Hostel

12.7K 523 73
                                    

" pkul 12 la sia...."

"Ahhh...tak peduli. Kalau korg tak nak dengar story ak mlm nie korg semua memang pngecut nak mampus"

Ali memeluk bantalnya erat manakala Saad tekad ingin menceritakan kisah seramnya. Mereka berlima dan duduk menbentuk bulatan secara sebelah menyebelah.

" Aku tak sedap hatilah. Aku tido dululah"

" Hek elehh Abu, tak kan takot kot"

" Wei korang, aku tidur sini boleh? Dorm ak jauh ahh"

" takut lee tuuu...hahahah" keempat² kawannya jawab serentak dan ketawa melihat Abu dalam ketakutan.

Malas ahh layan dia orang nie, baik aku tidur Kat katil kosong nie. Daripada dengar dia orang bercerita baik aku pilih pot jauh skit. Kang tak tenteram aku. Lama aku pejamkan mata tapi still tak ley nak tidur. Maybe, sebab aku dah membuta petang tadi kot. Alahaii...

Hanya bunyi jam berdetik dan kipas berpusing je yang kedengaran. Mungkin kipas nie dah usang lama kot sebab berbunyi² tiap kali berpusing. Tak lena aku.

Tetiba...

Asal badan aku rasa berat semacam nie. Tak boleh angkat tangan langsung apelagi kaki. Kepala je boleh gerak². Bala ape pulak menimpa aku nie. Lahai....
Saat dia menganggat kepalanya, mulutnya terkesan sesuatu.

Aku kena tindih nie!!!! Hanya mampu jerit dalam hati.

Mulut aku kesan sesuatu yang halus dan panjang. Macam rambut. Busuk pulak tu. Busuk teramat. Susahnya nak bukak mata, rasa sakit seperti digam. Nak jerit mintak tolong tapi tak terkeluar pulak suara. Mungkin kesan dari rambut yang banyak kat kepala aku nie sampai rasa susah nak bernafas.

Baik aku tidur je.. Buat² tak tau...Baca skit surah² yang ustaz ajar. Ayat kursi pon aku baca tapi still tak berkesan. Badan aku masih terasa berat.

Keesokan harinya,

"Wei, Abu! Lena kau tidur malam tadi. Aku tengok bukan main khusyuk lagi. "

"Ape ko merepek nie, Aku Kat rumah semalam. Warden kasi sebab nenek aku baru meninggal"

Saad ternganga mendengarnya. "Ehh! Bukan ke malam tadi kau yang takut sangat sampai nak tidur dulu"

" mereng otak kau nie" Abu terus berlalu pergi ke kelas dan meninggalkan Saad dalam kehairanan.

* * *

" korang, malam tadi kita story pasal hantu kan? Abu pun ade kan? "

"Yela....kan kite plan kenekan dia malam tadi" jawab Ali dan Wan serentak. "Aku siap baring kan Kat atas badan dia...hahaha" gelak besar Theva selepas membuat satu pengakuan.

" Masalahnya Abu tak de malam tadi. Dia Kat rumah. Aku dah tanya warden wei"

"Abis tu kita kenakan sape malam tadi" mereka bertiga jawab serentak. Saad kebingungan.

Mereka berempat sepakat tak nak balik hostel hari nie. Banyak alasan dia orang bagi Kat warden. Nak belajar kat rumah la sebab spm nak dekat. Yang lain cakap ada kenduri kawin la kenduri bersunat la. Masing² takut. Rasa macam dibalas karma.

Pada masa yang sama, warden meminta diri untuk menghantar seorang pelajar ke klinik kerana demam panas. Katanya takut sangat sebab ditindih hantu baru² nie.

Mereka berempat terpinga² mendengar.


_____________

Begitulah ending dia. Hahaaaha....

Please vote & comment kehh. I try my best later. Menunggu idea muncul dalam kepala sat . Lepas nie, nantikan cerita pasal 'Almari' pulak heheeee

By : G

Lawak SeramWhere stories live. Discover now