10

872 75 0
                                    

Harini, Naeun datang ke sekolah awal dari biasa . Dia juga tidak mengejut Jimin seperti biasa, kerana dia ingin datang ke sekolah awal, maka dia mengunci alarm pada telefon bimbitnya beserta nota yang berisi 'bawa telefon saya. Saya tak bawa sebab nak kunci alarm. Harini saya datang sek awal, sebab tu saya tak kejut awak. Mohon faham ya *wink' 

Sebenarnya, bukan atas kerelaan hati untuk Naeun mengejut Jimin . 'Bermula dari esok pagi, kau kejut aku bangun . Kalau tak, kau tidur lah kat luar . Aku takkan buka pintu'  itulah diantara ugutan yang Jimin lemparkan yang masih tersemat di dalam fikiran Naeun .

Naeun pun pelik, sejak dua menjak ni Jimin mesti dikejutkan untuk bangun ke sekolah, sedangkan selalunya bila Naeun bangun, Jimin sudah tiada di atas katil .

"Naeun sunbae" tegur seorang junior
"Nae ." Balas Naeun

"Ada orang nak jumpa sunbae kat kolam renang" Jawab junior tu lagi

"Kolam? Oh yang kat tepi dewan teater tu ke? Tapi siapa?" tanya Naeun pelik

"Entahla. Saya pun tak kenal" jawab junior tersebut.

"Okay. Thankyou" balas Naeun

"Sebelum tu, saya nak minta maaf dulu" kata junior tersebut dan terus pergi dari situ tanpa menjelaskan maksud dia.

Naeun memandang pelik ke arah junior itu, namun mengabaikannya. Sampai sahaja di kolam renang itu, dia tidak nampak sesiapa pun kecuali kolam yang kelihatan sunyi.

"Hello. Ada sesiapa tak?" Jerit Naeun. Namun, tiada siapa yang membalas. Ketika dia cuba merapati kolam itu,

Dush*

"Aaaah tolong tolong" jerit Naeun tiba-tiba. Rupa rupanya ada orang menolaknya ketika dia sedang berjalan dekat ke arah kolam tersebut. Naeun yang mempunyai sejarah hitam ketika kecil ditambah lagi dia tidak reti berenang terkapai kapai di dalam air.

"Mati lah kau" kata nya lalu pergi dari situ

"Tolong tolong" jerit Naeun lagi, dan akhirnya lemas di dalam kolam.


Selang beberapa saat, kedengaran seseorang telah melompat kedalam kolam, lalu menarik Naeun naik ke atas.

"Naeun Naeun!" jeritnya sambil menampar pipi Naeun.

Lalu, tanpa berfikir panjang, dia terus membuat cpr pada Naeun. Pada percubaan pertama tidak berjaya. Begitu juga pada cubaan kedua. Pada cubaan ketiga juga, tidak ada apa apa perubahan.

"Wei Naeun! Bangunlah. Buat aku risau je lah. Kita baru kenal, tak sampai sebulan pun lagi takkan nak tinggalkan aku" katanya sambil menggoncang badan Naeun

"Uhuk uhukk" akhirnya Naeun sedar
"Naeun" jeritnya lalu memeluk Naeun

"Awak kenapa? muka macam putus cinta je" kata Naeun.

"Kau lemas lah! Boleh tak jangan nak buat lawak dengan aku?! Nasib baik kau kunci alarm kat telefon kau awal tau. Kalau tak, takde siapa tahu kau kat sini" marah Jimin.

"Haaa? Saya lemas? Jadi aw- awak ......." kata Naeun tetapi tergantung sambil memegang mulutnya

"Haa yelah. Dah tu kau nak mati awal ke?" Jawab Jimin bengang

"Tak juga. Tapi ...... first kiss saya huhu" balas Naeun sambil membuat muka sedih

"First kiss? Nasib baik aku yang ambil. Kalau pembunuh ke yang rampas macam mana?" Usik Jimin

"Eii dah lah. Bla bla. Ingat lawak ke?" marah Naeun lalu menolak Jimin

"Tukar lah baju dulu. Kau nak tunjuk kat orang ke badan kau yang tak seksi ni?" Usik Jimin lagi

"Eiii sibuk je lah. Nak tukar kat mana eh?" tanya Naeun yang masih blur dengan kedudukan sekolahnya

"Kat dorm lah. Lagipun lambat lagi nak masuk ke kelas" jawab Jimin

Lalu mereka pergi ke dorm mereka .

"Tunggu saya jap tau" kata Naeun, Jimin pun menganggukkan kepalanya .

Setelah Naeun menukar baju, dia membiarkan rambutnya berserabut macam puntianak

"AAAH " jerit Jimin tiba²

"Wei wei . nampak hantu ke apa ni?" tanya Naeun pelik apabila Jimin menjerit secara tiba tiba

"Ish kau ni .... lain kali jangan takutkan aku lagi" kata Jimin, kemudian dia bangun dan merapati Naeun.

Naeun mengundur , mengundur dan mengundur mengikut rentak Jimin yang semakin mendekat . Dan akhirnya dia dikepung oleh Jimin dan dinding yang berada di belakangnya.

"Nak bergurau, jangan dengan aku. Well, memandangkan aku dah rampas your first kiss, apa salahnya aku nak lagi kan?" kata Jimin dengan pandangan penuh makna.

"Awak ni gila ke Jimin?" tanya Naeun takut takut melihat Jimin yang berada semakin dekat dengannya  

"hmm... kau punya tu, rasa strawberry" jimin bergurau lagi

Tiba tiba.... bunyi pintu dibuka .....

"A.... apa korang buat ni?" tegur seseorang

"Kenapa ceroboh bilik aku ni?" tanya Jimin bengang apabila ada orang yang cuba mengacau masanya dengan Naeun

"Aku nak jumpa Naeun sebenarnya" jawab orang yang membuka pintu tersebut.

"Bye Jimin" kata Naeun lalu memberi flying kiss pada Jimin

"Nasib baik b.i ada" kata Naeun dengan lega

"Kenapa nak jumpa saya?" tanya Naeun malas selepas keluar dari dorm

"Semalam saya jumpa mak saya. Dia tahu awak pindah sini, so hujung minggu ni dia ajak awak makan kat rumah kami" terang b.i dengan bersemangat

"Mak awak sihat ke?" Tanya Naeun dengan bersemangat

"Amboi semangatnya . Kalau pasal saya ? Takdenya nak semangat" keluh B.I

"Eh dah lewat dah ni . Nak masuk kelas dah . Bye" balas Naeun lalu terus masuk ke dorm untuk mengikat rambutnya.

Di sekolah,

"Naeun ! Awak okay ?" Tanya Bomi sebaik sahaja ternampak Naeun

"Muka saya nampak macam tak okay eh?" Tanya Naeun balik

"Gini citernya, tadi kitorang datang sekolah, pastu Jackson tiba tiba datang kat kitorang . Pastu dia kata 'Naeun sunbae lemas tadi, pastu Jimin Sunbae selamatkan . Dia bagi cpr . Nasib baik saya yang nampak . kalau fans Jimin nampak tak ke bahaya' pastu kitorang citer kat Apink" terang Jungkook dengan semangat sambil mengajuk semula percakapan Jackson.
Namun, tanpa mereka sedari ada yang mencuri dengar perbualan mereka

"What! Cpr?! Kau memang tempah maut. Ishhh! Aku ingat dah mati dah" marahnya

"Sabar sabar. Baru permulaan" balas rakannya

  

My roommate is a boy | Park Jimin, Son NaeunWhere stories live. Discover now