"Kyung Ah. Jom la kita pergi makan. Aku lapar ni." Mata aku yang baru sahaja terkatup kembali terbuka.
Migrain menyerang. Dahi aku berkerut seribu menahan sakit.
Kemudian laju tangan aku menampar kuat bahu lelaki yang mengejutkan aku tadi menyebabkan dia mengerang kesakitan. Bertuah betul perangai. Nasib baik aku sayang. HeHe.
"Kyung Ah. Jom la.." dia bersuara kembali. Lagaknya seperti mahu memujuk aku. Ingat aku termakan pujuk rayu kau?
"Kau nak makan dekat mana?" Aku bertanya lembut sambil tangan mengemas beg camera canon D1300 milik aku.
"Chinese Restaurant dekat junction 310" Laju dia menjawab.
"Kau nak makan apa dekat situ? Lagi satu kau asyik pergi restaurant tu je. Pergi la tempat lain jugak." Aku berdiri selepas migrain aku tadi berkurangan.
"Jjampong la. Apa lagi. Favourite aku tu. Kau patut belajar macam mana nak buat jjampong, nanti kau boleh buat untuk aku selalu" Dia menarik kedua-dua hujung bibirnya. Membentuk satu senyuman yang menyebabkan aku jatuh hati padanya.
"Iye la. Kau kena belanja aku tambang bas." Aku berkata sebelum berjalan menuju ke arah pintu keluar.
"Uncle. Saya balik dulu!" Aku separa menjerit memaklumkan aku mahu pulang dahulu.
"Saya pun" Diikuti lelaki yang kini berada dibelakangku.
8 minit berjalan menuju ke perhentian bas cukup untuk membuat aku lelah. Nafas ditarik dalam-dalam dan dihembus perlahan. Kemudian aku melabuhkan pinggul di atas bangku besi yang disediakan. Mujur hari ini hanya kami berdua di perhentian bas ini.
"Nak air?" Dia menawarkan botol air mineral yang berada didalam genggaman tangannya.
Aku menyambutnya dengan baik dan membuka penutup botol sebelum meneguk perlahan isinya dan kemudian dia turut duduk disebelahku. Riak muka aku cuba untuk aku kawal sedaya upaya aku.
"Bas dah sampai. Jom!" Dia bangkit terlebih dahulu sebelum menarik tanganku dan memimpin aku memasuki perut bas yang aku boleh kata penuh.
Maksud aku, tempat duduk dah penuh.
"Dua orang ya." Dia berkata pada pemandu bas sebelum dia 'scan' dompetnya di peti kecil yang akan mengambil wang daripada kad yang disimpan rapi didalam dompetnya.
Kemudian dia berjalan ke kiri, mencari tempat duduk. Aku perasan ada satu tempat duduk kosong disebelah kanan bas dan dia menuju ke arah tempat duduk itu.
'Dia nak duduk ke? Kalau dia nak duduk aku macam mana?' aku mengomel sendirian.
Aku tersedar daripada lamunan aku apabila aku terasa tangan kananku ditarik ke hadapan dan dengan beberapa saat aku terduduk. Gengaman tanganku dan dia dilepaskan. Aku memandangnya yang kini berdiri disebelah kananku. Tangannya memegang erat palang besi yang sudah tersedia ada didalam bas tersebut.
"Kenapa? Touching ke? Sama-sama." Dia berseloroh dengan muka tersenyumnya membuatkan aku tergelak kecil. Kemudian dia memandang keluar tingkap. Manakala aku; sekali lagi. Cuba untuk mengawal rasa.. malu? segan? gembira? aku juga tidak tahu.
"Uhh. Jeon Jungkook?" satu suara gadis membuatkan kami berdua memandang ke belakang.
Dan di saat itu, untuk pertama kali aku melihat senyuman yang tidak pernah aku lihat pada wajah Jungkook walaupun dia selalu memberikan senyuman padaku dan aku terasa muka aku panas ketika ini.
Cepat-cepat aku berpaling ke hadapan dan memandang ke luar tingkap. Kedua-dua tangan aku menggenggam erat tali beg camera.
'Siapa dia tu?' Soalan yang pertama muncul di akal fikiran aku sekarang.