Enjoy this story kehh~
=)Kosong. Itu yang aku rasa. Tiada arah tujuan. Tiada jalan, hanya sebuah bilik yang gelap. Aku cuba mengangkat badan. Sungguh berat sekali. Aku memakai selipar yang ada di tepi katil. Memang sudah dijangka aku berada di hospital. Tapi mengapa?
"Mo...Mohd Fa..rid b. Mohd No..Noor??". Tergagap - gagap aku menyebut nama tu yang tertera di atas kertas. Aku sungguh tidak mengenali nama itu. Mengapa aku ditempatkan di hospital pun aku tiada jawapannya. Ini kan pula milik nama ini.
Aku tercapai - capai gelas di tepi katil untuk melegakan anak tekak. Tiba - tiba, suara bayi menangis teresak - esak yang kedengaran di luar bilik ku. Kaki aku masih boleh bergerak tapi tangan ku barangkali di simen kerana susah untuk digerakkan. Kepala aku pula tidak henti mendengut - dengut. Suara bayi menangis tidak lagi kedengaran.
Kini, diganti pula suara perempuan sedang menyanyi mendayu - dayu dan aku pula terasa didodoikan.
Aku mula mencari - cari suara itu. Semasa aku sedang mencari. Tiba², bahu ku disentuh lembut dari belakang. Dan apa yang aku lihat ialah seorang nurse sedang memegang bayi. Muka nurse itu kosong. Tiada mata. Tiada hidung mahupun mulut. Hanyalah kulit.
Bayi yang dipegangnya pula berlumuran dengan darah. Meremang bulu roma ku seluruh badan.
"Argghhhhhhhh....!!"
Aku menjerit ketakutan lalu terjatuh sewaktu cuba melarikan diri. Mungkin tapak selipar yang haus ini menyukarkan pergerakan ku. Aku pejam mata sedalam - dalamnya kerana takut berhadapan dengan hantu nurse itu. Yang aku dengar hanyalah bunyi tapak kaki sedang berlari.
Setelah beberapa minit, aku cuba membuka mata ku perlahan - lahan dan ternyata nurse itu tiada. Aku mengambil keputusan untuk balik saja ke kamar.
"Mana bilik tadi?" Aku bermonolog selepas lama berjalan. Sesat! Perkataan itu saja tertera di kepala. Cahaya lampu pula asyik berkelip - kelip je dari tadi seperti dalam filem hantu. Kain yang berbalut di kepalaku mula longgar dan aku buka saya ikatannya. Tanganku pula basah dengan darah sendiri di kepala.
Tiba²...Aku ternampak seorang lelaki berpakaian jubah putih seperti seorang doktor. Dan dia melambai - lambai aku dari jauh. Muka doktor itu seperti nurse tadi. Tiada mata dan sebagainya. Dia seperti tidak henti melambai ku dan kali ini lambaiannya laju seperti mahu aku membalasnya. Aku teragak² untuk mengangkat tanganku dan cuba membalas dengan kekok.
Lelaki itu henti melambai dan langkahnya laju menuju ke arah ku. Seperti mahu menerkam musuh. Dan di sbelahnya ada seorang lelaki yang tempang agaknya. Kerana langkahnya sungguh pelik.
Cara berjalan lelaki tempang itu lebih mnyeramkan berbanding lelaki berpakaian jubah putih. Dalam ketakutan aku lari menuju ke arah lif. Kedua - dua button anak panah aku tekan. Kerana ketakutan aku berharap sangat lif tu dibuka segera. Dengan terburu - burunya, aku masuk ke dalam lif sejurus pintu lif terbuka.
" Haiii........." Bulu roma di tengkuk ku meremang selepas mndengar suara lembut yang seperti berbisik rapat di telingaku.
Belum sempat menoleh, kedua belah tanganku di genggam erat dan dirapatkan ke belakang. Seperti melarang ku dari melindungi diri. Aku menjerit kerana tangan kiri ku yang masih sakit berbalut telah di tekan kuat oleh seseorang dari belakang. Tiada guna aku meronta, badanku terasa lemah. Dan lenganku terasa sakit seperti disengat bisa.
"Thing..!" Bunyi lif terbuka dan aku lihat seorang lelaki tempang di hadapan ku. Mata ku semakin kabur dan badan ku semakin lemah.
***
Aku rasa tanganku tidak boleh digerakkan. Lalu aku membuka mata perlahan dan ternyata aku sedang terbaring di atas katil. Aku menjerit dengan sekuat - kuatnya. Pintu bilik terbuka dan aku lihat seorang lelaki berpakaian jubah putih sedang menunding jari ke arah nurse yang tidak bermuka.
Lalu, lelaki tempang itu pula menyedari aku yang sedang melihat mereka. Lelaki tempang itu menuju ke arahku dan tangannya di masukkan ke dalam kocek seperti mengambil sesuatu.
"Jangan! Jangan bunuh aku! Tolong....! Aku menjerit sekuat - kuatnya meminta tolong sesiapa yang mendengar. Walaupun aku tau tiada manusia di hospital ini melainkan hantu.
"Aku bukan nak bunuh kau"
"Habis tu! Kenapa kau ikat aku haa!! Lepaskan aku setan!!" Walaupun takut aku masih berlagak berani.
"Aku kawan kau la setan!!"
"Haaa!??"
"Nah amik spek mata ni. Spek ko hancur masa kemalangan bulan lepas. Ni aku belikan baru. Kau tak ingat sebab hilang ingatan kan"
"What's!??"
"Kita berdua sama kemalangan. Sebab tu aku tempang. Tapi kau koma Rid"
"Rid?? Farid tu nama aku laa?
"Haa... Yela. Tapi aku tak salahkan kau sebab lari tadi. Kau kan rabun teruk"
Aku memakai spek mata yang diberi tadi. Dan kini muka semua orang sudah berwajah. Nurse tadi mula tersenyum padaku walaupun sudah dimarahi oleh doktor disebelahnya.
__________
Terima kasih kerana membaca
=)
YOU ARE READING
Lawak Seram
Short StoryHimpunan cerita pendek. Lawak + Seram. Syaitan suka bersama dengan orang jahat. Dia ada dalam diri kita. Dan ia mendorong kita buat apa sahaja demi memuaskan hawa nafsu. Syaitan kedua berupa jin dan manusia. ? Sape tak pernah hasut kawan buat ja...