"Kat mana aku ni?"aku meninjau sekeliling aku. Apesal semuanya gelap? Aku cuba untuk berdiri dan dalam masa yang sama aku terdengar bunyi seperti sekumpulan benda meraung kesakitan menghampiri aku.
Groarr...
Ahh.. apa benda pulak ni? Sementara diorang jauh lagi baik aku lari.(actually aku tak tahu pun benda ni dekat ke jauh).
Aku bangkit laju laju dan terus lari dari diorang. Aku tak tahu ke mana asalkan jauh daripada tempat ni. Tengah aku semangat berlari,kaki aku terlanggar sesuatu. Aku tersemban ke tanah.
Bukk!
Tiba-tiba aku terasa cecair hangat mengalir kat kepala aku. Pening. Dan aku dapat rasakan aku diangkat sebelum semuanya jadi gelap.
..................
Aku terjaga sebaik sahaja terdengar hentaman pada pintu. Bagus. Takde sape kat sini. Aku rase aku mungkin ada kat dalam bilik. Semuanya tak jelas sebab bilik ni cuma disinar dengan lampu oren yang berkelip-kelip.
Aku cuba untuk bergerak. Malangnya tangan dan kaki aku dah digari kemas. Aduh.. sape pulak yang buat macam ni kat aku? Seingat aku,aku tak ada musuh. Setakat yang aku ingat la..
Krekk....
Pintu kayu yang dah hampir lusuh di hadapan aku dibuka oleh seorang perempuan berpakaian gown putih paras lutut dengan senyuman yang sangat menjengkelkan sambil memegang botol mineral yang berisi dengan air.
"Kau..kau siapa? Naper aku ada kat sini?"
"Oh,kau dah sedar. Hmm... kau betul-betul rasa ke aku kena jawab soalan kau?"
Perempuan tu mencurahkan air yang berada di dalam botol mineral kat kaki aku.
Shit. Ni bukan air.
"Kau bodoh! Asal kau buat macam ni kat aku ha sial!"
Kulit kaki aku mula melepuh satu persatu. Darah mula mengalir mewarnai kaki aku yang sebelum ini gebu dan putih. Kesakitan tu memang memeritkan. Sia-sia je aku jaga kaki aku selama ni.
"Kau nampak tak kaki kau tu? Lawanya. Aku tak sangka aku boleh seseni ni. Hahahahaha." Perempuan tu mula berpusing-pusing kegirangan yang aku sendiri tak faham kenapa. Mungkin kerana aku dalam kesakitan dan at the same time jadi kanvas dia kot.
"Aku... tanya ni. Kau..ni..siapa?!"
Aku tak mampu memegang kaki aku yang dah tak rupa kaki dah ni. Bangang punya gari."Kau tanya aku siapa? Patutnya kau tu sendiri yang kena korek otak kau tu siapa aku."
Dia mula tak keruan dan buka gari tangan dan kaki aku. Kaki aku yang dah cair dan mula melekat pada gari masih cuba ditarik oleh perempuan gila tu.
"Argh.. Sakit la perempuan!"
"Sakit? Nak rasa ni tak?"
Dia mengambil batu besar dari sekitar bilik dan menghentam kaki aku.
"Arghh!!!"
"Hahahaha. Wow! Cuba tengok bahagian ni. Darah kau dah hasilkan lukisan yang sangat lawa secara tak sengaja. Ada pokok,bangku. Oh,aku lupa pulak pasal ada orang yang sengsara dekat sini jugak kan?"dia memandang aku dengan renungan yang tajam dan senyuman yang lebar dan mula tarik rambut aku ke suatu tempat.
Sepanjang perjalanan ke tempat yang aku sendiri tak tahu,kaki aku dicarik dan dirobek oleh batu-batu dan tikus-tikus yang keluar daripada lubang di dinding. Sakit dan pedih. Tapi aku hanya boleh menahan kesakitan yang aku alami ni diam-diam. Aku tak nak dia tambahkan lagi sakit aku ni.
Ada bilik-bilik yang terkunci di sepanjang jalan ni. Dan setiap bilik,aku dapat dengar jeritan dan tangisan yang tiada penghujung.
"Nah. Ni bilik baru kau. Have fun la ngan kawan-kawan baru ni tau. Bye.."selepas dia mencampak aku ke dalam bilik ni,dia terus mengunci pintu dari luar.
"Woi! Bukak pintu ni! Lepaskan aku la gila!"aku menghentam pintu bilik ni sekuat yang aku boleh.
"Hahahahahaha"
Suara-suara yang menghasilkan gelakan tadi.. ada suara keluarga aku. Mak,ayah,adik maafkan Ina tau. Jangan gelakkan Ina macam ni.
Aku paling ke belakang dan lihat sekumpulan manusia serupa aku. Tapi mereka ni dah hampir hancur. Ada di antara mereka yang mata hampir terjulur keluar dan kulit muka yang terbuka sehinggakan aku nampak tulang pipi mereka.
Kebanyakan mereka juga mempunyai kecederaan yamg hampir serupa dengan aku cuma tempat kecederaan je yang lain. Lantai bilik ini juga dihiasi dengan darah,kuku dan kulit yang dah hancur. Mungkin mereka punya.
"Qistina..."
Mereka makin menghampiri. Aku tak tahu apa nak buat sekarang ni. Tolonglah..
"Wey,perempuan! Aku janji aku tak kan buat salah lagi kat kau. Aku janji. Aku janji. Lepaskan aku!"
"Dah terlambat kawanku. Hahahahahaha."
Mereka mula mencarik-carik baju dan kulit aku dengan kuku yang tajam. Kepala aku secara tiba-tiba di hentam ke dinding. Dalam jelas tak jelas aku melawan walaupun aku dah tak berdaya.
Hanya kesakitan yang pedih menyelubungi jasad aku sebelum semuanya jadi gelap.
................
"Ina,bangun. Nak pergi sekolah baru tak?" Mak aku berlalu daripada bilik setelah mengejutkan aku daripada tidur. Aku menuju ke tandas dan mandi. Hari ni aku akan ke sekolah baru! Tak sabarnye. Dah hampir sebulan tak sekolah sebab nak uruskan macam-macam.
Selepas aku dah siap berpakaian sekolah dan tudung pun jadi, aku pergi ke meja makan untuk makan dengan keluarga aku.
"Ha. Nanti elok-elok tau dekat sekolah baru. Belajar pandai-pandai."
"Jangan risaulah ayah. Ina okay."
Habis je makan mak aku hantar pergi ke sekolah pastu pergi kerja. Aku pula pergi bilik pengetua.
"Pergi dekat cikgu Suhailah dan dia akan tunjukkan kelas kamu."
Pengetua tersebut menunjukkan ke arah seorang wanita berbaju kurung kelabu dengan bunga bunga kecil berwarna pink."Baik,cikgu."
Aku menuju ke arah cikgu Suhailah dan mengenai kelas aku.
Aku mengikuti cikgu tersebut dan berhenti di sebuah kelas yang besar. Aku melihat sekitar kelas. Benda ni agak janggal sebab sebelum ni aku sekolah perempuan and tiba-tiba je aku masuk sekolah campur laki perempuan.
"Assalamualaikum,cikgu memperkenalkan pelajar baru kelas kamu. Nanti kamu kenal-kenallah sebab sekarang kamu semua tengah belajar kan?"
Semua murid kat dalam kelas tu mengangguk. Tiba-tiba aku ternampak seorang budak perempuan yang memunculkan balik apa yang aku mimpi malam tadi. Dia tersenyum. Senyuman yang sangat sinis seolah-olah dia tahu apa yang aku fikirkan.
"Qistina,kamu duduk dekat sebelah Farah."cikgu menunjukkan ke arah dia.
Aku duduk di sebelah dia dan kami memperkenalkan diri masing-masing. Selepas sahaja saat itu,aku tahu yang hidup aku dah takkan tenang lagi.