Bab 1

71 3 0
                                    

Habis tuisyen dengan Prof Aida, aku pandu Suzuki Swiftku ke sebuah bank yang berdekatan untuk mengeluarkan duit . Yelah tahun ni dah masuk sem 3 . Kena guna banyak duit untuk buat assignment , barang-barang kat rumah pun dah mula nak habis.Sejak tinggal bertiga ni,asyik nak restock barang saja.Kalau sebelum ni beras 10kg  boleh guna sampai 6 - 7 bulan l,Milo 1kg pun boleh simpan sampai 4 bulan.Ni mesti budak 2 orang tu duk melantak milo . Yelah aku ni tak berapa suka sangat minuman bersusu

Kira ni aku dah 3 kali pusing cari tempat parkir.Hari Sabtu memang penuh lah tempat parkir.

" Memang dah tak ada ni " keluhku
Aku keluar semula dari tempat parkir dan terus parkir kereta betul-betul depan bank.Harap tak kena saman.Dengan lafaz Bismillah aku keluar dari kereta dan meluru masuk ke dalam bank.

Aku keluarkan duit dalam RM300, cukup-cukup untuk perbelanjaan bulan ni.Setelah selesai aku kembali ke kereta dan aku nampak ada kertas kecil atas cermin depan.Huh!tak syak lagi mesti surat saman ni.

Kesalahan memarkir kenderaan di tempat yang salah.

Denda = RM500 sahaja

Sila bayar dengan segera !

Allahuakbar! RM500?Oh aku nak pengsan!aku nak pengsan!!.
Dengan hati yang amat kesal aku masuk balik dalam bank keluarkan duit.Kalau mak abah tahu macam mana ni.Terpaksalah berhuhuhu~~

Selesai bayar saman dan beli barang-barang dapur aku pandu kereta pulang ke rumah.RM500 terbang macam tu je.Aku pandu masuk ke perkarangan rumah.Kereta Persona milik Wani dah terparkir elok . Maknanya dia berdua dah ada kat rumah.Harini aku nak tidur sepuasnya-puasnya.Nak meredakan hati yang lara.

Aku melangkah masuk "Assalamualaikum,Wani,Ecah ni barang-barang dapur aku dah beli.Korang masaklah apa-apa yang korang nak makan.Aku nak tidur!"

"Waalaikumussalam,thanks Hanis.Barang-barang tu kau letak je di dapur,nanti aku dengan wani masak. "Balas Ecah yang sedang menonton televisyen.

Wani yang baru sahaja selesai mandi bersuara"Hanis kenapa dengan kau ni?nampak tak ok je."

"Aku ok lah.Aku nak naik atas kejap nak tidur."

"Ok.Nanti aku kejut kau makan"

Aku melangkah masuk ke dalam bilik.Aku kunci pintu dan terus meluru ke katil dan memekupkan mukaku ke bantal.















You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 13, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kau Tetap di HatiWhere stories live. Discover now