Hantu Atau Buaya?

262 13 0
                                    


Nasrul, seorang jejaka tampan tetapi mempunyai deria humor yang agresif, berasal dari Kolumpo sana, telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke UITM Samarahan, Sarawak dalam bidang Diploma Perakaunan. Beliau pun menerima tawaran tersebut lalu pergilah dia ke Kuching, Sarawak.

Sesampainya dia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Nasrul terus mencari teksi untuk membawanya ke UITM. Nasrul terus memasuki teksi yang dipandu oleh seorang pakcik tua. Dia kemudiannya meminta pakcik tersebut membawanya ke destinasi yang dikehendakinya. Kemudian Nasrul berborak kosong dengan pakcik berkenaan. Pakcik pemandu teksi itu namanya Murad, sungguh peramah orangnya. Barangkali sudah terbiasa berseloroh dengan mana-mana individu yang dijumpainya, Nasrul terus bertanya satu soalan bodoh kepada pakcik tersebut. "Pakcik, pakcik. Pakcik tau tak kat mana rumah Nana Sheme?" soalan bernilai RM1 juta tersembur keluar dari mulut celupar Nasrul.

Lantas, Pakcik Murad memaling mukanya ke arah Nasrul, menjawab dengan nada yang garang disertai ekspresi muka marah lalu berkata "Kau fikir kau siapa? Fikir kau siapa? Boleh Blah!"

Lalu Nasrul ditinggalkan di tepi jalan oleh Pakcik Murad. Barangnya dihumban keluar dari teksi oleh Pakcik Murad yang tengah berang. Nasrul hanya mampu berhuhuhu selepas itu, diselangi satu peluh besar di dahinya dan sekumpulan gagak berterbangan di atas kepalanya.

Himpunan Cerita Seram Kontot Suam-Suam KukuWhere stories live. Discover now