku lalu meletakkan slingbag dan hoverboardku di tepi meja . Dengan pantas aku berlari menuju ke dewan perhimpunan . Entah di mana silapku , kaki tersandung setelah aku melanggar batu bata yang tidak tahu bagaimana keberadaannya di situ .
" Omma ! "Aku menutup mata dengan rapat lalu gigi aku ketap sekuat kuatya . Oh Tuhan , sekiranya kau mahu mengambil nyawaku sekarang , ambillah . " Omma .. appa .. maafkan dosa dosa yang Mitae pernah buat . Halalkan makan minum Mitae . Mitae akan tunggu omma appa dekat syurga nanti ! "" - ucapku di dalam hati .
" Keundae .. Kenapa badan aku tak rasa sakit pun . " Mata aku buka secara perlahan lahan . Secara automatik mataku membulat degan besar sebaik sahaja wajah crushku menyapa pandanganku . Muka kami amat dekat menyebabkan ramai pelajar yang berada disekeliling kami berbisik .
"Y..Yah ! Lepaskan tangan awak dari pinggang saya . Semua orang tengah berbisik tentang kita !"
Perasaan malu yang hadir beberapa saat yang lalu bertukar menjadi marah tatkala bontot ku menyembam tanah . "Shit ! Kau tahu tak aku ni perempuan , sakit tahu !" desis hatiku . Dia dengan bersahaja lantas menyelukkan tangannya ke dalam poket seluar lalu pergi meninggalkan aku .
Keadaan di sekeliling kami bertukar menjadi bingit dengan gelakkan pelajar yang melihat keadaan aku . Omma ! Rakan ku , Tae Hee segera menolongku bangun . Segala kotoran di skirt sekolah ku ditepuknya sehingga hilang .
" Aigoo ~ Kesiannya kawan saya seorang ini . " Tae Hui mengeluarkan sapu tangan daripada kocek skirtnya lalu mengelap tanganku yang kotor . ( skirt ada kocek ke ? lmao 😂 .)
" Yah ! Perhimpunan dibatalkan ke ? " tanyaku walaupun aku sudah tahu jawapannya .
" Aish ! Dah tahu jawapannya nak tanya lagi . Pabo ssaeki ! " balas Tae Hui lalu menarik tanganku menuju ke kelas .
YOU ARE READING
Mianhae || M . Y. G . ||
FanfictionSemua kawan aku cakap aku gila . Gelak bila tak ada seorang pun yang buat lawak . Kadang - kadang aku gelak tanpa henti . Mereka semua tak tahu yang aku gelak sebenarnya untuk mengisi kekosongan di dalam hati aku . Aku perlukan perhatian . Mak aku...