Setelah lama bersembang melihat Daddy rancak berbual sampai ke meja makan pun masih berbual. Aku minta izin untuk ke halaman rumah. Aku melabuhkan punggungku di bangku yang tersedia di tepi kolam ikan sambil memegang gitar. Aku memandang langit yang gelap. Gitar dipetik.
Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayuKu petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanyaDan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,
Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita.Tepukan dari seseorang mula kedengaran. Aku menoleh.
"Tak sangka aku suara kau sedap. Selalu dengar kau main je. Tak pernah pulak dengar kau nyanyi. Tapi, aku harap hanya aku seorang sahaja yang dengar kau nyanyi. Lelaki lain tak boleh." Saffiya terpana. Asyraf Khairil hanya berkemeja kotak-kotak berwarna merah dan berseluar jeans biru.
"Kau siapa nak halang aku?" kasar bicara Saffiya seperti selalu.
"Aku bakal suami kau, so kau kena praktikan dari awal sebelum jadi isteri." Halamak baru bakal suami belum lagi jadi suami.
Asyraf mula melabuhkan punggungya disebelah Saffiya. Saffiya mula menjarakkan sikit bagi peluang untuk Asyraf melabuhkan punggungnya. Aku mula menguis rumput.
"Kau setuju dengan perkahwinan ni?" Asyraf mula bertanya.
"Kau?" Saffiya mula membalas dengan jawapan juga. Aku mula merenung muka Asyraf. Memang sejak dari dulu hati aku hanya untuk Asyraf Khairil. Tapi, aku menolak perasaan ini kerana kami sahabat baik. Tak mungkin aku akan merosakkan hubungan baik ini.
"Aku tanya dulu. Jawab jela." gesa Asyraf. Geram pulak aku ngan mamat ni. Nak gesa orang pulak.
"Kalau kau jodoh yang Allah hantarkan untuk aku. Buat apa aku nak menidakkan apa yang Dia dah takdirkan untuk setiap hambaNya." Aku mendongak kembali ke langit. Ha. Hambek.
"Kau tak cinta kat aku. Aku pula tak cinta kat kau. Macam mana nak teruskan perkahwinan ni?" Asyraf mahu melihat sejauh mana Saffiya setuju dengan perkahwinan yang ditentukan oleh ibu bapa mereka.
'Aku cinta dekat kau Asyraf. Dah lama aku pendam perasaan ini. Tapi, adakah kau akan terima sahabat baik kau yang dah lama mencintai kau?' Aku memandang raut wajah Asyraf Khairil.
"Cinta boleh dipupuk selepas perkahwinan kan? Kau tahu tak betapa indahnya cinta selepas kahwin?."
"Macam mana kau tahu? Kau bukannya kahwin lagi." Aku cepuk budak ni kang.
"Berdasarkan orang sekeliling." Asyraf diam sebelum berkata...
"Jadi kau setuju dengan perkahwinan ni?" Soal Asyraf mula meminta kepastian.
Haih mamat ni. Tak reti bahasa ke? Aku memandang Asyraf dengan riak tidak puas hati.
Bagaikan tahu apa dibenak fikiran Saffiya. "Aku tanya je minta kepastian. Takkan tak boleh?"
"Ya Asyraf. Aku setuju dengan perkahwinan ni. Puas hati kau?" Geram aku kalau orang tanya soalan banyak kali ni.
"Kau setuju sebab kau suka kat aku kan? Kan?" telunjuk Asyraf berada dihujung hidung Saffiya. Keningnya diangkat berkali-kali.
"Pleasela aku nak suka kau! Puihhh" Saffiya pura-pura meludah. Asyraf mendongak ke langit.
"Aku cuba untuk mengembirakan Papa dan Mama. Kalau diorang bahagia. Aku turut bahagia. So aku pun setujulah dengan perkahwinan ni. Aku harap kau bagi aku masa untuk pupuk hati aku untuk mencintai kau. Ya Saffiya?" Saffiya memandang ke langit semula. Asyraf mula merenung wajah Saffiyah. 'Cantik! Tak pernah aku tengok wajah dia sedekat ini.' Selalunya Saffiya teramat jaga batas dia dengan lelaki. Makan berdua pun. Tetap ada jarak. 'Maaf Saffiya aku tak mampu nak luahkan perasaan ini.'
Nafas dilepaskan berat. Adakah bakal suaminya ini pernah mencintai seseorang dulu? Jarang sekali dia nak cerita kat aku pasal orang yang dia suka?. 'Ya Allah. Jika benar apa yang kau takdirkan untukku aku redha Ya Allah. Kuatkanlah diriku ini untuk menempuh segala dugaan dariMu.' Aku mengangguk perlahan.
YOU ARE READING
My Bestfriend My Husband
RomanceBoleh ke jatuh cinta pada sahabat sendiri? Nak tahu? Jom baca! #3 Kahwin