Kamu merupakan seorang pelajar di Warrior High School. Sepanjang kamu hidup, kamu tidak pernah mempunyai teman lelaki kerana bagi kamu zaman persekolahan perlu dipenuhi dengan buku-buku, gred dan student's rank.
Hari ini, kamu dan rakan akan bersekolah semula setelah bercuti selama seminggu. Kamu tidak sabar untuk bertemu rakan-rakan yang sentiasa membuat kamu tidak kering gusi.
...........Di sekolah..........
Kamu tiba di kelas dan kelihatan wajah-wajah riang lima orang rakan baik kamu.
"Hey girls! Jinjja bogoshipeo."
"(nama kamu), urido niga neomu bogoshipeo."-Yeoreum
Kamu memeluk rakan-rakan kamu dan menyertai mereka berbual.
"Ya, kau tahu tak Seungcheol dengan aku dah official."-Jina
"Wah."-ALL
"BF aku dah lama tak contact aku. Entah apalah jadi kat dia. Siaplah kalau aku jumpa dia nanti."-Ayeon
"Yeoreum, kau ngan Mingyu amacam?"-Segyeong
"Kitaorang sweet macam selalulah."-Yeoreum
"Eceh. Aku still tak pastilah dengan Jun."-Yerin
"Aku selamanya ada crush kat Joshua."-Segyeong
"Korang ni. Aku ingat lepas cuti banyaklah topik-topik menarik, rupanya hampeh. Topik sama jugak."
"Kau ni (nama kamu). Inilah topik majoriti antara kita boleh relate. Except kau."-Jina
"Betul tu."-Ayeon
"Pftt. Nak wat macam mana. Bila tengok budak lelaki, aku takde apa-apa perasaan pun. Tak macam korang."
"Kat EXO ada pulak perasaan."-Ayeon
"Itu lain. Dieorang perfect."
"Sukahati kaulah. Kitaorang harap hati kau akan terbukak untuk seorang lelaki."-Yeoreum
Kamu tidak faham kenapa rakan-rakan kamu memerlukan teman lelaki. Nak dikatakan kamu tidak gembira, memang jauh sekali. Kamu sudah cukup gembira dengan rakan-rakan kamu.
..........Waktu rehat.........
'Kringggg.'
"Wei aku gi toilet dulu ye. Korang pergilah cari tempat."
"Nak aku teman ke?"-Segyeong
"Takyahlah. Nombor dua nak keluar. Malulah."
Kamu berlari ke arah tandas yang terletak di hujung bangunan. Setelah selesai membuang hajat, kamu berjalan ke arah cafeteria.
'Bukkk'
Bunyi daripada gelanggang bola keranjang membuat kamu berhenti. Kamu berjalan ke arah gelanggang. Kelihatan seorang pelajar sedang bermain bola keranjang bersendirian. Wajah pelajar itu tidak pernah kamu lihat sebelum ini. Kamu duduk di tepi gelanggang.
'Bukkk'
Kamu bertepuk tangan setelah pelajar itu berjaya menjaringkan gol. Dia perasan kehadiran kamu lalu berjalan ke arah kamu. Dia mengambil tempat di sebelah kamu lalu kamu menjarakkan diri daripadanya.
"Annyeong."-Pelajar lelaki
"Annyeong. Kau budak baru ke? Tak pernah pulak aku nampak sebelum ni."
"Yup."-Pelajar lelaki
"Aku (nama kamu)."
"Aku Jeon Wonwoo. Panggil Wonwoo pun dah cukup."-Wonwoo
"Kau ni kenapa main bola keranjang sorang-sorang? Kan banyak budak lelaki. Atau kau tak ada kawan."
YOU ARE READING
Wonwoo 🎀 Malay Imagines
FanfictionImagine made for Wonies! Sweet itu pasti ;) Wonwoo X You 1) Episod Cinta (2 parts) 2) Bahagia (? parts) ~pending