"Hana bangun la! Kau tau tak dah pukul berapa ni?!"
Aduh Zura ni.. kacau je aku tidur.. bukan senang nak mimpi jumpa Song Joongki.
"Hmm....... dah pukul berapa?" tanyaku dalam keadaan mamai. Zura jawab,
"Dah pukul 7.30 dah ni!!" marah beno nampaknya minah tu... Hmmm 7.30... wait what?? 7.30???? Aku tersedar dari mamai.
"We asal ko tak kejut aku! Mati la ku masuk kerja lambat!" sambil berlari masuk ke bilik air aku membebel kat Zura.
"Hah salahkan aku! Nak roboh rumah ni aku ketuk pintu bilik kau tak sahut-sahut! Dah la aku nak pergi kerja dulu. Aku bangun awal bukan bangun lambat macam kau. Bye~"
Zura tinggalkan aku??? Kurang asam jawa adabi betul la minah ni. Bukan nak tunggu aku. Siap je mandi, aku terus mengenakan blouse biru laut dengan instant shawl kegemaranku. Warna biru. 'Naik teksi je la..'
~KAFE MAID LATTE~
"Selamat pagi semua!!" aku menjerit riang. Apa nak malu, belum ada customer lagi. Zura buat muka pelik. Dia datang kat aku dan bisik,
"Oi tak malu ke? Tak nampak customer kat hujung tu?" bibir dijuihkan ke arah seorang lelaki. Awal gila datang! Lelaki tu pandang aku. Aku tayang senyum kambing. Dia tersenyum sinis. 'Gelakkan aku la tu..' aku bermonolog dalam hati. Aku dekati meja pelanggan itu.
"Ya encik, nak order apa?" tanyaku sopan.
"Mocha Latte satu. Less sugar." jawabnya dingin. 'Sombongnya.. Nasib baik kau customer aku.' aku mengomel. Zura menyediakan air yang dipesan lelaki itu. Aku mengambil kesempatan cuba berbual-bual dengan lelaki itu.
"Awal datang?" tanyaku.
"Hmm.. " hanya itu yang keluar dari mulutnya.
"Saya Hana. Awak?" aku cuba tanya lagi.
"Perlu ke tau?"
Hamek kau Hana. Kena sekali dengan mamat sombong ni.
"Orang kaya memang sombong eyy?" tak semena-mena ayat tu keluar dari mulut aku. Adus.. Mulut jahat. Mulut jahat.
"So what? Ada masalah ke?" Boleh dia tanya ada masalah ke?
Air yang dipesannya telah siap. Zura menghantar minuman itu. Lelaki itu menghulur sekeping note RM5 dan berlalu keluar. Dari dalam kedai aku menjerit kepadanya'
"Lain kali jangan datang lagi!!"
'Kalau aku nampak muka dia lagi, aku tonyoh-tonyoh kat dinding.'
"Yang kau ni dah kenapa? Ada ke disuruh jangan datang lagi??" Zura tayang muka pelik.
"Takde la. Mamat tu sombong gila nak mati. Berlagak. Mentang-mrntang pakai kereta mewah." Aku mengutuk laki tu. Hai Hana, free-free je kau dapat dosa.
"Tapi aku tengok muka dia boleh tahan jugak an?" Dah mula dah virus menggatal si Zura ni.
"Dah-dah. Customer dah ramai datang."
********************************************************************************************************

YOU ARE READING
Kau & Aku
Randomcerita ni mengisahkan seorang perempuan yang girang macam kanak" ribena bernama Hana Amira. Pertemuannya dengan Tengku Haziq yang sombong sering diakhiri dengan pergaduhan. Namun siapa sangka bahawa mereka telah ditunangkan. Konflik yang besar menan...