Walaupun pada mulanya aku ragu nak berpisah dengan ibu abah dan adik adik. Tapi tanggungjawab yang aku galas dan cita citaku untuk membantu ummat yang sekarang ni makin kritikal membuat aku kuat. Kalau tidak dengan ilmu bagaimana membantu ummat? Kalau tidak dengan ilmu bagaimana mungkin aku selamat dari tenggelam dengan arus dunia akhir zaman? Yang benar disalahkan,yang salah dibenarkan ! Ya rabb! Lindungi kami. Insan lemah .
Aishah menarik nafas perlahan. Duduknya dibetulkan.matanya sekali lagi menatap bait-bait coretan di blog pribadinya.setelah berpuas hati, dia kemudiannya menekan butang shut down. Mata digosok perlahan .
Sebelas empat puluh. Patutlah mata berat semacam.laptop dikemas, langkah diatur menuju ke katil.Khusnul dudah lama dibuai lena.entah apa mimpinya kadang terdengar dia mengguman sendirian , kadang tersengih dalam tidur , sungguh unik!
Aishah kemudian melarikan anak matanya ke arah katil di sebelah tempat tidur Khusnul, Anisa rakan sebilik mereka , pelajar jurusan kejuruteraan bakal jurutera ,juga sudah dibuai mimpi indah .pandangannya kemudian tertumpu pada katil kosong yang satu lagi. Sofea masih belum balik.hatinya resah , risaukan teman mereka yang satu itu. Sejak pertama kali menjadi rakan sebilik. Jarang sekali ada perbualan antara mereka paling tidak hanya perkara penting.bukan tidak mencuba tapi sofea lebih suka menyendiri . Berbeza dengan khusnul dan anisa yang kepoh sedikit sifatnya.
Aishah kemudiannya melabuhkan punggung di atas katilnya. Baru hendak merebahkan badan.kedengaran bunyi pintu di kuak.Aishah cepat-cepat baring dan memejam matanya. Namun, telinganya masih mampu menangkap setiap tindak tanduk " pembuat bunyi" itu.
Kunci kereta diletakkan dalam almari. Beg dihumban atas meja. Badan direbahkan atas katil. Selepas itu Telinga Aishah sunyi daripada menangkap sebarang bunyi. Mata Aishah sedikit terbuka , mencuri pandang ke arah sofea yang kelihatan belum lagi lelap. Aishah bangun lalu berlakon mengeliat. Seolah-olah baru bangun tidur. " eh, sofea baru balik ? " Aishah dengan "ramahnya" menyoal siasat .
"Ha ' ah" . Pendek
"Ermm... tadi kak ina kat bilik sebelah datang, dia pesan kalau ada siapa- siapa yang minat nak ikut usrah ... "
" tak apa lah ". Ayat Aishah cepat dicantas oleh sofea.
Aishah sedikit terkejut dengan respond sepantas kilat Sofea. " oohh .. kalau macam tu tak apa la, nanti kalau awak rasa nak ikut awak bagitau je saya atau Khusnul eh ? "
"Ok " . Sepatah. Memang jimat tenaga mengarang ayat kalau bersoal jawab dengan orang macam Sofea.
Aishah kembali merebahkan badan . Sambil otak ligat memikirkan aktivitinya pada esok hari.
YOU ARE READING
Manhaj CINTA
RomanceIslam tidak pernah menyalahkan cinta.Namun sebagai hamba kita kadangkala mencemar kesucian cinta itu dengan meninggalkan segala syariat yang telah indah digariskanNya. Bukan aku sombong . Tapi ada akhlak yang perlu aku pelihara.bukan aku menolak fit...