Bab 1

39 3 0
                                    

Beberapa minggu sebelum serangan.

"Kring!!kring!!kring!!". Satu tangan keluar dari selimut cuba mengapai jam penggera yang disetkan pada pukul 7.30 untuk disetkan tutup.

"Sudah-sudah la tu tidor amir. Bangun cepat nanti kamu lambat ke sekolah. Lagi pun hari ni kan hari last kamu exam."

Tiba-tiba Amir teringat dan cepat-cepat bangun dari tidur dan mengemaskan katilnya lalu terus mencapai kain tuala untuk mandi.

Selepas siap mandi, Amir mencapai baju kemeja yang digosoknya semalam. Amir pun dah besar takkan dia nak suruh orang lain pulak nak gosokan baju dia. Amir masih teringat pesan arwah bapaknya.

"Bila adik dah besar adik jadi orang yang berguna."air mata Amir mengalir lalu dia mengesat air matanya menggunakan sapu tangan yang dikeluarkan dari poket seluarnya.

"Mak adik dah siap." Amir melangkah turun tangga sambil teriak nama maknya.

Rumah Amir yang agak sederhana memudahkan dia melihat orang di dalam rumah. Dapur rumah Amir terletak bersebelahan dengan tangga.

"Baguslah kalau macam tu." Bayang-bayang mak Amir pun menghilang perlahan lahan. Rupa-rupanya Amir bercakap seorang diri.

Amir tinggal bersama paklong dan juga maklongnya ditemani oleh anak lelaki sulung mereka. Bayangan mak dan bapak Amir selalu membayangi hidupnya Selepas dia kehilangan kedua dua ibu bapanya dua tahun lepas dalam satu kemalangan jalan raya.

Hidup mesti diteruskan walaupun dugaan sebesar gunung melanda. Dia akan pastikan kedua ibu bapanya bangga dengannya walaupun mereka tidak sempat melihat kejayaannya pada masa akan datang .

"Malasnya aku nak siapkan sarapan. Haish.. kan bagus kalau ada bini yang tolong siapkan sarapan aku. Tak payahlah susah-susah nak siapkan sarapan aku sendiri." Amir tersenyum kambing sambil menyapu jem pada roti.

Jam menunjukkan pukul 8.05 pagi.

"Lebih baik aku bersiap cepat, tak pasal-pasal aku terlambat jawab exam nanti." Sambil berlari anak, Amir mengemas dapur dan terus menuju ke arah pintu depan.

______________________________________

Setibanya Amir di sekolah. Amir terlihat satu kelibat yang memanggil namanya dari jauh. Tubuh dia yang gempal sering manjadi bahan lawak di dalam kelas. Dia juga merupakan pelajar pintar yang disayangi cikgu-cikgu.

" amir kau dah buat ulang kaji tak semalam ? Aku takut la paper last ni. Lepas habis paper ni, habis juga la penderitaan kita.haha." dengan muka takut bercampur gembira dia meluahkan rasa tak betul dia yang sering manjadi bahan ejekan dalam kelas.

" hah!!. Aku dah study semalam. Haha. Kau nak takut ape ? Kau kan dah pandai. Nak takut ape lagi ?" Dengan muka terkejut campur slamber Amir memberi jawapan.

Dalam hati Amir berkata.' Dulu beria-ia nak berhenti form 6. Sekarang bukan main pandai bercakap dalam kelas'

Itulah gelagat shafiq kawan baik Amir kat sekolah yang asing ni.

Tingkatan 6 hanya terdapat pada sekolah tertentu. Malangnya sekolah Amir dan shafiq tidak ada kelas tingkatan 6 yang memaksa mereka pindah ke sekolah asing ini.

Disini lah Amir jumpa dirinya yang hilang sekian lama. Semenjak Amir kehilangan ibu bapanya, dia menjadi pendiam dan tidak bertegur orang. Kini Amir boleh tersenyum dan menegur ramai orang.

"Korang buat ape ni ?" Fel datang menyampuk.

"Kami tengah makan ni. Nak makan sekali ke ?" Perli shafiq.

"Oh kalau macam tu ok lah aku pergi dulu . Aku sibuk nak study bukan nak makan."fel beredar dari situ dalam keadaan perli.

"We asal kau cakap macam tu ? Suka sangat buat orang sakit hati kan ? Pergi mintak maaf!" Dalam keadaan marah Amir menyuruh shafiq meminta maaf.

"Tak nak la aku. Aku melawak je. Tu pun nak sentap ke ? Ape la." Dengan rasa ego dia tidak menghiraukan arahan Amir.

"Ape-ape je la. Nanti kau menyesal baru kau tau." Shafiq terdiam seketika.

" perhatian semua calon. Anda diminta untuk besiap sedia untuk masuk ke dewan. Peperiksaan Sejarah akan bermula 20 minit lagi." Arahan ketua pengawas yang tegas itu didengari semua pelajar STPM.

Sambil berjalan ke arah dewan Amir bersembang dengan fel dan shafiq untuk mengajak mereka keluar lepak malam ni.

Yelah diorang kan baru habis exam mesti la nak enjoy.

"We korang malam ni jom lepak nak tak ? Kite kan dah habis exam. Kite enjoy pulak lah. Cam mane ? Ok."

Fel dan shafiq mengangguk menandakan mereka setuju. Rumah shafiq tidak jauh dari rumah Amir, manakala rumah fel bersebelahan dengan rumah Amir. Jadi mereka tak ada masalahlah untuk berjumpa.

______________________________________

Pada masa yang sama di pengkalan tentera udara Malaysia.

"Komander kami mengesan ada pesawat asing telah masuk ke ruang udara kita." Seorang pegawai wanita memberi laporan kepada komander selepas melihat radar.

"Berikan amaran kepada pesawat tu untuk melaporkan tujuannya atau kita akan ambil tindakan." Komander itu memberi arahan kepada pegawai wanita itu.

Pegawai itu mengangguk lalu memberi arahan kepada pesawat melalui radio khas untuk memberi tahu tujuannya. Namum pesawat itu gagal memberi jawapan.

Beberapa minit kemudian. Pesawat itu hilang dari radar. Muncul 2 bintik pada radar yang menandakan ada pesawat lain telah masuk mencerobohi ke ruang udara Malaysia.

Belum sempat Pegawai wanita itu melaporkan kepada komander. Pesawat itu beredar dari ruang udara Malaysia yang dikesan melalui radar.

"Hantarkan pesawat kita dan pasukan khas untuk mencari pesawat yang hilang di radar tadi." Komander itu memberi arahan.

"Baiklah tuan!!". Pegawai wanita itu tabik menandakan faham lalu menghantar transmisi kepada pasukan khas .

ANUGERAHWhere stories live. Discover now