Bahagia #1

144 9 5
                                    

Kamu benci dengan idea kahwin paksa sejak zaman sekolah lagi. Namun, kedua ibu bapa telah membuat keputusan di belakang kamu untuk mengahwinkan kamu dengan jejaka pilihan datuk kamu.

"Apa ni Appa! Omma! (nama kamu) taknak kahwin dengan pilihan harabeoji."

Kamu menjerit di hadapan Wonwoo, jejaka yang harus kamu kahwini dan keluarganya. Kamu menjeling ke arah Wonwoo yang kelihatan terlalu tenang mengenai hal serius seperti kahwin.

Ibu kamu menghampiri lalu membawa kamu ke bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ibu kamu menghampiri lalu membawa kamu ke bilik. Bapa kamu hanya membuntuti isterinya.

"(nama kamu) jangan buat perangai macam budak kecil."-Omma

"Anak appa kahwin jelah dengan Wonwoo. Appa tengok dia budak baik."-Appa

"Baik? Mana appa tahu dia baik? Dari tadi tercegat macam robot je."

"Tapi ni amanat harabeoji kamu. Ikut jelah ye? Nanti kalau lepas harabeoji dah takda, ikut kamulah nak bercerai ke apa."-Omma

"Apa awak ni cakap macam tu pasal ayah saya."-Appa

"Janji ye?"

Ibu dan bapa kamu berjanji lalu kamu bersetuju untuk berkahwin dengan Wonwoo.

...Malam hari perkahwinan...

"Kau tidurlah kat bilik ni biar aku tidur luar."

Kamu membawa bantal dan selimut bersedia untuk keluar daripada bilik utama di rumah kamu dan Wonwoo.

"Eh, sejak bila perempuan yang gentleman ni? Biar abang tidur luar. Awak tidur sini."-Wonwoo

"Abang? Uwekkkk nak termuntah darah aku dengar. Blalah aku dah penat ni berlakon bahagia dengan kau tadi."

Wonwoo kelihatan tenang sahaja dengan perangai kamu. Dia mengambil bantal dan selimutnya lalu keluar. Dia langsung tidak memandang kamu dan terdetik di hati kamu bahawa dia juga tidak menerima perkahwinan paksa ini.

...Keesokan harinya...

Wonwoo sudah bangun selepas matahari terbit manakala kamu masih terbongkang di atas katil bersaiz King.

"Awak... bangun awak. Dah pagi ni. Kita kan kena bertolak pergi Pulau Jeju."-Wonwoo

"Alah awal lagi kan? Flight kita tengah hari. Biarlah aku tidur lama sikit."

"Awak tak nak buatkan saya sarapan ke?"-Wonwoo

"Eh! Banyak cantik muka. Kau hanya suami aku dalam dokumen je ya harap maklum. Pergilah buat sendiri. Dah jangan kacau aku."

Wonwoo membetulkan selimut kamu sebelum dia turun ke dapur. Kamu tahu perbuatan kamu itu tidak wajar tetapi kamu hanya mahu dia tahu batas hubungan kamu berdua.

Wonwoo 🎀 Malay Imagines Where stories live. Discover now