Part-9
Nenek Ji Hyo:Ji Hyo ahh!!!! Turun makan! *Jerit dari dapur*
Ji Hyo:Kejap!Selepas menyikat rambutnya. Dia keluar dari biliknya dengan memakai baju pijamas warna kuning yang agak comel. Setelah sampai di meja makan dia terkejut kerana melihat Gary yang ada bersama sedang duduk di tepi meja makan.
Ji Hyo:Apa awak buat kat sini? *Keliru*
Gary:Makan malam. Nenek awak ajak tadi. Saya ikut saja.
Marilah makan.*Sambil menghidangkan mangkuk makanan ke arah Ji Hyo*Ji Hyo melabuhkan punggungnya di kerusi itu dan mengapai sudu untuk mengambil nasi. Nenek pula datang membawa Kimchi dan letakkannya di atas meja makan.
Masing2 sedang senyap menjamah makanan yang terhidang di atas meja. Ji Hyo terlihat anak mata Gary yang asyik melihat dan tersenyum padanya.
Ji Hyo:Manisnya kau senyum.*Bisik hati Ji Hyo sambil melihat Gary.*
Gary:Cantiknya kau Ji Hyo. Memang bodohlah Jung Kook tu tinggalkan kau. Tapi untungnya akulah yang dapatkan.*Bisik hatinya*
Ji Hyo:Jessica2 kenapalah kau tinggalkan lelaki semanis Gary ni. Tapi terima kasih lah sebab cuba bagi dia pada aku*Bisiknya lagi*
Nenek Ji Hyo:Hey! Yang dia pandang kamu. Kamu pula pandang dia asal tak bercakap saja kan senang.
Ji Hyo:Mana adalah nek. Kami sedang makan makanan masakan nenek yang sedap ni kan Gary? *Sambil melihat ke arah Gary*
Gary:Yelah. Sedap! *Sambil mengunyah nasi dan kimchi.
Nenek Ji Hyo:Hmmm yelah tu. Kalau dah suka cakap suka. Tak payahlah nak tengok saja.
Ji Hyo:Ish! Apalah nenek ni. Gary kan bos Ji Hyo dan jiran kita.
Gary:*Hanya tersenyum sambil menikmati makanan*
Nenek Ji Hyo:Habis! Kalau bos kalau jiran tak boleh bercinta?
Ji Hyo:*Terdiam dan melihat ke arah makanan*Selepas mereka menikmati makan malam...
Gary berada di luar rumah sambil melihat ke langit dan kedua tangannya di selup masuk ke dalam poket. Ji Hyo terlihat Gary di luar. Dia memakai selipar dan berjalan menuju ke arah Gary.Ji Hyo:Kenapa ni?
Gary:*Terkejut sedikit* Oh! Tak ada apa2 lah!
Ji Hyo:Betul ke tak ada apa2? Asal asyik tengok je langit tu?
Gary:Saja! Cari ilham. Mungkin boleh buat lagu.
Ji Hyo:Mmm saya nak tanya sikit boleh? Tapi maaflah kalau soalan saya ni buat awak tak selesa.
Gary:Cakap sajalah. Saya dengar.
Ji Hyo:Awak tak ada ahli keluarga ke? Yelah sebab saya tak pernah tengok pun keluarga atau saudara awak.
Gary:Ouh! Saya ada abang. Nama dia Gil. Tapi dia tinggal di Jamsil. Kadang2 adalah jumpa dia.
Ji Hyo:Ouh! Yang ada nyanyi sama2 dengan awak tu ke?
Gary:Yup!
Ji Hyo:Tapi kenapa awak macam tak nyanyi sangat dah? Awak ni pandai rap tau. Cubalah awak rap saya nak dengar.*Cuba mencebik bibirnya*
Gary:Ish tak payalah*Tersenyum malu*
Ji Hyo:Nyanyilah sikit saja*Menarik2 lengan jaket Gary.*
Gary:Tak nak! *Sambil tergelak*
Ji Hyo:Ehhh!!! *Hampir tergelincir kerana asyik menarik2 lengan Gary.*
Gary:Ehh!! *Memegang pinggang Ji Hyo.*
Ji Hyo:*Memegang kuat bahu dan pinggang Gary.*Tiba2 mata mereka saling bertentangan. Nenek Ji Hyo tersenyum melihat mereka. Setelah beberapa saat tersedar dan Gary melepaskan Ji Hyo dengan perlahan.
Gary:Awak ok?
Ji Hyo:Ok! *Sambil memeluk diri kerana terasa sejuk*
Gary:*Membuka jaketnya dan letakkan di belakang Ji Hyo*
Ji Hyo:Kamsahamnida!
Gary:Sama
Ji Hyo:Jadi jaket ni pun awak nak beri pada saya ke?
Gary:Ambillah jika mahu *Sambil tersenyum*
Ji Hyo:*Senyum malu.Esok pula...
Ji Hyo sedang berjalan ke arah kedai ais krim kerana teringin memakannya. Ji Hyo tiba2 ternampak Gary dan Jessica. Tiba2 raut wajahnya berubah seperti marah.Ji Hyo beredar dan terputus seleranya untuk makan
Bersambung....
YOU ARE READING
My Neighbour Become My Lover
RandomGenre:Kelakar,Cinta,Romantik Watak Utama:Kang Gary, Song Ji Hyo, Jessica,Jung Kook Watak Sampingan:Nenek Ji Hyo Tentang:Cinta sebelah rumah, Masing2 telah terluka, Selamat membaca!!!