Aku bukan seorang penulis. Tapi aku gemar membaca kisah hidup manusia. Aku juga bukan seorang yang minat pada bidang sastera. Di sekolah dahulu, aku jadikan pendidikan Bahasa Melayu hanyalah sebagai asas dalam sesi pembelajaran di Malaysia. Setiap karangan yang aku karang semasa peperiksaan atau ujian atau latihan yang diberikan oleh guru Bahasa Melayu aku tidaklah sehebat karangan penulis yang sehebat dan setanding dengan novel novel yang aku baca. Kadangkala ada baris ayat yang aku rangkakan tidak relevan dimata pembaca. Aku juga tidak pasti dari mana aku dapat setiap isi yang aku tulis itu tidak relevan. Mungkin imaginasi mengatasi segalanya ketika itu.
Walaupun aku tidak suka menulis. Tapi sesuatu tentang aku ialah aku suka membaca. Membaca menjadi hobi aku sejak aku dibangku sekolah lagi. Terdetik dihati ingin sekali aku cuba untuk menulis. Tetapi bila tiba di depan kertas dan sebatang pen di tangan, aku buntu. Terfikir apa yang hendak aku karangkan? Benarlah setiap penulis memerlukan inspirasi untuk mereka berkarya. Penulisan juga memerlukan ayat gramatis. Itulah yang seringkali menusuk pendengaranku di waktu pembelajaran Bahasa Melayu. Pernah juga aku cuba untuk menulis. Tapi tidak seformal penulisan di dada akhbar, artikel majalah atau didalam buku novel cinta yang sering menjadi tatapan aku. Aku mencuba menulis blog, kononnya ingin menjadi seorang blogger yang terkenal mungkin suatu hari nanti seperti Hanis Zalikha. Contoh yang sangat typical sebab aku sendiri tahu mengenainya dari kawan bukan kerana aku minat dan mengikuti setiap perkembangan beliau.
Aku kagum dengan mereka yang dapat menulis dengan sangat baik. Mengarang setiap dialog untuk watak yang mereka cipta. Jalan penceritaan yang aku sendiri tidak dapat tercapai dek akal. Cemburu mungkin tapi menjadi seorang novelist atau journalist bukan salah satu dari cita cita aku yang selalu cikgu tanya dalam kelas dahulu. Walaupun pendapatan seorang penulis agak lumayan kerana mereka dapat royaliti dari karya mereka yang dibukukan. Tapi sebelum mencapai apa yang mereka inginkan, mereka harus melalu fasa yang bagiku sangat sukar. Mencari idea utama untuk penulisan, setiap jalan cerita, segala monolog dan dialog yang ingin dikarang dalam cerita. For me, it's need someone that really determine for what they gonna do.
Ketika aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaranku ke tingkatan enam atau Pra Universiti. Seorang kawan yang aku kenal semasa SPM dulu mengajak aku mengambil jurusan Bahasa Melayu. Tapi setelah aku mendengar taklimat mengenai subjek Bahasa Melayu tersebut. Terasa seperti ingin gantung diri sahaja. Menulis 1000 patah perkataan dalam masa satu jam? Woah! That's so much words! Sedangkan mengarang 350 patah perkataan semasa SPM pun aku rasa macam nak mati. Ayat tunggang terbalik inikan pula 1000 patah perkataan. Mahu patah jari aku rasanya. Sudahlah menulis menggunakan tangan. Seperti menolak diri sendiri ke tali gantung. Dijadikan cerita, aku memilih jurusan Pengajian Perniagaan. Bukanlah hendak menjadi seorang ahli perniagaan tapi aku rasa seperti jurusan itu sahaja yang memenuhi kehendak.