MARUAHKU

163 4 2
                                    

Wanita hanya ada satu nilai , iaitu nilai yang tiada tolak bandingnya dengan mata wang.
Maruah wanita ...
Walaupun maruah wanita ditukar dengan intan permata sekalipun ,
Tetap tidak dapat mengembalikan semula maruah tersebut jika tergadai ! Terjual !

Maruahku seperti dipijak-pijak

Semuanya bermula disaat aku mengenali lelaki itu .
Aku terlalu muda pada waktu itu untuk menyelami erti cinta ,
Yang aku tahu hanya keseronokan dalam bercinta .
Arghhh !!!! Jahilnya aku !

Banyak janji manis yang ditaburkan oleh lelaki itu kepadaku ,
Membuatkan aku terus terbuai ,terlena dan lemas dalam dunia percintaan kami .

Setelah beberapa bulan kemudian ,
Aku diajak oleh lelaki itu untuk bersua muka dengan orang tuanya ,
Tiba-tiba langit bersuara menandakan hari nak hujan .

Sunyi ,
Ya ...rumah itu sungguh sunyi .
Dia mengatakan bahawa ibunya sakit dan berada didalam kamarnya , ayahnya pula keluar mencari rezeki .

Aku mengikuti langkah lelaki itu menuju kekamar ibunya .
Pandanganku meliar diseluruh kamar itu .

' Mana ...mana ibunya '

Kemudian lelaki itu menghempas daun pintu kamar tersebut , lalu tersenyum jahat !
Mindaku mula menerawang memikirkan perkara yang tidak-tidak .
Lantas tubuhku dihenyak diatas katil !

Air mataku berjurai !
' Ya Allah selamatkan aku ... aku mohon .... '

Aku memohon bantuan Allah ,
Inilah manusia ,pabila susah barulah hendak ingat tuhan .
Suasana hujan turut memainkan peranan mempengaruhi nafsu buas lelaki itu .

Tiba-tiba entah dari mana kekuatanku muncul ,
Dengan segala kudrat yang aku punyai , pantas aku menendang bahagian utama lelaki itu lalu menumbuk dibahagian rahang miliknya . Berkat bantuan Allah ... pasti !!!

Terus aku berlari menuju ke pintu kamar ,
Lelaki itu sedang kesakitan dek serangan mengejutku .
Aku mempercepatkan langkahku mencari pintu utama rumah tersebut ,
Hujan tidak berhenti lagi ,

Aku menangis seesak-esaknya seperti hujan yang lebat sedang membasahi bumi pada waktu ini ,
Aku berlari selaju mungkin menuju kerumah keluargaku .

Maruahku hampir tergadai dek kerana lelaki itu atau mungkin aku yang terlalu bodoh kerana mempercayai janji-janji manis lelaki itu ?
Arghhh !!! Bodohnya aku !!

' ampunkan daku ya Allah , terima kasih kerana kau telah menyelamatkanku '

~ Alhamdulillah ~

ManusiaWhere stories live. Discover now