Part 1

18 0 0
                                    

"Lagi 2 hari sekolah akan bermula. Huaa cepatnya dah nak tahun baru . aku tak ready lagi!! Matilah aku , tahun baru ni aku 17 tahun . omg spm . its gonna be a very tough year for me though . andwaeeee" -bebel Liya seorang diri di dalam kamarnya.

Terpelanting senduk Puan Nora apabila mendengar jeritan anak daranya itu dari tingkat atas .

"Astaghfirullahal-azim terkejut aku dibuatnya" - mengucap panjang Puan Nora sambil memegang dadanya.

"ALIYA ARISYA BINTI KAMAROZAMAN" - laung Puan Nora dari tingkat bawah.

"Eh tu suara mama . aduhh mati aku ceni . dah lah siap panggil nama penuh dengan binti sekali ni . baik aku turun kang entah apa lagi nama yang keluar" - bebel Liya lagi .

Tergopoh-gapah Liya menuruni tangga tetapi bukan seperti biasa . Liya ni perangai gila sikit . Diturunnya ikut batang tangga tu . Meluncur laju seperti slaid.

Terjenguk-jenguk kepala Liya mengintai mama kesayangannya di balik langsir dapur .

"Eh mana pulak mama ni" - omel Liya sendiri sambil menggaru kepalanya seperti orang bingung.

"ALIYA ARISYA" - jerit Puan Nora tepat di tepi telinga Liya .

Puan Nora yang baru hendak ke dapur selepas menjawab panggilan dari suaminya itu , ternampak anak daranya yang mengintai-intai di belakang langsir .
"Haa tahu takut ye kamu ni Liya" - tersenyum dia melihat telatah Liya yang seperti anak kecil berumur 7 tahun.

"OH MAK KAU ,GAJAH TERBANG" - latah Liya sambil membuka langkah silat apabila disergah sebegitu oleh mamanya.

Tiba-tiba terdengar satu suara yang gian ketawa terbahak-bahak sambil menepuk-nepuk pehanya di tepi meja makan . Itulah abang kedua Liya , Mirza. Aksinya itu macamlah tengah tengok Maharaja Lawak .

Puan Nora dan Liya hanya memandang ke arah Mirza dengan muka yang tiada perasaan. Kemudian mereka memandang antara satu sama lain dan mengangkat bahu tanda bingung . Mirza yang perasan akan reaksi mama dan adiknya itu , terus berhenti tertawa . Dia hanya tersenyum kambing sambil mengangkat dua jari tanda peace.

Puan Nora hanya menggelengkan kepalanya tanda pening. Ni baru 2 orang anak kat rumah , kalau campur lagi sorang yang tua tu balik . Lagi gamat lah rumah ni .

"Ish pening mama macam ni" - bebel Puan Nora . Dia terus melangkah pergi ke dapur untuk sambung memasak.

Liya dan Mirza kelihatan terpinga-pinga macam orang bodoh . Mirza kemudiannya mendekati Liya .

"Good morning adikku sayang" - ucap Mirza sambil mengusap kepala Liya seperti anak kucing .

Mulanya Liya seperti biasa kerana masih bingung dengan keadaan sekeliling. Selepas beberapa minit otaknya mula mencerna kata-kata abangnya.

"Hiarkkk" - jerit Liya menumbuk perut abangnya. Dia terus lari meninggalkan Mirza yang masih mengerang kesakitan.

"Hoii Liya . kau tunggu kau" - teriak Mirza yang bengang apabila ditumbuk kuat oleh Liya . Mirza yang masih memegang perutnya itu , lari mengejar Liya yang sudah melarikan diri ke ruang tamu .

Bermulalah aksi kejar-mengejar oleh dua orang beradik ni di seluruh pelosok rumah . Berlari di belakang sofa dan mengelilingi meja kopi di tengah rumah . Liya mula membaling bantal mini tepat ke muka abangnya . Terbahak-bahak Liya mengetawakan Mirza . Mirza mula berang apabila dibaling bantal ke mukanya yang kacak itu . Kemudiannya, perang bantal dimulai. Habis ruang tamu hadapan berselerak dengan bantal mini dan bantal sofa . Nasib baiklah tiada barangan kaca yang pecah.

Puan Nora terhenti dari meneruskan kerjanya di dapur kerana bingit mendengar suara anak anaknya itu . Dia terus ke ruang tamu untuk melihat apa yang sedang berlaku.

"YA ALLAH YA TUHANKU" - jerit Puan Nora yang terkejut melihatnya ruang tengah rumahnya yang kini berselerak bagaikan tongkang pecah.

Terhenti segala peperangan antara Liya dan Mirza selepas medengar jeritan mama . Mereka berdua hanya tersenyum kambing dan mengangkat tanda peace kepada mama tersayang . Puan Nora hanya menggeleng melihat keletah anak anaknya yang sudah dewasa tetapi masih berperangai seperti kanak-kanak .

"Mama bagi masa 30 minit untuk kamu kemaskan ruang tengah ni . siap sapu, mop, lap meja dan bersihkan almari tv" - arah Puan Nora .

"30 minit?!!" - teriak mereka serentak . Ternganga besar mulut mereka berdua mendengar arahan itu . Mana mungkin sempat membersihkan satu ruang tamu ni dalam masa 30 minit . Bukan kecil ruangnya.

Puan Nora mendekati mereka dan menutup mulut Liya dan Mirza secara serentak.

"Tutup mulut tu . nanti lalat masuk" - perli Puan Nora sambil tersengih melihat reaksi anaknya selepas mendengar arahannya yang agak veto itu .

"Ma , mana cukup masa nak kemas dalam masa 30 minit. 1 jam lah maaa" - rengek Liya .

"No . 55 minutes" - balas mamanya .
" 50 minutes !" - balas Liya balik.
"45 minutes." - sambung Puan Nora

Mirza yang kelihatan bingung pada awalnya, terus mencerna perbalahan antara mama dan Liya . Selepas otaknya sudah dapat berfungsi , terus dia menutup mulut adiknya dari membalas kembali kata-kata Puan Nora.

"Hehe okay ma okay 45 minutes" - balas Mirza yang masih memegang mulut Liya .

Selepas Puan Nora berlalu pergi . Liya menggigit jari Mirza yang menutup mulutnya itu dengan tiba-tiba . Mana tak sakit hati ni .

"Aaaaddoiii" - jerit Mirza . Terus terlepas tangannya dari mulut Liya .

"Kau kenapa gigit aku haaa sengal?!!" - marah Mirza bersama kerutan di dahi menahan sakit selepas digigit.

"Yang kau pergi tutup mulut aku tu kenapaaa??" - balas Liya dengan riak tidak puas hati.

"Yelah . dah kau tu bengap sangat . dah mama kasi 55 minit yang kau pergi balas 50 minit apa semua tu dah kenapaaa ?" - balas Mirza yang masih menahan sakit .

Liya yang baru perasan akan kesilapannya itu terus tersengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Sorry jaaaa" - pinta Liya .

Mirza hanya menjeling Liya yang meminta maaf sambil membuat gaya comel . padahal tidak comel pun !

Mereka terus melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Puan Nora . Jangan dibuat main . Kalau dah keluar kuasa vetonya itu , haa alamatnya memang kena buat dengan sempurna lahh.

Tepat 40 minit mereka mengerjakan ruang tamu itu , akhirnya dua-dua sudah terbaring dia atas lantai keletihan.

"Bersih jugak ruang tamu ni aku kemas" - Monolog Liya dalam hati .

"Bukan kau sorang yang kemas . aku pun kemas jugak. " - balas Mirza tiba-tiba dengan mata tertutup. Macam tahu- tahu yang Liya sedang memuji dirinya sendiri .

Puan Nora yang sudah siap menghidang makanan di atas meja ,pergi menjenguk anaknya di ruang tamu hadapan . Tergeleng-geleng kepala Puan Nora sambil tersenyum melihat anak bujang dan anak daranya yang sudah terlentang selepas penat mengerjakan ruang tamu itu .

"Abang , adik , meh bangun cepat. Kita makan tengah hari " - kejut Puan Nora .

"Hah . okay ma" - balas mereka berdua serentak .

Mereka bertiga bangun menuju ke ruang makan bersama-sama .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 19, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kau Tinggalkan Aku CintaWhere stories live. Discover now