Seramnya nama engkau
Selalu menghantui fikiran aku
Aku bukan takut sangat dengan nama engkau itu
Tapi aku takut gelmaan nama engkau hilang daripada menjadi hantu di hati aku.Bukankah itu seram?
Tapi engkau kata nama engkau sudah disusun di fail memori hati aku.Dan bila aku cari ia di satu hari disaat aku teramat memerlukan .Tapi ia tak dijumpai .Dimana nama engkau yang sudah diselitkan dalam fail memori ?tolonglah,sampai bila aku mahu mengigil begini?Tiba-tiba bila aku tanya engkau, nama engkau dimana ? engkau,
terus tunjukan nama engkau itu yang diselitkan dalam fail memori hati aku.Eh,tadi tak ada.
YOU ARE READING
Puisi Baldi
RandomSiapa aku mahu mengambil hak si permaisuri?Mahu berdiri di persada dunia.Itu bukan angan-angan Tapi itu mungkin bukan sekarang.