Bab 1

2 0 0
                                    

-Tahun 1997

Ditakdirkan sepasang suami isteri melahirkan anak perempuan kembar yang sangat comel dan manis.

Dengan wajah yang comel itu, si ayah menamakan si kakak Nur Laura Elina.

Dengan wajah manis si adik, si ibu memberi nama Nur Laufa Elisya.

Bermula saat itu, si ayah dan ibu menjalani hari-hari yang sangat bahagia bersama anak-anaknya. Walaupun langit tak selalunya cerah.

***
-17 tahun kemudian
-Tahun 2014

"Ibu!!!" Laura menjerit-jerit memanggil ibunya. Dia yang masih berpakaian sekolah menengah berlari ke dapur.

"Ibu!! Tengok ni. Laura dapat 10A."

"Wahh!! Alhamdulillah. Macam ni lah anak ibu." Asmah mencium pipi anaknya yang kini berusia 17 tahun.

"Ehh! Mana adik kamu?"

Laufa berjalan perlahan menuju ke arah mak dan kakaknya di meja dapur. Wajahnya masam mencuka.

"Adik? Kenapa ni?" Tanya ibu. Risau pula dia melihat wajah anaknya yang sugul ini. Dia mendekati laufa dan menyentuh pipi anaknya dengan penuh kasih sayang.

"Sayang ... ibu tak kisah pon kamu tak dapat banyak A macam kakak kamu dalam spm. Yang penting kamu dah berusaha bersungguh-sungguh." Asmah cuba memujuk laufa yang sedang menundukkan wajahnya.

"Sapa kata adik tak dapat A macam kakak?" Laufa bersuara. Lama kelamaan bibirnya mengukir senyuman sambil kepalanya disengetkan.

"Adik pon dapat 10A jugaaaa!!!!" Laufa menjerit seraya memeluk erat ibu nya. Ibu terpegun. Pelukan semakin erat apabila laura turut memeluk ibunya dari belakang.

"Malam nanti kita ajak ayah kamu dinner kat luar ye."

"Okayy ibu. Siapkan hadiah sekali. Hehehe." Laufa berseloroh sebelum berlari menaiki anak tangga ke biliknya.

"Ibu, laura naik atas dulu eaa."

"Ye laa nak. I love you."

"I love you too."

★★★

Laura membuka balutan hadiah di tangannya. Sebuah kota bewarna merah sedang menawan hatinya ketika ini.

Dia mula membuka kotak merah itu. Terserlah seutas rantai leher emas yang sangat berkilauan.

Mulutnya terbuka sedikit kerana terkejut dengan pemberian dari ayahnya. Adiknya turut berkeadaan sebegitu. Kini, laufa pula mencarik-carik pembalut hadiah itu dengan ganas.

"Laufa, buka pelan-pelan. Hadiah tu tak lari pon." Ayahnya, tuan Hamid menegur.

Semua itu tidak diendahkan laufa. Dia terus berbuat begitu sehingga lah sebuah kotak merah berada di hadapan matanya kini. Perlahan-lahan dia membuka kotak itu. Senyuman yang terukir di bibir munggilnya tadi terus lesap setelah melihat isi dalam kotak itu. Dia mengangkat seutas rantai leher bewarna perak.

"Ini bukan emas!" Suara laufa sedikit tinggi sehingga menarik perhatian beberapa orang yang turut berada di restoran itu.

"Ya, ayah tau. Ayah tak cukup duit nak beli 2 utas rantai sekali gus. Nanti ayah belikan yang baru untuk laufa ye."

"... tapi kenapa laufa yang dapat perak. Kakak pula dapat emas. This is not fair!"

"Laufa..." ibu menyentuh lembut lengan laufa yang mengenakan dress bewarna hitam. Laufa menepis tangan ibunya kasar.

"Adik! Kenapa buat macam tu?" Marah laura.

"Kau diam lah!! Aku tak cakap dengan kau pon." Laufa menenking kakaknya sambil berdiri. Laura kaget. Siapa dihadapannya ketika ini? Seorang kembarnya yang sebelum ini sangat manja tetapi sekarang sudah berani meninggikan suara dihadapan orang ramai.

Kini semua pelanggan dalam restoran itu memandang ke arah mereka.

Puan asmah masih terkejut dengan perubahan sikap anaknya secara tiba-tiba. Dia tidak mampu menenangkan laufa, tangannya juga tadi ditepis kasar.

"I'm sorry." Encik Hamid yang baru berusia 37 tahun bangun dari kerusinya dan terus menarik tangan anaknya laufa keluar dari restoran.

***

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 16, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The TwinWhere stories live. Discover now